skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Tuesday, March 10, 2009

Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?


PULAU PINANG, 8 Mac (Bernama) --
Setahun sudah berlalu sejak "perubahan arus politik" melanda lima negeri
di Malaysia dan persoalan yang timbul sekarang ialah sejauh manakah
perubahanitu membawa kebaikan kepada rakyat di negeri berkenaan.

Mungkin masih terlalu awal untuk mengukur perubahan yang dicapai.

Namun demikian, kebanyakan pihak berpendapat tidak banyak perubahan
besaryang terlaksana di lima negeri berkenaan daripada segi pembangunan.
Malam tadi, satu majlis sambutan berlangsung di Padang Kota Lama di sini,
yang menyaksikan penampilan istimewa Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng.

Melalui pilihan raya umum setahun lalu, beliau dan beberapa orang lagi
daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, dipilih sebagai
anggota Dewan Undangan Negeri.Mereka sendiri dikatakan terkejut
dengan kemenangan masing-masing.

Berikutan kemenangan itu, Lim, yang juga dikenali sebagai "Mr Opposition"
dan pernahmeringkuk di penjara kerana disabitkan kesalahan mengikut
Akta Hasutan, menerajui kerajaan negeri.

Perubahan nasib yang dialaminya itu diceritakan sendiri oleh Guan Eng
pada majlis berkenaan dan disambut dengan tepukan bergemuruh oleh
ramai hadirin.

Selain Pulau Pinang, gabungan DAP-PKR-PAS juga tidak disangka-
sangka memperoleh kuasa di Kedah, Perak dan Selangor serta PAS
terus mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri DAP-PKR-PAS di Perak runtuh bulan
lepas,kurang sebulan untuk genap setahun, apabila tiga Anggota Dewan
Undangan Negeri mereka -- dua daripada PKR dan satu daripada DAP
-- mengambil keputusan menjadi wakil rakyat bebas dan berikrar
menyokong Barisan Nasional (BN).

Apabila berbicara tentang perubahan yang berlaku di lima negeri berkenaan,
sudah tentulah ahli politik akan melihatnya daripada perspektif berbeza.

Bagi pembangkang di beberapa negeri berkenaan, iaitu BN, mereka
mempertikaikanperubahan yang kononnya telah dibawa oleh gabungan
DAP-PKR-PAS.

Ahli politik BN berkata mereka tidak melihat sebarang perubahan atau
kejayaan besaryang dicapai di negeri terbabit, walaupun gabungan itu
berjanji akan melaksanakanpelbagai perubahan dan inisiatif sejak setahun
lepas.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan, tapi tidak menyertakan
sebarang bukti. Tidak dinafikan, mereka mencapai kemajuan
daripada segi pungutan hasil taksiran. Tapi, ini bukan sesuatu
yang baru kerana perkara itu pernah dicapai sebelum ini, walaupun
kami tidak pernahmenghebohkannya," kata setiausaha agung
Gerakan Teng Chang Yeow.


Chang Yeow, bekas anggota Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab
bagi pembangunan pelancongan dan alam sekitar, berkata dalam kedudukan
bajet yang ketat,kerajaan negeriPulau Pinang sepatutnya sudah menemui cara
baru bagi menjana lebih banyak hasil, seperti melalui peranan yang dimainkan
oleh majlis tempatan.

Bagaimanapun, kata Chang Yeow, hingga kini, beliau belum melihat usaha seperti
itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri, selain meneruskan dasar kerajaan negeri
sebelum ini.

Bagi beberapa orang lain pula, satu-satunya perubahan dan pencapaian ketara
yang berjaya ditampilkan oleh kerajaan negeri sekarang ialah "kerajaan negeri
Pulau Pinang ialah Lim Guan Eng." Itu saja.

"Walaupun beliau (Guan Eng) ada exco negeri, bagi mereka di
peringkatakar umbi, kerajaan negeri ialah Lim Guan Eng. Saya
tak nampak wujudnya penurunan kuasa dan ini mewujudkan satu
lagi persepsi -- sama ada mereka ini (ahli politik DAP, PKR dan PAS)
memainkan peranan penting dalamkerajaan,"kata pengerusi
Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.


Dr Teng, yang pernah menyandang jawatan exco, berkata satu-satunya
strategi yang kerajaan pimpinan DAP laksanakan ialah menonjolkan bahawa
ketua menteri menghadiri semua majlis-- ada kalanya 10 hingga 12 majlis sehari,
siap dengan liputan media.

"Perbuatan ini sudah tentu memakan banyak wang dan masa.
Sebagaiketua menteri dan Anggota Parlimen Bagan, tak tahulah
saya bagaimana beliau mentadbir negeri ini.

"Saya tak tahu bilakah masanya ketua menteri dapat duduk dengan
tenang dan merancangserta mengatur strategi bagi mencari penyelesaian
terhadapmasalah yang dihadapi oleh negeri ini sekarang. Bagi beliau,
apa yang lebih penting ialah membuat lebih banyak kenyataan dan
mencari lebih banyak publisiti," kata Dr Teng.

Para penganalisis politik berpendapat kerajaan negeri gabungan DAP-PKR-PAS
tidak sepatutnyaberlengah dalam melaksanakan "kerja menaik taraf" setelah
mereka selesai melaksanakan "operasi pembersihan" pada pilihan raya umum
lepas.

"Saya belum nampak wujudnya sebarang rancangan atau kaedah
penting bagi membantunegeri-negeri yang mereka kuasai untuk
mengatasi masalah kejatuhan ekonomi sekarang.Saya belum nampak
wujudnya pelan menyeluruh seperti itu.Bagaimanakah rakyat di negeri
berkenaan mampu menghadapi masalah ekonomiyang wujud sekarang?"
kata Dr Oh Ei Sun, seorng penganalisis politik.


Dr Oh berkata satu pelan ekonomi yang menyeluruh perlu diwujudkan
memandangkan banyak orang berdepan dengan kemungkinan dibuang
kerja dalam keadaan ekonomi dansuasana perniagaan yang lembap
sekarang. Beliau mendapati prestasi negeri-negeri yang dikuasai
DAP-PKR-PAS adalah tidak sama. Di Selangor, contohnya, prestasi
kerajaan tempatan agak baik, tapi tidak begitu halnya di Kedah.

Bagaimanapun, seperti yang ditegaskan oleh Chang Yeow, biar apapun
yang diperkatakan tentang negeri-negeri yang dikuasai oleh DAP-PKR-PAS,
orang ramai nampaknya "bertolak ansur" dengankelemahan mereka kerana
mereka mempunyai pandangan tidak baik terhadap BN sejak Mac lepas
kerana parti gabungan itu diangap "kasar dan mengamalkan rasuah".

"Apa saja yang kami lakukan, sama ada betul atau salah, kami menerima
kesan buruk akibat persepsi itu. Mereka (gabungan DAP-PKR-PAS)
sering dilihat sebagai masih baru dan perlu diberi peluang.
Tapi, apa saja tentang BN, semuanya mereka kata tak betul.

"Orang merelakan saja mereka (gabungan DAP-PKR-PAS) membuat
kesilapan kerana wujudnyapersepsi yang tidak baik tentang BN.
BN perlu melakukan perubahan dengan secepat mungkin bagi
menangkis persepsi itu. Ia perlu diperbetulkan," kata Chang Yeow.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula percaya rakyat
masih mempunyai keyakinan terhadap gabungan DAP-PKR-PAS.

"Kami sedar rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kami.
Memang mereka ada mengkritik kami, tapi menerimanya secara terbuka.

"Bagi kami, cabaran paling besar ialah bagaimana hendak menggerakkan
orangramai supayabergerak seiring dengan kerajaan dalam melaksanakan
semua perubahan yang dirancang," kata Chow, yang juga anggota Exco
yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas
dan alam sekitar.

-- BERNAMA

komen dari kawan teman...

Secara jujurnya apa yang mahu saya katakan di sini sebagai rakyat
Pulau Pinang , saya tidak langsungnampak mahu pun merasakan bahawa
ada perubahan yang begitu ketaradengan kepimpinan kerajaan baru,
kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa yang kita nikmati adalah hanya bantuan air percuma untuk penduduk
miskin,beras sekampit ,RM 50 elaun guru sekolah agama dinaikkan yang
mereka jaja cukup hebat ke seluruh negeri untuk menutup kelemahan
pentadbiran mereka .Banyak masa wakil rakyat PR PP terutama LGE
ditumpukan kepada ‘politiking’ iaitu mendedahkan isu-isu lama dan
penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh kerajaan PP yang
terdahulu .

Kita ingatkan juga kepada DAP, jangan lupa dengan janji manifesto
kamu inginmemberikan kepada rakyat di Pulau Pinang RM 6000.00
sebagai bonus padasetiap hujung tahun.Jangan kamu lupa janji kamu
untuk menutup Tol Sg Nyiur.Jangan kamu lupa janji kamu, untuk
mengawalkan harga barangan makanan di
Pulau Pinang.

