Monday, March 9, 2009
Alkisahnya...
Celaka!
Salam dan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia.
Celakalah kepada mereka yang memperalatkan PPSMI kerana kepentingan politik dan peribadi.
Pertama kali saya rasa bangga dengan keputusan Dato' Hishamuddin yang bertegas dengan keputusan meneruskan PPSMI. Kita terlalu banyak bertolak ansur dan mengalah kepada pembangkang yang mengambil kesempatan atas apa saja untuk menjadi jaguh atas nama memperjuangkan kepentingan rakyat.
Seperti biasa mereka hanya membantah tetapi tidak pernah kemukakan cadangan untuk memperbaikinya. Lebih malang adalah hanya setelah 6 tahun berlalu kenapa hanya baru sekarang timbul bantahan? Kemana Gapena selama 6 tahun lalu? Saya percaya Gapena bukan tidur tetapi Gapena dikejutkan dan didorong oleh pihak lain yang ada kepentingan. Malanglah jika para cendikiawan kita tidak menyedari yang mereka telah diperalatkan, atau mungkin memang mereka sebenarnya berjiwa pembangkang tetapi bertopengkan Gapena.
Seperti kata Dato' Hishamuddin, PPSMI diluluskan kabinet dan semua pihak telah diberikan masa secukupya untuk kemukakan bantahan tetapi kenapa pada ketika itu tiada bantahan dibuat? Nyatalah bahawa pembangkang hanya mengambil kesempatan dan ingin menwujudkan keadaan huru-hara. Celakalah mereka yang mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.
Terbaru dilaporkan bahawa pemimpin PAS Hj Hadi mencelakakan kepada yang menentang penghapusan PPSMI. Bukanlagi menghairankan apabila mereja yang dipanggil ulamak mengunakan perkataan sedemikian buruk hanya kerana tidak sama pendapat. Celakalah ulamak politik yang menjual agamanya demi kepentingan politik dan kuasa yang ingin direbutnya.
Siapa disebalik tunjuk perasaan membantah PPSMI? Tak lain dan tak bukan adalah PAS dan PKR. 2 Parti melayu celaka yang kononnya perjuangkan rakyat. Siapa pula diatas takhta celaka itu jika bukan Anwar Ibrahim!
Untuk itu, fikir - fikirkanlah...Apa isu yang sebenarnya!Alkisahnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment