Sunday, March 29, 2009
Sudah - sudah la Pakatan Rakyat!
Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang
yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding.
Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato' Seri Nizar
Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris.
Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan
setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan
parti masing-masing.
Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh
mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan
pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya
khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada
UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi
yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan
kepimpinan baru yang padu dan segar.
Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan
kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur
tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato' Seri Nizar
'seorang MB yang sah' telah melancarkan kempen mengelirukan
rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN.
Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon
pilihan DS Hadi Awang.
Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan
negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati
umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan.
Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang
bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok
tarian PAS yang kini sibuk meng'ortodok'an rakyat Perak
dengan dakyah karut untuk meng'kelantan'kan Perak kononnya.
Jika, diukur semasa penamaan calon hari ini apa yang boleh
dilihat kekuataan parti adalah seimbang. Cuma, PAS tidak
boleh terlalu yakin kerana kelibat-penyokong-penyokong
yang hadir dalam lingkungan 10,000 orang adalah mereka
yang diangkut dari luar khususnya Pantai Timur.
80% penyokong yang datang adalah terdiri daripada luar
Bukit Gantang adn seperti biasa arahan pemimpin atasan
untuk meramaikan majlis. Seperti mana ceramah-ceramah
kempen Pakatan Rakyat yang lebih didominasi oleh penyokong
luar Bukit Gantang
Hantarlah Anwar Ibrahim Munafikun atau sesiapa pemimpin
atasan PAS yang meramaikan majlis adalah orang luar.
Ini jelas, kekuatan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang adalah
kerana penyokong luar yang tidak akan mengundi apatah lagi
akan membuat onar di bumi Bukit Gantang. Ayuh Bukit Gantang
halau penyemak-penyemak ini dari tanah kamu.
Calon BN, Ismail Saffian adalah penduduk asal Bukit Gantang.
Penerimaan beliau di bumi sendiri telah diakui oleh rakyat disitu.
Tanyalah orang Bukit Gantang atau penyokong-penyokong PAS tegar
Ismail Saffian adalah pilihan yang terbaik. Penyokong tegar PAS
lebih menyenangi calon BN itu walaupun berlainan ideologi namun
kehendak dan kesenangan imej yang dibawa akan menghantar DS Nizar
di peti sejuk Pasir Panjang.
Penyokong tegar PAS Bukit Gantang sudah menyampah dengan
permainan kotor PAS kerana DS Nizar sendiri bukanlah anak
tempatan yang menjadi pilihan penyokong PAS disitu.
Mereka menyedari DS Nizar hanya mahu bertanding, membalas
dendam dan memalukan UMNO bukan untuk berbakti kepada
rakyat jauh sekali mendengar permasalahan masyarakat
disitu.
PAS Perak juga menyedari peluang untuk mempertahankan kerusi
itu sukar kerana calon BN adalah pilihan rakyat tempatan.
Bagaimanapun kerana desakan teman sebantal PAS terpaksa akur
dan DS Nizar akan menjadi bahan eksperimen Pakatan Rakyat
untuk mengukur tahap penerimaan rakyat Perak.
Awekz: PAS ibarat seperti "Hendak Diluah Mati Emak,
Hendak Ditelan Mati Bapak". Padan Muka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Oii Awek UMNO
Sedarlah diri tu dok jadi habuah jantan UMNO. Kami akan hantar UMNO ke kubur di Bukit Gantang. Tuiii.....
Penyudah yang menarik. Itu sahaja apa yang mampu diungkapkan mengenai labuhan tirai perhimpunan agung Umno. Kalau perhimpunan itu adalah orang nak mati, mungkin dia mati macam P Ramlee mati dalam Ali Baba Dan 40 Penyamun. “Mati beriman daaa…”, katanya.
Dimana menariknya?
Najib janji nak ubah Umno, Muhyidin janji akan setia dengan Najib dan paling menarik, Dr M janji nak masuk Umno balik. Hasmah tak janji sebab rasanya dia tidak keluar. Sangat mudah untuk menunaikan janji masing-masing. Cuma ubah, setia dan masuk. Memang menarik.
Namun penyudah yang menarik itu bukan segala-galanya. Penyudah itu hanya di bangunan Umno sahaja dan sesama orang Umno pula. Apa yang indah di bangunan itu belum tentu akan indah juga di luarnya. Hakikatnya, Umno perlu berhadapan dengan orang Umno dan bukan Umno di dunia sebenar, di luar bangunan Umno.