Secara umumnya melihat setahun pemerintahan PR di semua 5 negeri
iaitu isu yang paling besar ialah isu menghina institusi Raja di Perak yang
saya rasa satubencana kepada bangsa Melayu .Krisis di Perak bukan
sekadar membawa cerita duka kepada bangsa Melayu sebaliknya banyak
seloka - mengaku Menteri Besar, enggan serah rumah/kereta milik kerajaan,
sidang bawah pokok,'tanam pokok bawah pokok' dan macam-macam lagi.

Penanaman lima batang pokok dan pembinaan tugu sebagai tanda dan
kemuncakpenderhakaankepada institusi Raja”. Beliau berkata tanda
penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai
menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:27 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ▼  March (84)
      • Salam Ngeh Koo Ham!
      • Nizar : Jenama Bola Baru yang dikeluarkan oleh PR!
      • Jangan biarkan perosak bangsa ini berkuasa!
      • UNDI PAS MASUK SYURGA???
      • Lambaian Bekas MB!!!
      • TUN DR MAHATHIR AKAN TURUN BERKEMPEN...
      • Apa dah jadi Nizar?
      • Apa Mau Helan!!!
      • Tanah dan Nizar!!!
      • Nizar aka Tan Ah Chong...
      • PKR JERAI DIBUBAR!
      • Nizar dan Bosnyer!!!
      • RAJA BARU PAS DI PERAK!!!
      • Jawatan MB sudah menjadi HISTORY bagi NIZAR!
      • Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
      • Beras dan duit diberi kepada pengundi...Sapa yang ...
      • Bukit Gantang: Sekitar penamaan calon...
      • Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
      • SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
      • Tun serta kepulangannya...
      • Apa Pendapat Anda?
      • Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
      • Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011
      • Keputusan Lengkap persaingan Jawatan 3 Sayap UMNO
      • 11 Dalil Kenapa Nizar Tidak Perlu Dipilih!!!
      • Kronologi Nizar Menjadi Calon P.059 serta ketidakw...
      • Perhimpunan Agung Umno serta Pemilihan...
      • Siapa Calon PAS di Bukit Gantang...Nizar?
      • UCAPAN TUN DR MAHATHIR di SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI ...
      • Orang Melayu Membantu DAP Menang di Penang!
      • BERHATI-HATI DENGAN KAIN RENTANG INI!
      • Penyokong PR mengganas aka Setan! Hentikanlah!
      • EARTH HOUR 2009
      • Fairuz...oh Fairuz!
      • TERKINI LAGI SENSASI!
      • POSTERLAH PULAK!
      • Parti Auta Sokmo!!! (PAS)
      • Kenapa dengan Lim Guan Eng?
      • Hangat dan Panas di Bukit Gantang!
      • Cerita Dari Kawan Teman!
      • Nik Aziz dan Haji Hadi...Ada apa dengan mereka?
      • Kisah Kerajaan Dongeng!
      • Apa Dah Jadi dengan Fairuz?
      • SIVA pasang BODYGUARD!
      • SELOKA UNTUK SINGH...
      • PERBEZAAN UMNO dan PAS!
      • Didakwa: Karpal Singh sudah, Nizar bila lagi?
      • PAK SAMAD TURUN BERKEMPEN, UNTUK SIAPA DAN MENGAPA?
      • Kerajaan Campuran?
      • Akhirnya: Gobind digantung 12 bulan...
      • Misteri Kenapa MB Selangor Menangguhkan Kes Elizab...
      • WIRA MELAYU PERAK!
      • ISH ISH ISH...APA NAK JADI?
      • Antoo Fighter bagi Menghapuskan Pengundi Hantu?
      • P059: Angin Perubahan dan Tanda - Tanda Positif ke...
      • Penderhaka!
      • Ketua Puteri Umno Perak tarik diri
      • ISMAIL SAFIAN CALON BN DI BUKIT GANTANG
      • BUDAK NAKAL HENDAKKAN PERHATIAN
      • Menarik dari Tun Mahathir
      • 20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Di...
      • Nisan Kubur Pakatan dirosakkan - janganlah BN yang...
      • Ngapa deme tu bangang benor?
      • Jangan ulang kesilapan 'politik padan muka'
      • JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKA...
      • PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang ...
      • NIZAR MB POHON DURIAN DUA BUTIR
      • Kurang Ajar!
      • Gurindam Lompat Parti
      • Lim Kit Siang Main Api Lagi
      • Saksikan di Pawagam!
      • PPSMI Kenapa Tidak Bela Bangsa Melayu?
      • Kerjasama...
      • Saya Bukan BONEKA!
      • Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
      • "Pokok Demokrasi dan Tugu Hidup Rakyat" kemuncak p...
      • PERKAHWINAN CAMPUR PAKATAN RAKYAT!
      • Alkisahnya...
      • Drama Politik Perak!
      • Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
      • Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah
      • Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan
      • The Decision Is Yours!
      • Mesyuarat Di Bawah Pokok

