skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Thursday, March 12, 2009

PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang pensyarah kejuruteraan

PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang pensyarah kejuruteraan

Sebelum saya memulakan penulisan saya,
biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu agar
apa yang akan saya hujahkan dapat disandarkan
autoriti keatasnya. Saya adalah seorang pensyarah
kanan kejuruteraan struktur di UTM. Bidang kepakaran
saya adalah kejuruteraan struktur, mekanik continuum
(continuum mechanics) dan analisis numerikal
(numerical analysis). Saya mendapat PhD dari
Imperial College London pada 2007 ketika berumur
30 tahun.

Sebagai seorang yang ‘ahli’ dalam bidang ini
(merujuk kepada kejuruteraan, sains dan matematik),
saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya
mengenai PPSMI. Di sini ingin saya tegaskan,
PSSMI harus dan mesti diteruskan demi survival
anak-anak kita di masa hadapan.
Berikut adalah hujahan saya.

Saya mulakan dengan pernyataan “Ilmu sains dan
matematik terlalu kehadapan sehingga melampaui
apa yang kita sangkakan”. Ia terlalu kehadapan
sehinggakan sebahagian besar ilmu-ilmu tersebut
tidak seorang pun di Malaysia (termasuk saya)
dapat memahaminya apatah lagi menguasainya.
Dan keadaan menjadi kritikal apabila ilmu-ilmu
inilah penentu kepada penguasaan dunia dan
kemerdekaan sesebuah ‘agama, bangsa dan negara’.
Ilmu-ilmu inilah yang didagangkan oleh negara-negara
maju yang produknya kita beli dan kita tagihi
menyebabkan kita terus ‘miskin’.

Untuk memperjelaskan lagi kepada pembaca, biar saya
berikan satu contoh. Lima tahun dahulu telefon bimbit
yang tidak boleh merakam video berharga RM 700.
Sekarang, dengan dilengkapi dengan rakaman video,
telefon bimbit tersebut masih lagi pada harga yang
sama. Persoalannya, berapakah harga teknologi rakaman
video ini? Ini yang merunsingkan saya dan ia sepatutnya
merunsingkan kita semua. Jika teknologi sehebat ini,
teknologi yang tiada siapa diantara kita dapat
menghasilkannya, amat ‘murah’ harganya, bayangkan
ilmu apa lagi yang tersimpan di dalam otak pemikir
-pemikir dan saintis-saintis di negara-negara yang
‘mencipta dan menjual telefon-telefon itu’.
Sampai bila kita harus menjadi ‘pembeli’, sampai
bila kita harus menjadi ‘pengikut’ dan sampai bila
kita mesti menjadi ‘hamba’? Inilah persoalan-persoalan
yang harus kita jawab demi survival anak-anak kita.
Dan jawapannya, sampai kita sendiri menguasai ilmu-ilmu
tersebut. Persoalan seterusnya, bila dan bagaimana?
Jawapannya, bermula dari sekarang dan caranya adalah
seperti yang saya hujahkan di bawah.

Percayakah pembaca bahawa pembelajaran sains dan
matematik pada zaman ini perlu dilakukan oleh pelajar
-pelajar secara kendiri (independent) kerana pembelajaran
dalam bentuk formal seperti menghadiri kuliah dan tutorial
tidak lagi mencukupi. Ini kerana ketika ini, dunia sedang
mengalami limpahan ilmu sehinggakan masa dan ruang tidak
lagi menyebelahi guru-guru dan pensyarah-pensyarah untuk
mereka ajarkan ilmu-ilmu secara keseluruhannya
(dan ditambah oleh keterbatasan ilmu guru-guru dan
pensyarah-pensyarah itu sendiri seperti yang telah
dibincangkan di atas). Pembelajaran kendiri inilah
yang memerlukan PPSMI diteruskan.

Pembelajaran kendiri mempunyai pelbagai bentuk dan
antaranya ialah pembelajaran kendiri melalui pembacaan.
Sebelum kita berbicara lebih jauh, biarlah saya hadkan
skop perbincangan kita kepada permasalahan di peringkat
pengajian tinggi.