Tentu suasana di luar dewan tak sama dengan penyudah di dalam dewan.
Boleh dikatakan (?) semua yang ada di PWTC adalah mereka yang setia dengan Umno. Mereka adalah perwakilan, pemerhati dan peminat Umno. Katakan 10,000 orang. Di luar bangunan PWTC pula ada lebih 2 juta orang Umno yang belum tentu setia dengan Umno seperti seperti kesetiaan 10,000 tadi.
Di luar bangunan PWTC juga ada hampir 30 juta rakyat Malaysia yang mencebik mulut kepada Umno. Mereka yang mengeboo Khairi di dalam dewan hanya beberapa ratus orang sahaja. Itu yang Khairi dengar. Namun yang mengeboo Khairi di luar dewan adalah jutaan orang dan Khairi tidak mendengarnya.
Justeru adakah Umno mampu mempamerkan ‘penyudah’ yang menarik di luar bangunan PWTC seperti di dalamnya.
Saya percaya Najib syok sebab jadi Pres Umno. Muhyidin pun syok juga sebab jadi Tim Pres. Shahrizat, Khairi dan Rosnah pun syok juga. Isteri atau suami masing-masing juga syok. Tapi belum tentu semua ahli Umno syok macam mereka syok. Pastinya jutaan rakyat tak teringin pun nak rasa syok macam mereka syok.
Mereka syok di bangunan itu, tetapi belum tentu mereka akan rasa syok yang sama bila melangkah ke luar bangunan. Pemimpin Umno jangan sangka semua rakyat Malaysia syok macam mereka syok.
Biarkan mereka syok. Syok sebegitu namanya syok sendiri.
Umno jangan lupa rakyat Malaysia juga akan syok. Bahkan syok mereka melebihi syok pemimpin Umno di bangunan PWTC. Bila?
Rakyat Malaysia sangat syok kalau Umno kalah di Bukit Gantang.
Rakyat Malaysia sangat syok kalau MIC kalah di Bukit Selambau.
Rakyat Malaysia sangat syok kalau BN kalah di Batang Ai.
Akhirnya, rakyat Malaysia sangat, sangat, sangat syok kalau Umno terus syok sendiri.
UMNO... engkau memang pengkhianat Melayu dan Islam.
UMNO Pahang suatu ketika dulu memiliki tanah seluas 30,000 ekar dibeberapa daerah. Tanah-tanah itu dimajukan sebagai estet kelapa sawit dan sebagainya. Aset yang sebegitu besar bagaimanapun telah lesap dalam sekelip mata apabila dijual kepada syarikat milik bukan bumiputra.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Tajuddin Sulaiman dalam suratnya kepada Presiden UMNO Dato’Seri Abdullah Badawi. Dato’ Tajuddin Sulaiman adalah bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Persoalan yg timbol adalah ”Adakah benar tanah itu berstatus Tanah Rizab Melayu?” Jika benar, pemimpin-pemimpin UMNO memang pengkhianat Orang Melayu!!! Tetapi mengapa orang Melayu masih buta dan tuli dari melihat dan mendengar kebenaran?
Dalam ruangan kolumnis, tulisan Ustaz Idris Ahmad, bertajuk Bukti UMNO khianati Tanah Melayu. Dalam artikel tersebut dituliskan fakta-fakta tentang ”rampasan” hak orang Melayu dimana Tanah Rizab Melayu digadai dan dikorbankan. Bila dikatakan mereka ini bangsat...mereka marah... tetapi sememangnya bangsat. Tetapi mengapa orang Melayu yang begitu taksub dengan UMNO masih buta dan tuli dari melihat dan mendengar kebenaran?
Begitu juga dengan ”Surat Dajjal dari Kapar” yang memaparkan sikap orang-orang UMNO yang menyerupai musuh-musuh Islam berusaha untuk menghancurkan Islam.
Jika begitulah keadaanya, kita mempunyai tanggung-jawab untuk mendedahkan kesemua pengkhianatan mereka ini terhadap Islam dan Bangsa Melayu itu sendiri. Atrikel-srtikel ini mesti disebarkan seluas-luasnya dalam segala bentuk yang mungkin termasuk leaflet, brosur, flyer, fotostat dan disebarkan kepada semua pengundi melayu ditiga-tiga pilihan raya kecil yang akan datang ini. Semuga ia menjadi titik tolak untuk menyedarkan orang Melayu yang masih ”mabok” atau ”khayal” dengan gurindam dan lagu yang dimainkan oleh UMNO.
