CALON Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya
kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini,
Ismail Saffian berazam untuk memberikan khidmat
sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya
diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka.
Beliau berkata sebagai parti politik yang menerajui
kerajaan pusat dan kerajaan negeri Perak ketika ini,
banyak perkara yang boleh dilakukan oleh BN untuk
kemajuan dan kebaikan semua masyarakat di kawasan
Bukit Gantang.
"Yang pentingnya masyarakat di sini masa hari
mengundi nanti kena beri kepercayaan mereka
kepada BN," katanya kepada pemberita selepas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengumumkan beliau sebagai calon BN di
majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota
Jaya, Simpang, dekat Taiping hari ini,
lapor Bernama.
Ismail, 49, yang ketika ini adalah
Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam Negara berkata beliau akan memohon untuk bersara
secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.
Beliau yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang
percaya ketika ini telah ada angin perubahan di kalangan
masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN lebih-lebih
lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan
meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya
kecil Bukit Gantang.
"Saya yakin kalau pihak jentera BN dapat menunjukkan
semangat bekerja sebagai satu pasukan yang tinggi,
saya percaya kita akan beroleh kemenangan dalam pilihan
raya Parlimen Bukit Gantang," katanya.
Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang
itu merupakan lulusan dari Universiti Sains Malaysia
dalam jurusan Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan
mula menyertai Umno sebaik menamatkan pengajian pada 1984.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada 1984 sebelum
dilantik sebagai Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian
pada 1988 dan seterusnya bertukar ke Majlis Perbandaran
Manjung pada 2000, juga sebagai Setiausaha Majlis.
Pada 2008, Ismail bertukar pula ke Majlis Perbandaran
Kuala Kangsar dengan memegang jawatan yang sama sebelum
dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang pada penghujung 2008.
Beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan Umno Kampung Kubu
dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno
Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah
Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang.
Beliau mempunyai seorang isteri Poziah Noh, 45,
seorang surirumah dan lima anak, dua lelaki dan
tiga perempuan yang berumur antara 10 dan 24 tahun.
Ismail bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian
Bukit Gantang tahun lepas namun tewas kepada Anggota
Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin.
P/S: Sedarlah wahai teman - teman ku sekalian, pilihan
terletak di tangan kita dan untuk itu gunakanlah peluang
yang ada ini sebaik - baiknya...Jangan sampai
"pisang berbuah dua kali"
RENUNG - RENUNGKANLAH
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Jom BalikKampung sokong dia kali ini
terima kasih sitora...pakat-pakatlah balik kampung untuk mengundi ya!wasalam
hangpa tak tahu cerite dia ni, masa dia jadi SU Majlis Bandaran Kerian berapa banyak duit ra***h yang dia sapu. Kalau hangpa nak tahu tanyalah pemaju-pemaju perumahan dan penduduk Kerian yamg mengetahui kisahnya. aku kenai dia, dia belajar di USM dan kawan ...
puntum,awat hang tak report kat sprm ? Kalau tak ada bukti ,jgn bawa mulut, kalau ada bukti lapor segera kepada SPRM,kalau tak hangpun sama subahat....dosa tau....jadi rumusan yang aku boleh buat, hang tak tahu tapi kata tahu, hukumnya fitnah...dosa,hang tahu dan hang tak report, ertinya hang subahat, dosa juga....jadi baiklah hang jaga mulut tu....jgn dok sedap kata aje....tak baik kalau asyik syak wasangka......
dah lanma tak balik kampung di Ipoh, bukan apa sejak PR memerintah ni rasa macam janggal pulak. memang tak kenal sangat calon BN bukit gantang.. kata orang bagus bebeno orangnya. kalau ada orang sana, cuba story kat teman sikit peluang kita... secara jujur dan ikhlas nak sangat pilihanraya ni menutup sikit mulut bebudak pecacai PR ni yang dah semakin lancang mulutnya dan seterusnya berbau longkang
untuk pantum, hang kenai dia, dia kenai ka hang? cuba dia bagi dua tiga projek kat hang. hang pun sengap. ikutkan la aku pun kenai gak dengan dia, kalau dapat bergambak dengan dia
la ni ... boleh tumpang glamour, pastu boleh juga kata kat puak-puak ni kata dia baik dengan aku. mana tau boleh menyinggah dua tiga projek.. pastu rasuah kat bebudak PR ni. bukan apa kesian!
setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya...saya pasti puntum pun ade kelebihan dan kekurangan...xperlu kita mengatakan keburukan orang lain sedangkan kita pun xseelok mana...jangan sampai paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...apapun puntum...terima kasih atas komen yang diberikan...fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah ye puntum...wassalam
Post a Comment