Rasanya ungkapan paling sesuai untuk lima
penderhaka yang telah didakwa dimahkamah
dek kerana menulis ulasan yang menghina
Sultan Perak adalah tiada lagi Rukunegara
di hati mereka...
Mereka terdiri daripada:
Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya,
Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak
melalui laman web
http://books.dreambooks.com/duliduli.html
yang mempunyai pautan kepada laman web
Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my.
di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira
pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.
RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan
kesalahan sama menggunakan perkhidmatan
aplikasi Internet secara sedar dengan
membuat dan memulakan penghantaran komen
di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html
pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu
di Kundasang, Sabah.
Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat
dan memulakan penghantaran komen yang jelik
sifatnya di http://books.dreambook.com.web
per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada
laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34
tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana,
Sri Kembangan, Selangor.
Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis
komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan
Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur
pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.
PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000
oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku
bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.
Antara alasan-alasan yang telah diberikan adalah
tekanan perasaan, berfikiran kecamuk, menghadapi
tekanan jiwa, ingin membunuh diri dan kematian anak.
Apa sahaja alasan yang diberikan, satu pun tidak
bersangkut paut dengan penghinaan yang telah dibuat.
Mujurlah negara ini masih mengamalkan sistem
perlembagaan yang mempunyai mahkamah untuk
dibicarakan sebarang kesalahan. Bayangkan jika
kesalahan mereka ini perlu hadapkan ke Istana
dan minta dibicarakan dihadapan Sultan.
Mahu ada yang hilang kepala nanti...
Jadi bersyukurlah dengan suasana sistem yang
ada sekarang. Jika ada yang perlu dibaiki,
harusnya kita menggunakan saluran yang betul
supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Hayati prinsip kedua Rukunegara, dan jika ianya
tiada di dalam kamus pemikiran anda sebagai
seorang rakyat Malaysia, maka prinsip-prinsip
yang seterusnya, Des pasti anda memang tidak
ambil peduli! Prinsip ketiga Rukunegara jugalah
yang menyelamatkan anda dari dipenggal leher,
dan ingat, Malaysia masih lagi mempunyai prinsip
keempat untuk menyenaraikan anda di dalam sejarah
sebagai bahan rujukan yang pertama dalam sistem
perundangan untuk kes-kes yang akan datang.
Oleh itu, sentiasalah amalkan prinsip terakhir
Rukunegara, supaya kita hidup aman dan harmoni...
Renung - renungkanlah wahai teman semua!
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sebagai pemilik blog kita sendiri pun beringat juga, kena periksa komen-komen yg masuk tu, kalau ofensif sangat jgn siarkan. Dan kalau nak buat posting tu jgn tgh marah atau gopoh gapah....sebab takut kita juga terkhilaf....
WHAT IS IN YOUR HEAD DOES NOT MATTER BUT WHAT IS OUT FROM YOUR HEAD DOES A MATTER.
terima kasih atas komen yang diberikan...insyallah saya akan sentiasa beringat dan setiap komen yang masuk, saya nilai dengan seadilnya...wassalam...
Post a Comment