Daulatkan Islam. Kuborkan UMNO. Takbir!"
UMNO terus kaya, duit rakyat jelata!
alahai minah, DS Nizar pun bukan dari Pasir Panjang(kerusi tu dulu, kerusi tetap MIC) , tapi menang juga,apatah lagi di BG yang sah2 kawasan PAS.
lu pikirla sendiri
umno n pngikutnya semua buang tebiat nak mampus....
puteri umno semua dah kena cabul...
sian orang UMNO, dah la bodoh nak ajak orang bodoh macam mereka juga. PR = komunis? kalau Karl Marx masih hidup dia pun terguling2 ketawa tengok kempen BN ni
anak hj dahalan
saya dari indonesia, saya suka mengamati kondisi politik di malaysia. bukan maksud hati untuk intervensi, saya cuma ingin berbagi opini. menurut saya UMNO harus melakukan perubahan dalam berpolitik. cara-cara lama dalam berpolitik harus ditinggalkan. yang harus disadari oleh UMNO adalah bahwa kekuasaan yang terlalu lama dapat membuat seseorang menjadi korup. semakin lama suatu organisasi berkuasa, semakin menjadi budaya perilaku korupsi di dalamnya. tengoklah di indonesia, ketika Soeharto dengan Orde Baru-nya berkuasa, partai Golkar menjadi "anak emas" dengan sokongan penuh dari penguasa. bahkan banyak aturan-aturan aneh yang di buat oleh penguasa untuk melegitimasi kekuasaan goverment.
buatlah perubahan jika--UMNO--ingin terus bertahan, jangan terlena dengan kekuasaan . sejarah mencatat bahwa hancurnya suatu kerajaan, negara dan organisasi selalu dimulai dari dalam...yaitu dari pemimpin-pemimpinnya yang tidak amanah pada jawatan.
hahaha...
hahaha...siapa yang munafikun nih?!! nak tegelak aku....
Salam...
Knper yg UMNO ni taknak berubah dr dulu lg..Tengoklah dari segi RASUAH dlm pemilihan baru2 ini,UMNO masih membenarkan KJ bertanding walaupun dia TERANG2 terlibat dng amalan RASUAH...Kenaper masih nk menipu rakyat dng bermcm2 alasan utk HALALKAN KJ bertanding..
Rakyat malaysia skrg ni dh bijak berpolitik,jangan lah menipu RAKYAT lagi wahai pemdokong2 UMNO..Cukup2lah..Rakyat malaysia skg sudah AMAT2 muak dng UMNO&BN..Nak tahu rakyat malaysia muak@tak dng UMNO&BN,tengoklah pada PRU 13 nanti..InsyAllah UMNO&BN akan berkubur dibumi tercinta ini..Sekian..
Kenapa nak sokong UMNO, parti yang pemimpinnya diiktiraf mengamalkan politik wang. Sedarlah semua yang UMNO tidak relevan lagi memperjuangkan nasib orang melayu. Berjuang untuk perut sendiri and kroni ada la.
utk umno and the gangs~
org utara nk habaq mai....
sembang kemaih
juboq najib berlengaih!
KESIAN KAT PUTERI UMNO....
SEMANGAT BERKOBAR2 LAH KONONNYA ..STLH DICUCI KEPALA BERKURSUS DI HOTEL2 SANA SINI DGN DUIT RAKYAT..
KALIAN SEDANG DIPERKUDAKAN NAJIB DAN ANGKATANNYA...BERJUANG UTK PEMIMPIN SUBMARINE...HAHAAAAA
HABIS DIA KEBAS DUIT NEGRA, TP KORANG TETAP HAPRAKK
Orang PR beri komen disini semuanya mengeji mengata mengfitnah.baiklah semoga ALLAH mengampunkan dosa korang semua sebelum korang di pos masuk ke dalam kubur dan kekal di alam sana sehingga hari pembalasan kelak.
sejak bila pulak awek tu jadi habuan jantan umno??-->fitnah
puteri umno semua kena cabul???-->fitnah lagi lagilah keji dan sekejinya...belum pernah aku dengar semua puteri umno di cabul.
sikap membabi buta dalam memberi komen hanya merosakkan imej anda.walaupun anda menggunakan Anonumous namun IP anda akan dapat dikesan.di mana alamat anda akan dapat di cari.sila berikan komen yang membina.
camni cara korang nak mengajak kami dari kalangan umno untuk menyokong perjuangan korang.dari segi komen2 ahli dalam web pro bn pun da nampak betapa teruknya korang..
Post a Comment