Tahukah pembaca, buku-buku rujukan saintifik dan
matematik adalah amat kurang ditulis oleh ahli-ahli
akademik tempatan? Malah, pada jumlah penerbitan yang
sedikit ini pun, kebanyakannya ditulis didalam bahasa
Inggeris. Tahukah juga pembaca, di dalam adab membaca,
kita harus memilih bahan bacaan yang telah ‘matang’
(established) yang selalunya ditulis oleh professor
-professor besar dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Analoginya, jika kita ingin mempelajari ilmu telefon
bimbit berkamera video yang telah kita bincangkan di
atas, kita mesti membaca buku yang ditulis oleh
professor-professor yang ‘mencipta’ telefon-telefon
itu. Dan masalahnya, semua buku-buku ini ditulis dalam
bahasa Inggeris. Akan ada yang mencadangkan supaya
diterjemahkan sahaja buku-buku ini. Untuk cadangan
ini biar saya hujahkan,

i) proses penterjemahan akan melibatkan kehilangan
makna pada idea yang cuba disampaikan kerana tiada apa
yang lebih asli dan tulus selain dari ungkapan asal
penulis tersebut dan dalam hakikat pembelajaran sains
dan matematik yang kandungannya amat berat dan kompleks,
kita tidak mampu kehilangan makna-makna ini
ii) penterjemahan sebenarnya menambahkan kekeliruan
pembaca kerana perkataan yang diterjemahkan itu sendiri
bukanlah ayat yang biasa digunakan seharian. Sebagai contoh,
perkataan ‘pengamiran’ yang digunakan untuk menggantikan
perkataan ‘integration’ tidak pun pernah kita gunakan dalam
urusan seharian. Bertambah pelik apabila ‘joy stick’
diterjemahkan sebagai ‘kayu ria’. Apa perlunya penterjemahan
jika ‘trivial solution’ digantikan oleh ‘penyelesaian trivial’.
Apakah perkataan Bahasa Melayu untuk trivial? Ini juga
adalah bukti kepada hakikat bahawa matematik dan sains
pada masa ini telah direkabentuk (designed) untuk
‘dibawa ke mana-mana’ dalam bahasa Inggeris kerana
tatabahasanya dan tatacaranya telah di‘disiplin’kan
dengan ketat oleh pencipta-pencipta ilmu itu sendiri.
iii) tahukah pembaca, untuk memahami sesuatu ilmu
melalui pembacaan, adalah tidak cukup dengan hanya
membaca sebuah buku? Kita perlu membaca beberapa
buah buku ‘serentak’ dan membuat perbandingan antara
buku-buku tersebut. Ini kerana, hanya dengan
mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara
fakta-fakta dan formula-formula, barulah kita
mendapat kefahaman yang sebenar tentang subjek
yang sedang kita pelajari. Maka, bukan sebuah
malah berpuluh buah buku dari genre yang sama
perlu kita terjemahkan dan bukankah ini akan
mengambil masa yang lama? Dan bukankah dalam
masa lima tahun telefon bimbit telah berevolusi
dengan drastiknya seperti yang telah kita
bincangkan di atas. Sekali lagi saya nyatakan,
kita tidak lagi mempunyai masa dan itulah masalah
kita yang utama.

Oleh itu, dalam konteks perbincangan di atas,
saya amat menyokong PPSMI. Ini kerana, polisi
tersebut sebenarnya menyediakan pelajar-pelajar
kita kearah pembelajaran kendiri. Pelajar-pelajar
kita akan mampu membaca buku-buku yang berkaitan
sebelum memasuki kuliah dan apatah lagi selepas
kuliah. Pelajar kita akan mampu mencari dan memahami
idea-idea terkini tanpa perlu terlalu bergantung
dengan guru-guru dan pensyarah-pensyarah.
Dan insyaAllah, akan wujud insan-insan istimewa
yang tercungkil bakatnya sehingga memenangi
Anugerah Nobel Fizik hasil dari fenomena
pembelajaran kendiri ini kerana sejarah telah
membuktikan ramai saintis agung seperti
Albert Einstein, Feynman, John Nash dan
Arthur Eddington adalah self-leaners.

Pengalaman saya sendiri ketika menduduki
ijazah pertama tidaklah begitu membanggakan.
Pada zaman saya, kami hanya membaca nota-nota
kuliah pensyarah kami dan bukan buku-buku teks
yang sepatutnya. Walaupun ada pelbagai faktor
yang mendorong keadaan ini seperti sikap dan
keadaan sekeliling, tetapi tidak dapat dinafikan
kekurangan kami dalam memahami bahasa Inggeris
adalah penghalang utama bagi kami untuk membaca
buku-buku yang lebih bersesuaian (appropriate)
walaupun buku-buku ini berlambak di perpustakaan.
Tetapi, pasti akan ada yang mempersoalkan,
‘kenapa generasi saya masih berjaya sehingga
ke hari ini sedangkan kami mempelajari sains
dan matematik dalam bahasa Melayu?’.
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu
kembali kepada permasalahan telefon bimbit
berkamera yang telah saya bangkit diawal
penulisan ini. Apa yang kita maksudkan dengan
telefon-telefon bimbit itu atau berjaya mencipta
telefon-telefon bimbit itu? Pepatah Melayu klasik
ada mengatakan, tepuk dada tanyalah selera tetapi
pepatah Melayu moden pula mengatakan, lu pikir la
sendiri!

Pengalaman saya ketika di Imperial College pula
menambahkan lagi kerisauan saya. Di mana-mana sahaja
saya melihat orang membaca buku. Baru saya tersedar,
untuk saya maju di persada antarabangsa, tidak dapat
tidak, ada buku-buku yang wajib saya baca, fahami dan
habiskan iaitu buku-buku yang boleh saya ‘bualkan’
untuk melayakkan saya duduk semeja dengan ahli-ahli
akademik ini. Kata lainnya, jika anda tidak memahami
buku-buku tertentu bermakna anda tidak cukup pandai
dan akibatnya, anda akan dipandang rendah dan
seterusnya tidak layak bergaul dengan mereka.
Oleh itu, saya telah bertekad untuk mula membaca
dan buku yang ingin saya takluki ketika itu
bertajuk Finite Element Procedure yang ditulis
oleh Klaus Jurgen Bathe, seorang professor
kejuruteraan mekanikal di MIT. Hasilnya, saya
adalah antara pelajar PhD yang paling dihormati
di jabatan saya ketika itu (untuk pengesahan,
sila hubungi penyelia saya yang juga Ketua Jabatan
Kejuruteraan Awam Imperial College,
Professor David A. Nethercot). Dan percayalah,
buku yang setebal 1037 mukasurat ini amatlah sukar
untuk dibaca apatah lagi untuk difahami matematik
dan hujahan saintifiknya jika tidak dibekalkan
dengan kemahiran bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan
semua, selepas hampir 4 tahun saya membaca, saya
masih belum memahaminya seratus peratus dan sehingga
kini saya masih membacanya!

Memang benar saya akhirnya berjaya mendapat PhD
daripada Imperial College walaupun saya dididik
pada awalnya tanpa PPSMI. Tetapi tahukah pembaca
betapa peritnya dan payahnya saya dalam menelaah
buku-buku, kertas-kertas jurnal yang semuanya
dalam bahasa Inggeris. Betapa sengsaranya saya
untuk menulis artikel-artikel dan tesis dalam
bahasa Inggeris. Betapa tebalnya muka saya
berinteraksi dengan ahli-ahli akademik antarabangsa
dalam keadaan serba kekurangan seperti itik dan ayam,
terutamanya pada awal perkenalan kami. Memang benar
saya telah mengharungi semua ini dengan jayanya tetapi
percayalah, tidak ramai umat Malaysia yang hatinya
‘sekering’ saya dan ‘senasib baik’ seperti saya.
Sebenarnya, kesusahan yang tidak efisien yang telah
saya lalui tidak perlu berulang lagi pada anak-anak
kita jika kita teruskan PPSMI. Peganglah pada pepatah,
sediakan payung sebelum hujan.

Untuk pengetahuan semua, dewasa ini institusi-institusi
pengajian tinggi Malaysia sedang mengalami proses
pengantarabangsaan. Antara proses yang terlibat
adalah usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa
untuk datang belajar ke negara ini. Dalam mencapai
matlamat ini, adalah menjadi keperluan bagi fakulti
-fakulti untuk menyediakan kuliah dan nota-nota dalam
bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dua kuliah yang sedang
saya berikan berlangsung seratus peratus dalam bahasa
Inggeris kerana terdapat pelajar-pelajar luar negara
yang menghadiri kelas-kelas tersebut.
Maka, berdasarkan scenario ini, tidakkah agak janggal
untuk kita menghapuskan PPSMI yang telah berlangsung
selama enam tahun sedangkan universiti-universiti kita
sedang bergerak dalam arah yang bertentangan, iaitu
transformasi seratus-peratus kepada bahasa Inggeris?
Tidakkah kita sedang menghadapi konflik keinginan
(conflict of interest) dalam perkara ini.

