Friday, March 13, 2009
Nisan Kubur Pakatan dirosakkan - janganlah BN yang disalahkan!
IPOH 13 Mac - Entah siapa punya kerja, batu nisan
‘kubur pakatan tiga parti’ di bawah pokok di Lebuh
Istana, Ipoh dirosakkan oleh manusia yang tidak
bertanggungjawab malam tadi. Sesiapa yang mendapat
perkhabaran ini tentu akan menyangka ini semua kerja
penyokong Umno. Betoi ke begitu? Orang Umno ke atau
orang pakatan sendiri yang buat kerja tak semiak tu?
Mengikut berita TV perbuatan itu dilakukan oleh
‘bebudak nakal’.
Bolehkah penyokong tegar Pakatan terima hakikat
bahawa kerosakan itu dilakukan oleh budak nakal?
Kerosakannya agak teruk juga. Bahagian tepi marmar
hitam bertulis emas itu berkecai pecah diketuk
dengan benda keras. Dah jadi sompek. Tapi walau
pun sompek masih ada ramai peminat yang datang melawat.
Tidakkah tindakan ini mungkin bertujuan untuk
memburuk-burukkan kerajaan BN atau orang Umno.
Nak cari modal kempen penaik semangat penyokong
mereka yang dah mula pudar dan sejuk. Atau tidak
mustahil ianya dilakukan oleh penyokong mereka
sendiri yang rasa tertekan dengan pelbagai
‘nama sindiran’ diberikan orang ramai ke atas
‘batu peringatan’ mereka itu.
Ada yang kata ‘kubur pakatan’. Ada pulak yang
namakan ‘tugu derhaka’. Tidak kurang pula yang
menamakan sebagai ‘batu nisan jirat tiga parti’
dan macam-macam lagi. Maklumlah, rakyat Malaysia
ni memang kreatif dalam hal sebegini.
Kalau dikatakan ianya perbuatan penyokong BN
atau orang Umno sudah tentu ianya berkecai
atau ranap terus. Hilang ghaib tak nampak bayang.
Kalau kerajaan BN yang buat sudah tentu pihak
Dewan Bandaraya diarah memusnahkannya.
Itulah akibatnya apabila manusia bertindak
terburu-buru dan terlalu mengutamakan isu
untuk menghidupkan perjuangan parti. Masa
nak buat tak fikir panjang. Bila dah buat,
baru sedar apa yang dilakukan itu memakan
diri sendiri.
Biarkahlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SALAM ABG
DIORANG NI BKN IKUT SAPE2..IKUT KEPALA KAPAL SINKI JUGAK!
IKUT SDAP MULUT MAIN TUDUH2 MELULU JEK!..
ANAK DIA PUN SMA BAHALOL!..SUKA2 ATI MAK BAPAK DIA FITNAH DS NAJIB YG BUNUH ALTANTOYE!!..PR DH X DE MODAL LG..SIKUNYIT X LMA LG NK MERENGKOK DLM PENJARA MASE NI LA DIORANG DH GELABAH! HAHAHAHA..
Jeffry, terima kasih atas pandangan yang diberikan...kita pastikan semua yang telah dibuat oleh mereka akan mendapat balasan yang setimpal...wassalam...
Post a Comment