Sunday, March 29, 2009
SENARAI CALON PRK BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU!
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059,
Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi
mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding
pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.
Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti
Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.
BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48;
Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan
calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44.
Manakala di Bukit Selambau mengikut laporan utusan
online telah sah pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah
air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada
7 April ini.
Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai
bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana
sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah
lapan orang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau,
Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas
pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat
layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan
bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.
``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun
selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,''
katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil
DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah
Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di
luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan
tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari
ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan
lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan
pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ANWAR TAK PI PUN BUKIT GANTANG.BENDERA PKR PUN KURANG.INILAH BUKTI ANWAR BERBOHONG.CALON MP LEBIH PENTING DARIPADA CALON DUN.KATA ANWAR NAK PASTIKAN MP PR BERTAMBAH.KENAPA TAK BERI SOKONGAN?CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan
logo adalah seperti berikut:-
1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) – kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) – basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) – dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) – paying
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) –bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) – telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
Awekz: Semoga berjaya kepada semua yang bertanding dan
yang pasti BN akan berjuang habis-habisan untuk
PRK kali ini...Pesanan kepada pengundi-pengundi
sekalian, biar buta mata tetapi jangan buta hati...
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salim Rawahy: Mengapa UMNO yang dipersalahkan...kenapa tidak dituding jari pada mereka yang murtad itu sendiri...di mana iman mereka...jalan yang mereka pilih, bukan atas dorongan UMNO...kenapa perlu UMNO yang disalahkan...kenapa hanya kerana marahkan nyamuk, habis semua kelambu dibakar!!!!
yup kerana nyamuk semua kelambu di bakar termasuk UMNO...bagus pe tu..sebab cara pemerintahan UMNO menyebabkan berlaku gejala sosial..sebab tu perlu de pakatan rakyat untuk mengurangkan gejala sosial..skran terpulang pada awekz kalo rasa rasa da tul..alhamdullilah..tak kisah kita kan satu malaysia 1000 alasan politik..lain lain fahaman politik..tak kisah..tu sebagai pertandingan secara positif..aku tetap terima pe jua hujah..salam awekz..
Post a Comment