Akan ada yang mempersoalkan “kenapa tidak kita
wajibkan sahaja pelajar-pelajar luar negara ini
untuk mempelajari Bahasa Melayu terlebih dahulu
sebelum memulakan pengajian mereka di negara kita?”
Untuk persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa
universiti-universiti kita belum cukup kukuh dan
ternama untuk kita berkeras (insist) pada perkara-
perkara sebegini. Secara tidak langsung, jawapan
ini juga adalah satu lagi bukti kepada betapa kita
perlu menghasilkan ilmu-ilmu kita sendiri terlebih
dahulu sebelum kita bertegas (insist) pada perkara-
perkara yang lebih sentimen dan romantik seperti hak
penggunaan bahasa dan sebagainya.

Mungkin ada yang menyangkal dengan mengatakan hujah-
hujah saya di atas hanya melibatkan pengajian peringkat
tinggi sahaja lantas hanya relevan untuk bidang
penyelidikan dan pengajian sarjana atau PhD di
unvisersiti-universiti. Baiklah, biar saya panjangkan
lagi hujahan saya agar meliputi scenario yang lebih
am iaitu di peringkat professional dan industri.
Percayakah pembaca jika saya katakan,
di negara-negara maju, masyarakatnya tidak pernah
berhenti belajar. Seorang jurutera di negara maju
akan terus membaca kertas-kertas jurnal yang terkini
semata-mata untuk memastikan beliau tidak ketinggalan
dengan arus perubahan. Selain itu, pembelajaran
peringkat industri tetap berjalan dalam bentuk konferen,
konvensyen, seminar dan persidangan meja bulat.
Bukankah acara-acara sebegini memerlukan seseorang
ahli professional itu terus membaca kertas-kertas
teknikal, mempertahankan hujah-hujah dan memenangi
perdebatan? Dan bukankah acara-acara ini,
yang dihadiri oleh individu-individu dan
organisasi-organisasi antarabangsa, semuanya
dilangsungkan dalam bahasa Inggeris?
Dan bukankah perkara-perkara yang didebatkan
semuanya berkisar kepada penyelesaian-penyelesaian
saintifik dan matematik terbaru didalam bidang
tersebut? Di manakah agaknya kedudukan professional
dan jurutera kita di dalam persidangan tersebut
jika kita terus menggunakan ‘pengamiran’ untuk
menggantikan integration. Dan apakah input yang
dapat dihadam dan keberkesanan yang dapat diperoleh
oleh professional dan jurutera kita jika perdebatan-
perdebatan yang telah berlangsung dengan rancaknya
tidak dapat mereka ikuti semata-mata disebabkan
kekurangan mereka dalam memahami perkara-perkara
teknikal yang telah disampaikan dalam bahasa Inggeris.


Dan jika ada pula yang menyatakan apa perlu kita
berurusan dengan individu-indvidu dan organisasi-
organisasi antarabangsa tatkala kita boleh membina
industri kita sendiri?, satu sahaja jawapan saya,
fahamilah maksud dan fenomena yang dipanggil
globalisasi. Ia adalah satu keadaan di mana
kerajaan-kerajaan semakin hilang kekuasaannya
dalam membuat keputusan berkenaan hal-ehwal
negaranya sendiri. Dasar tutup pintu bukan lagi
suatu pilihan. Sempadan negara-negara akan dibuka.
Syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja asing boleh
menembusi dan memasuki pasaran mana-mana negara.
Dan, walaupun anak-anak kita, secara teorinya,
boleh menembusi pasaran di Amerika Syarikat,
tetapi persoalannya, siapa yang hendak mengambil
anak-anak kita bekerja atau menjadi rakan kongsi
jika ilmu sains dan matematik mereka jauh ketinggalan?
Dan, bila tiba saat itu, bersedialah kita untuk
dipersalahkan, “kenapa 25 tahun dahulu emak dan
ayah menolak PPSMI, kenapa?!!!”.

Wallahualam.


DR. AIRIL SAMETOK
Universiti Teknologi Malaysia,
Email: airilyasreen@yahoo.com
Blog: http://airilsametok.blogspot.com/
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:37 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ▼  March (84)
      • Salam Ngeh Koo Ham!
      • Nizar : Jenama Bola Baru yang dikeluarkan oleh PR!
      • Jangan biarkan perosak bangsa ini berkuasa!
      • UNDI PAS MASUK SYURGA???
      • Lambaian Bekas MB!!!
      • TUN DR MAHATHIR AKAN TURUN BERKEMPEN...
      • Apa dah jadi Nizar?
      • Apa Mau Helan!!!
      • Tanah dan Nizar!!!
      • Nizar aka Tan Ah Chong...
      • PKR JERAI DIBUBAR!
      • Nizar dan Bosnyer!!!
      • RAJA BARU PAS DI PERAK!!!
      • Jawatan MB sudah menjadi HISTORY bagi NIZAR!
      • Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
      • Beras dan duit diberi kepada pengundi...Sapa yang ...
      • Bukit Gantang: Sekitar penamaan calon...
      • Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
      • SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
      • Tun serta kepulangannya...
      • Apa Pendapat Anda?
      • Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
      • Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011
      • Keputusan Lengkap persaingan Jawatan 3 Sayap UMNO
      • 11 Dalil Kenapa Nizar Tidak Perlu Dipilih!!!
      • Kronologi Nizar Menjadi Calon P.059 serta ketidakw...
      • Perhimpunan Agung Umno serta Pemilihan...
      • Siapa Calon PAS di Bukit Gantang...Nizar?
      • UCAPAN TUN DR MAHATHIR di SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI ...
      • Orang Melayu Membantu DAP Menang di Penang!
      • BERHATI-HATI DENGAN KAIN RENTANG INI!
      • Penyokong PR mengganas aka Setan! Hentikanlah!
      • EARTH HOUR 2009
      • Fairuz...oh Fairuz!
      • TERKINI LAGI SENSASI!
      • POSTERLAH PULAK!
      • Parti Auta Sokmo!!! (PAS)
      • Kenapa dengan Lim Guan Eng?
      • Hangat dan Panas di Bukit Gantang!
      • Cerita Dari Kawan Teman!
      • Nik Aziz dan Haji Hadi...Ada apa dengan mereka?
      • Kisah Kerajaan Dongeng!
      • Apa Dah Jadi dengan Fairuz?
      • SIVA pasang BODYGUARD!
      • SELOKA UNTUK SINGH...
      • PERBEZAAN UMNO dan PAS!
      • Didakwa: Karpal Singh sudah, Nizar bila lagi?
      • PAK SAMAD TURUN BERKEMPEN, UNTUK SIAPA DAN MENGAPA?
      • Kerajaan Campuran?
      • Akhirnya: Gobind digantung 12 bulan...
      • Misteri Kenapa MB Selangor Menangguhkan Kes Elizab...
      • WIRA MELAYU PERAK!
      • ISH ISH ISH...APA NAK JADI?
      • Antoo Fighter bagi Menghapuskan Pengundi Hantu?
      • P059: Angin Perubahan dan Tanda - Tanda Positif ke...
      • Penderhaka!
      • Ketua Puteri Umno Perak tarik diri
      • ISMAIL SAFIAN CALON BN DI BUKIT GANTANG
      • BUDAK NAKAL HENDAKKAN PERHATIAN
      • Menarik dari Tun Mahathir
      • 20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Di...
      • Nisan Kubur Pakatan dirosakkan - janganlah BN yang...
      • Ngapa deme tu bangang benor?
      • Jangan ulang kesilapan 'politik padan muka'
      • JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKA...
      • PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang ...
      • NIZAR MB POHON DURIAN DUA BUTIR
      • Kurang Ajar!
      • Gurindam Lompat Parti
      • Lim Kit Siang Main Api Lagi
      • Saksikan di Pawagam!
      • PPSMI Kenapa Tidak Bela Bangsa Melayu?
      • Kerjasama...
      • Saya Bukan BONEKA!
      • Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
      • "Pokok Demokrasi dan Tugu Hidup Rakyat" kemuncak p...
      • PERKAHWINAN CAMPUR PAKATAN RAKYAT!
      • Alkisahnya...
      • Drama Politik Perak!
      • Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
      • Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah
      • Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan
      • The Decision Is Yours!
      • Mesyuarat Di Bawah Pokok

