Saturday, March 21, 2009
Parti Auta Sokmo!!! (PAS)
PAS atau saya gelarkan PARTI AUTA SOKMO, sekali lagi
membuat dakwaan, dan kali ini dikhabarkan terdapat
risalah fitnah terhadap PAS dan laporan polis telah
pun dibuat...
Berita seperti dibawah...
BUKIT GANTANG, 21 Mac (Hrkh)- Menjelang pilihanraya
kecil Parlimen Bukit yang tidak berapa lama lagi
sudah terdapat usaha pihak tertentu untuk memburukkan
PAS dan Pakatan Rakyat dengan melakukan provikasi
dengan mengedarkan risalah berunsur fitnah risalah
berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan
disebarkan oleh pihak yang tidak bertangongjawab .
Risalah fitnah yang berunsur provakasi itu dikatakan
ditemui oleh seorang penyokong PAS sebaik sahaja
selesai menunaikan solat jumaat semalam lalu di
Masjid Bendang Siam.
Menurut Ketua Penerangan Operasi Jentera Pilihanraya
PAS Bukit Gantang yang juga Adun Titi serong,
Khalil Idham Lim risalah itu telah diberikan
oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya PAs, Salman
Salleh kepadanya bagi membuat tindakan selanjutnya..
Meneliti surat berwarna putih itu jelas dicetak
gambar DYMM Sultan Perak Dan Mufti Kerajaan Perak
yang ditulis dengan perkataan 'Ini Anjing Barisan
Nasional"
Khalil Idham melahirkan rasa terkejut dengan risalah
berunsur fitnah dan beliau yakin perbuatan ini dilakukan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang pilihanraya
kecil Parlimen Bukit Gantang .
"Saya menafikan sama sekali risalah fitnah ini dicetak
dan dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang,
saya percaya ini adalah kerja yang dilakukan oleh pihak
tertentu yang tidak bermoral yang sengaja mahu membuat
provokasi dan mahu melagakan PAS dengan DYMM Sultan
Perak dan Mufti Kerajaan Perak," tegasnya.
Sehubungan itu beliau telah membuat satu laporan polis
pada jam 5.15 petang semalam di Balai Polis Changkat
Jering dan meminta pihak polis membuat siasatan terperinci
siapakah yang bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan
risalah yang berunsur fitnah yang memburuk burukan PAS
dan Pakatan Rakyat.
"Kita mahu pihak yang bertanggungjawab dengan pengedaran
risalah berunsur fitnah ini didakwa ke mahkamah, " katanya.- azm _
Awekz: Tengok PAS punya 'auta'. Dia yang buat, lepas tu dia kata
orang lain buat. tak habis-habis tipu orang kampung...
PAS ni memang suke baling batu sembunyi tanganlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
takpe2 nanti sket lagi kena la diaorg...hehehe.kita org2 umno dh pasang perangkap.muahahahahahah
Post a Comment