Thursday, March 19, 2009
Nik Aziz dan Haji Hadi...Ada apa dengan mereka?
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan
Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti.
Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan
pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.
“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan
telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda
lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat
mesyuarat luar biasa (EGM).
“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar
tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.
“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan
muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog
dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui
pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan
di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah
dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara
lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan
kita.
“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak
boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena
ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti
dijalankan,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang
telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.
Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah
kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.
“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak
setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar.Barulah
dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil
berdisiplin.
“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat
jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi
cadangan tersebut,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli
Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan
Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan
kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.
Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa
kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.
Awekz: Alahai PR...Semuanya bermasalah...PAS bermasalah,
DAP bermasalah, PKR bertimbun-timbun masalah...
macam mana nak jaga kebajikan rakyat, kalau dalaman itu
sendiri bergolak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya dah lawat blog anda
bagus,bagus
moh,kita sama-sama berjuang rampas bukit gantang.pastikan PAS tak balik deposit di bukit gantang
opssss....tanya sikit
betul ke awek ni.....balak kot
Salam ruang bicara faisal...betul ke saya ni awek?hmm...untuk itu, it's for me to know and for you to find out!anyway, terima kasih kerana sudi melawat...kalau blh...link kan blog saya dgn blog saudara dan saya juga akan berbuat demikian...terima kasih sekali lagi...wassalam...
Post a Comment