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ▼  March (84)
      • Salam Ngeh Koo Ham!
      • Nizar : Jenama Bola Baru yang dikeluarkan oleh PR!
      • Jangan biarkan perosak bangsa ini berkuasa!
      • UNDI PAS MASUK SYURGA???
      • Lambaian Bekas MB!!!
      • TUN DR MAHATHIR AKAN TURUN BERKEMPEN...
      • Apa dah jadi Nizar?
      • Apa Mau Helan!!!
      • Tanah dan Nizar!!!
      • Nizar aka Tan Ah Chong...
      • PKR JERAI DIBUBAR!
      • Nizar dan Bosnyer!!!
      • RAJA BARU PAS DI PERAK!!!
      • Jawatan MB sudah menjadi HISTORY bagi NIZAR!
      • Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
      • Beras dan duit diberi kepada pengundi...Sapa yang ...
      • Bukit Gantang: Sekitar penamaan calon...
      • Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
      • SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
      • Tun serta kepulangannya...
      • Apa Pendapat Anda?
      • Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
      • Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011
      • Keputusan Lengkap persaingan Jawatan 3 Sayap UMNO
      • 11 Dalil Kenapa Nizar Tidak Perlu Dipilih!!!
      • Kronologi Nizar Menjadi Calon P.059 serta ketidakw...
      • Perhimpunan Agung Umno serta Pemilihan...
      • Siapa Calon PAS di Bukit Gantang...Nizar?
      • UCAPAN TUN DR MAHATHIR di SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI ...
      • Orang Melayu Membantu DAP Menang di Penang!
      • BERHATI-HATI DENGAN KAIN RENTANG INI!
      • Penyokong PR mengganas aka Setan! Hentikanlah!
      • EARTH HOUR 2009
      • Fairuz...oh Fairuz!
      • TERKINI LAGI SENSASI!
      • POSTERLAH PULAK!
      • Parti Auta Sokmo!!! (PAS)
      • Kenapa dengan Lim Guan Eng?
      • Hangat dan Panas di Bukit Gantang!
      • Cerita Dari Kawan Teman!
      • Nik Aziz dan Haji Hadi...Ada apa dengan mereka?
      • Kisah Kerajaan Dongeng!
      • Apa Dah Jadi dengan Fairuz?
      • SIVA pasang BODYGUARD!
      • SELOKA UNTUK SINGH...
      • PERBEZAAN UMNO dan PAS!
      • Didakwa: Karpal Singh sudah, Nizar bila lagi?
      • PAK SAMAD TURUN BERKEMPEN, UNTUK SIAPA DAN MENGAPA?
      • Kerajaan Campuran?
      • Akhirnya: Gobind digantung 12 bulan...
      • Misteri Kenapa MB Selangor Menangguhkan Kes Elizab...
      • WIRA MELAYU PERAK!
      • ISH ISH ISH...APA NAK JADI?
      • Antoo Fighter bagi Menghapuskan Pengundi Hantu?
      • P059: Angin Perubahan dan Tanda - Tanda Positif ke...
      • Penderhaka!
      • Ketua Puteri Umno Perak tarik diri
      • ISMAIL SAFIAN CALON BN DI BUKIT GANTANG
      • BUDAK NAKAL HENDAKKAN PERHATIAN
      • Menarik dari Tun Mahathir
      • 20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Di...
      • Nisan Kubur Pakatan dirosakkan - janganlah BN yang...
      • Ngapa deme tu bangang benor?
      • Jangan ulang kesilapan 'politik padan muka'
      • JANGAN JADIKAN JERMAN ALASAN UNTUK TIDAK LAKSANAKA...
      • PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang ...
      • NIZAR MB POHON DURIAN DUA BUTIR
      • Kurang Ajar!
      • Gurindam Lompat Parti
      • Lim Kit Siang Main Api Lagi
      • Saksikan di Pawagam!
      • PPSMI Kenapa Tidak Bela Bangsa Melayu?
      • Kerjasama...
      • Saya Bukan BONEKA!
      • Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
      • "Pokok Demokrasi dan Tugu Hidup Rakyat" kemuncak p...
      • PERKAHWINAN CAMPUR PAKATAN RAKYAT!
      • Alkisahnya...
      • Drama Politik Perak!
      • Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
      • Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah
      • Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan
      • The Decision Is Yours!
      • Mesyuarat Di Bawah Pokok

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.