Sunday, March 29, 2009
Tun serta kepulangannya...
Dipetik dari DES...
Pelbagai drama dapat disaksikan ketika Perhimpunan
Agung UMNO menutup tirainya petang tadi. Kehadiran
Tun sedikit sebanyak menggamatkan suasana setelah
desas desus mengatakan beliau mungkin tidak akan
hadir setelah kekalahan anakanda Mukhriz sebagai
Ketua Pemuda.
Tun bukanlah seorang yang berfikiran singkat,
tindakan beliau penuh yang tersirat, rajuknya juga bersebab,
tetapi kembalinya beliau pada persidangan kali ini jelas
melambangkan betapa sayangnya beliau kepada parti yang telah
dipimpinnya hampir dua dekad yang lalu.
Langkah pengukuhan UMNO dari dalam dan luar jelas kelihatan.
Kekuatan UMNO akan dikembalikan dengan keyakinan yang semakin
jitu sekembalinya negarawan terulung ini. Pedulikan apa kata
pembangkang; UMNO TIDAK AKAN BERUBAH! Biarkan mereka lafazkan
apa sahaja yang mereka ingin katakan kerana sememangnya sifat
mereka sudah sebegitu sejak dari azali...
Apa yang paling penting sekarang ialah mengembalikan semula
keyakinan rakyat terhadap pertubuhan yang banyak berjasa
kepada rakyat ini. UMNO kini perlu mewujudkan satu branding
atau penjenamaan yang lebih berkualiti. Program-program yang
disusun harus mempunyai post mortem yang lengkap, agar setiap
objektif yang dirancang dapat tercapai. Suara akar umbi jangan
diabaikan, perbincangan dari bawah harus diikuti hingga ke
peringkat atasan agar semua pihak berpuas hati dan telus di
mata rakyat.
UMNO yang kini dipimpin oleh generasi pasca merdeka harus
menitik beratkan idea-idea yang lebih dinamik supaya selari
dengan perkembangan zaman. Namun harus diingat, setiap perkara
yang disyorkan perlu juga diterapkan unsur-unsur keagamaan
agar kita tidak sesat didunia dan terseksa diakhirat kelak.
Tanggunggjawab yang diamanahkan oleh Allah begitu berat dan
kelak akan ditanya dipenghujung hari.
Awekz: Bersama - sama kita berjuang mengembalikan kegemilangan
yang pernah dikecapi! Selamat kembali Tun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment