Monday, March 30, 2009
PKR JERAI DIBUBAR!
PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500
anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada
parti berkenaan, lapor Bernama.
Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam
pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.
Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu
kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah
berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen
menentang calon PKR pada pilihanraya itu.
Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan
antara calon muka baru PKR S Manikumar,
calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.
Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli
dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.
Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenarai
pendek untuk berdiri atas tiket PKR.
Awekz: Nampaknya sedikit demi sedikit semakin nampak keretakan
dalam PKR. Pemimpin PKR mula gilakan kuasa dan kecewa bila tidak
diberikan kuasa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
patutnyer bukan satu bahagian jer dibubarkan tapi semua skali...
parti pon patut dilenyapkan jugak...
marilah kawan dr pakatan pembangkang yang menyayangi agama,bangsa dan tanahair supaya maninggalkan puak2 pembangkang ini kerana tiada releven dulu,kini dan selamanya...
Post a Comment