Monday, March 16, 2009
WIRA MELAYU PERAK!
Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak
kejatuhan rejim kerajaan pakatan pembangkang di Perak,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering,
Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya
muncul memberikan penjelasan sebenar mengenai tidak
beliau keluar dari PKR menjadi ahli Bebas yang menyokong
kerajaan Islam Perak di ketuai oleh Datuk Dr Zambry Kadir .
Keputusan beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
bukan atas desakan mana-mana pihak @ wang sebagai umpan
tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama,
bangsa dan negara terus terpelihara.Program yang
dianjurkan oleh PEKIDA itu di Air Kuning itu turut
disertai oleh Menteri Besar,
Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Penjelasan Osman ini amat diperlukan untuk menerangkan
perkara sebenar kepada rakyat Perak apa yang khususnya
berlaku di dalam 11 bulan pemerintahan kerajaan Perak
yang dikuasai oleh DAP Ngeh dan Nga .
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Walaupun ia dilihat sebagai satu keputusan politik
tetapi ia melibatkan satu keputusan besar merobohkan
sebuah kerajaan yang selama ini saya juga salah
seorang pendokong utamanya,'' katanya.
'Selama 10 tahun juga saya menjadi pengkritik hebat
UMNO dan BN tetapi 11 bulan saya menjadi Exco bersama
kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas merubah persepsi
dan kepercayaan saya," katanya.
P/S: Tahniah kepada beliau kerana berjaya untuk sedar
dalam masa yang singkat dan berikrar untuk membuat
perubahan walaupun drastik tetapi mantap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bagus. amik org yg ada tuduhan rasuah dan tak buat kerja mcm jailu ni. pastu angkat jadi wira. ekonomi melayu dah 50thn kena tinggal. 2 sebab; melayu bodoh or umno pelingkup melayu.
anon 3:51...tak ada manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan, anda juga pasti ada melakukan kesalahan...itu sudah pasti...macam mana awak boleh tahu dia tak buat kerja, awak PA dia ke...kalau anda mengatakan melayu bodoh, saya pasti anda juga seorang melayu kerana bangsa lain tak suka mengata bangsanya sendiri..jadi sudah pasti, anda juga bodoh...
untuk itu, fikirkanlah...jangan paku dulang paku serpih, mengata orang rupanya anon 3:51 yang lebih...
wassalam...
Post a Comment