Friday, March 13, 2009
Ngapa deme tu bangang benor?
Assalammualaikum wmt dan salam sejahtera,
Seorang kawan teman bercerita panjang pase
orang Melayu Perak yg beriya-iya mahukan Sultan
bubarkan DUN. Marah benor sampaknya dia.
Antara katanya yg teman ingat:
“Ngapa deme tu bangang bebenor?
Orang berpolitik deme nak berpolitik.
Orang berjuang deme pun nak berjung.
Tapi entah apa yg deme perjuangkan deme
sendiri pun tak faham.”
“Sapa deme tu Yeop?” tanya teman.
“Sapa lagi kalau bukan kekawan kita.
Adik berghadik kita pun ada. Deme tak
sedor jika DUN bubar dan pilihanraya kecik (PRK)
diadakan, jangan haghap le orang PAS atau PKR nak
jadi MB”, jelasnya.
“Macam mana tu Yeop?” tanya teman menguji
pendapatnya.
“Anu.... DAP le! Semua tu rancangan DAP.
Nizar tu cuma jadi alat deme aje.
Si Ngeh tu tolak Nizar ke depan untuk
lawan Sultan. Orang PAS dan Melayu PKR
pun ikut same. Jadi alat dan diperalatkan
Bodoh tak habih-habih, tak gheti politik
dan tak tau muslihat cha.ya.nun.alif.”
jawabnya dgn nada tinggi.
“Maksud Yeop?” tanya teman lagi.
“Begini ceritanya. DAP memang hendak sangat
PRK diadakan seluruh Perak. Tujuannya untuk
meletakkan seorang-dua orang Melayu bertanding
atas tiket DAP. Deme nyese pada PRU lalu tak ada
calon Melayu dari DAP bertanding DUN dan menang.
Sekarang baru deme sedor bahawa MB Perak ni
mestilah Melayu Islam. Kalo aku bertanding DUN
atas tiket DAP dulu dan menang pulak, saheh aku
jadi MB Perak sekarang ni.
Deme yakin deme kuat dan mampu bertahan di
18 kerusi yg ada tu. Jika keputusan sama seperti
PRU lalu atau satu dua kerusi PAS dan PKR bertambah
pun, DAP tetap lebih dari segi majoritinya.
“Ketika itu wakil Melayu DAP le yg jadi MB.
Bukan lagi Nizar dari PAS atau Melayu PKR.
Kalau Nizar yg dari PAS pun Ngeh boleh cucuk
hidung macam ‘keghobor penarik’, inikan pulak
memang Melayu dari parti deme. Lagi teruk dari
si Nizar le jadinya. Ini yg teman maksud Melayu
PAS dan Melayu PKR tu bangang.... tongong...
tak tau politik,” katanya serius.
“Ya tak ya juga,” jawab teman menyokongnya.
“Itu sebab Tuanku Sultan tak mahu bubarkan dewan.
Deme tak sedar yang Tuanku tu bijak dan mahu
menyelamatkan orang Melayu Perak ni.”
“Bila Yeop jumpa Sultan?” tanya teman mengusik nya.
“Idak le. Tak ade le aku bersembang dengan Sultan.
Sapa aku.... mike punnnnn... Tapi aku yakin itu le
sebab tersirat kenapa Sultan tak hendak dengor cakap
deme. Lagi pun aku dengor ada kawan cerita yg DAP
telah mengenal pasti seorang dua calon Melayu untuk
bertanding mewakili parti deme. Kalao tak silap yg
sorang tu dari Ayer Tawar,” jelasnya.
“Kalau PAS dan PKR tak mau join DAP tubuh kerajaan?”
“Kalau tak mahu pakat tiga parti tu, BN le
memerintah.... Itu pase aku kata deme bangang.”
“Ok, le Yeop, telefon teman dah paneh dan
bateri pun dah nak kong,” jelas teman mahu
memberhentikan perbualan yg agak lama itu.
“Ok, mike tulis ya! Mike tanya deme kenapa dema
jadi biul dan bangang macam orang gila meroyan.
Aku tunggu mike tulis apa yg kita cakapkan ni.
Assalammualaikum.....
Demikian antara komen kekawan yg faham
mengenai politik di Perak. Ada banyak lagi
perbualan-perbualan teman dgn kekawan yg sedemikian.
Akan teman paparkan satu persatu nanti, InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
betuiii le juga ye yeop... pandai bebenor puak2 khinzir tu ... ye le yang tongongnya si nizar tu tak reti ke ... atau dah terlampo gile kuasa, dah jadi bangang. sian beno teman tengok muke dia sekarang, dah ada sikit-sikit nak jadi MB di TR... tau kan TR tu kat mana... kat perak le juga
kita semua ni, kadang2 dek terleka dengan kuasa yang diimpikan, akhirnya boleh memudaratkan...yang penting, tepuk dada tanya selera...belajarlah untuk mengenali yang mana kaca yang mana permata...salam hujung minggu yeop...
Post a Comment