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ▼  March (84)
      • Salam Ngeh Koo Ham!
      • Nizar : Jenama Bola Baru yang dikeluarkan oleh PR!
      • Jangan biarkan perosak bangsa ini berkuasa!
      • UNDI PAS MASUK SYURGA???
      • Lambaian Bekas MB!!!
      • TUN DR MAHATHIR AKAN TURUN BERKEMPEN...
      • Apa dah jadi Nizar?
      • Apa Mau Helan!!!
      • Tanah dan Nizar!!!
      • Nizar aka Tan Ah Chong...
      • PKR JERAI DIBUBAR!
      • Nizar dan Bosnyer!!!
      • RAJA BARU PAS DI PERAK!!!
      • Jawatan MB sudah menjadi HISTORY bagi NIZAR!
      • Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
      • Beras dan duit diberi kepada pengundi...Sapa yang ...
      • Bukit Gantang: Sekitar penamaan calon...
      • Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
      • SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
      • Tun serta kepulangannya...
      • Apa Pendapat Anda?
      • Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
      • Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011
      • Keputusan Lengkap persaingan Jawatan 3 Sayap UMNO
      • 11 Dalil Kenapa Nizar Tidak Perlu Dipilih!!!
      • Kronologi Nizar Menjadi Calon P.059 serta ketidakw...
      • Perhimpunan Agung Umno serta Pemilihan...
      • Siapa Calon PAS di Bukit Gantang...Nizar?
      • UCAPAN TUN DR MAHATHIR di SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI ...
      • Orang Melayu Membantu DAP Menang di Penang!
      • BERHATI-HATI DENGAN KAIN RENTANG INI!
      • Penyokong PR mengganas aka Setan! Hentikanlah!
      • EARTH HOUR 2009
      • Fairuz...oh Fairuz!
      • TERKINI LAGI SENSASI!
      • POSTERLAH PULAK!
      • Parti Auta Sokmo!!! (PAS)
      • Kenapa dengan Lim Guan Eng?
      • Hangat dan Panas di Bukit Gantang!
      • Cerita Dari Kawan Teman!
      • Nik Aziz dan Haji Hadi...Ada apa dengan mereka?
      • Kisah Kerajaan Dongeng!
      • Apa Dah Jadi dengan Fairuz?
      • SIVA pasang BODYGUARD!
      • SELOKA UNTUK SINGH...
      • PERBEZAAN UMNO dan PAS!
      • Didakwa: Karpal Singh sudah, Nizar bila lagi?
      • PAK SAMAD TURUN BERKEMPEN, UNTUK SIAPA DAN MENGAPA?
      • Kerajaan Campuran?
      • Akhirnya: Gobind digantung 12 bulan...
      • Misteri Kenapa MB Selangor Menangguhkan Kes Elizab...
      • WIRA MELAYU PERAK!
      • ISH ISH ISH...APA NAK JADI?
      • Antoo Fighter bagi Menghapuskan Pengundi Hantu?
      • P059: Angin Perubahan dan Tanda - Tanda Positif ke...
      • Penderhaka!
      • Ketua Puteri Umno Perak tarik diri
      • ISMAIL SAFIAN CALON BN DI BUKIT GANTANG
      • BUDAK NAKAL HENDAKKAN PERHATIAN
      • Menarik dari Tun Mahathir
      • 20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Di...
      • Nisan Kubur Pakatan dirosakkan - janganlah BN yang...
      • Ngapa deme tu bangang benor?
      • Jangan ulang kesilapan 'politik padan muka'
      • JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKA...
      • PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang ...
      • NIZAR MB POHON DURIAN DUA BUTIR
      • Kurang Ajar!
      • Gurindam Lompat Parti
      • Lim Kit Siang Main Api Lagi
      • Saksikan di Pawagam!
      • PPSMI Kenapa Tidak Bela Bangsa Melayu?
      • Kerjasama...
      • Saya Bukan BONEKA!
      • Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
      • "Pokok Demokrasi dan Tugu Hidup Rakyat" kemuncak p...
      • PERKAHWINAN CAMPUR PAKATAN RAKYAT!
      • Alkisahnya...
      • Drama Politik Perak!
      • Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
      • Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah
      • Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan
      • The Decision Is Yours!
      • Mesyuarat Di Bawah Pokok

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.