Friday, March 27, 2009
Sesudah pemilihan...harapan yang ada....
1. Akhirnya,sudah terjawab segala teka-teki kepimpinan UMNO dari jawatan Timbalan Presiden,Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi induk serta setiap sayap sudah diisi.
2. Pelbagai reaksi yang timbul ketika keputusan dibuat.Ada yang gembira,ada yang tidak suka,ada yang terkejut dan ada juga yang hiba.Tetapi itulah hakikat.Kita hendaklah terimanya dengan hati yang terbuka.
3. Janganlah biarkan emosi kita menguasai diri dengan mensabotaj dan 'merajuk' kepada UMNO dek kerana calon pilihan kita tidak terpilih.
4. Apa yang penting pada ketika ini,kita hendaklah menyokong penuh kepada kepimpinan yang baru ini sekiranya kita mahu parti keramat ini terus diterima,relevan dan dihormati.
5. Saya percaya dengan kombinasi kepimpinan baru ini dapat membawa UMNO kearah yang lebih baik.Tugas ini bakal dipikul oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat sebagai orang yang boleh membawa Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan.Insya Allah.
6. Oleh hal demikian,marilah kita bersatu.Tidak ada gunanya sekiranya kita masih bertelagah sesama sendiri,tuduh menuduh,hasut menghasut dan sebagainya kerana perkara seperti ini bakal mengundang UMNO kepada kehancuran.
7. Adakah kita mahu melihat negara kita tercinta ini dipimpin oleh orang seperti Anwar Ibrahim yang jelas menunjukkan sikap gila kuasa serta meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan negara.Beliau sanggup memberi 1001 janji kepada rakyat meskipun beliau tahu janji tersebut adalah sukar untuk dipenuhi.Seandainya beliau memimpin negara ini sudah pasti negara ini berada dalam tempoh yang cukup perit.
8. Tambahan lagi,UMNO sudah berusia 63 tahun.Sepanjang tempoh itu,pelbagai kejayaan yang kita kecapi hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO dari dahulu sehinggalah sekarang.Dalam tempoh itu juga UMNO sentiasa dikritik hebat oleh parti pembangkang.Namiun,ia tidak melemahkan semangat UMNO untuk terus berjuang dan berjuang disebabkan UMNO mendapat sokongan ahli-ahlinya yang bersatu dan kuat.
9. Biarlah pemilihan kali ini diakhiri dalam keadaan yang baik tanpa ada suara-suara sumbang lagi.Kita tidak mahu menjadi seperti peribahasa 'rumah sudah siap,pahat masih lagi berbunyi'.Ayuhlah,marilah,kita rapatkan saf sesama kita demi melihat UMNO terus unggul.
10. Harapan kita,semoga barisan kepimpinan yang baru ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan telus.Utamakan kepentingan rakyat khususnya orang melayu.Jangan sombong dan bongkak tatkala bertemu dengan rakyat.Sebaliknya utamakan prinsip mesra dan ingin tahu terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.Inilah pemimpin yang rakyat mahukan.
Awekz: Macam biasalah, renung-renungkanlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
awekz kena pinjam blog awak kejap... just nak tuturkan satu dua kata. boleh ya!dalam membincangkan soal kemenangan KJ khususnya dan PU amnya. jika diamati betul-betul pun yang nampak bekerja keras dan very energetic memang KJ. DM dilihat terlalu lembek dan banyak bergantung kepada ayahandanya(yang bukan pun ahli UMNO). KT sederhana and memang ditengah-tengah pun kedudukannya. Jika pun KJ kalah mungkin KT yang menang. Masa itu apa pulak orang kata (rasuah juga kan). Well, sememangnya karisma KJ sebagai ketua pemuda memang tinggi. lihat saja laungan beraninya di Perak menuntut Daulat Tuanku, berbahas dengan berani ditengah majoriti pembangkang, MY team untuk menarik minat remaja, dia tampak gagah dan berani itulah lambang pemuda. ahli umno memang mengharapkan keberaniannya. kesilapannya mungkin kerana dia menantu Pak Lah so what! dia rasuah (semua pun lebih kurang juga) jadi kenapa tak accept dia, bagi dia peluang... kalau dia gagal then tendang le dia...kuasa masih ditangan ahli UMNO. Yang penting sekarang, tolonglah atas nama akidah islam dan Melayu tanggungjawab kita lebih besar dari menentang hanya satu insan kerdil bernama KJ!saya bukan pengikut setianya.. tapi saya tau dia deserve to win..Awekz tujuannya bukan apa, biarpun siapa kita... yang penting adalah menentang pengkhianat kita. rasanya puak belah sana tu sebenarnya kecut juga dengan keseluruhan barisan UMNO yang baru. mungkin rakyat pernah membuat silap kerana marahkan BN tetapi saya percaya orang marah tu sekejap kalau pandai dipujuk. oleh itu saya masih percaya bendera BN akan berkibar megah di puncak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai... so rapatkan saf. kita berjuang .. bior puak belah sana terkencing sambil berlari. kata teman pada puak tu kesian!!!
Cdo tak setuju sangat dengan mufid...pasal soal KJ. ..yang lain tu Cdo setuju. Ramai penyokong UMNO tak boleh terima sebab dia DIDAPTI BERSALAH TERLIBAT DENGAN POLITIK WANG. S.A.L.A.H..Kalau tak salah mungkin Cdo pun tak kisah.Dah tu hukumannya tak setimpal...jauh panggang dari api.....Kemenangan KJ walaupun didapti besalah telah 'mengesahkan' kepada masyarakat umum bahawa,UMNO parti yang mempunyai pemimpin yang rasuh. Insan kerdil bernama KJ inilah yang merosakkan nama baik UMNO...secara umum....sesuaidengan pepatah melayu....sebab nila setitik rosak susu sebelanga...seorang kerbau membawa lumpur habis yang lainya terpalit...Dia memang ada tokoh, aktif dan lantang suara...teapi untuk untuk menjadi pemimpin yang baik itu saja tak cukup....moral pun mseti baik juga....
Aku tak setuju langsung cara mufid berhujah. Kalau SALAH tu tetap SALAH. Dah terang2 salah kenapa memilih pemimpin RASUAH. Kalau dah kata kerja kuat, agresif, contoh pemuda masa depan kenapa pula bagi rasuah. Kalau org tengok ada ketokohan, berani, confirm perwakilan akan pilih KJ. Tapi..... tamakkan kuasa, maka bagi rasuah. Perwakilan yg tak sihat pulak pilihlah perasuah tu utk mewakili pemuda. Kita akan lihat penolakan rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai disebabkan salah percaturan ini. Pasti!
Post a Comment