Wednesday, March 18, 2009
PERBEZAAN UMNO dan PAS!
UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.
PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK
Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO
adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah
perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama
maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.
Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka
ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.
Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad
dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik
PAS.Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti
politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS
tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut
Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti
mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.
Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.
Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah
berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.
Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-
orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk
islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang
yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti
politik mereka.
Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.
Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS. Jika UMNO
sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam, mengapa
kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi
kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh
tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan
mereka. Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS
tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana
PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada
UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.
Semuanya omongan kosong. Ibarat tin yang diketuk dengan
besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah
perwatakan PAS yang sebenar. Dan segalanya telah terbukti
hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan
bodoh PAS adalah UMNO buat juga.
Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara
ini di atas.Itulah wajah bodoh PAS. Oleh itu saya seru kepada
sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji
UMNO dan BN. Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa
suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja. Saya akui ada juga
perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO
cuba untuk berubah, dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.
Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat
apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO
dahulu. Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang
berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.
Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap
atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu
tin kosong. Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara
kita berundur balik 30 tahun ke belakang. Sekarang pun
sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti
Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.
Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.?
Tepuk dada tanya selera.
Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama
merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini. PAS puncanya
perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini. Di mana ada
PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat. Kerja memecah
belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang
berkawan dengan syaitan.
Sahabat silalah buat tafsiran sendiri keatas perpecahan yang
dialami oleh kaum melayu sekarang ini di lima buah negeri
yang pernah dan telah diterajuai oleh Parti Pembangkang -
Pas memperkuatkan Parti untok menjaga kuasa pemimpinnya,
sebaliknya pimpinan dalam umno memperkuatkan Parti bagi
tujuan menjaga kepertingan rakyat!!!
Awekz: Sedarlah wahai bangsaku, jangan tergadai tanah air
kita sendiri pula, dan jangan bila Melayu menjadi pendatang
di tanah air sendiri, baru tersedar dari lena...Fkirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
natang pas ni dah sesat dahh.....
wahai bangsaku yang telah sesat...pulanglah ke pangkal jalan...
Post a Comment