Monday, March 16, 2009
Kerajaan Campuran?
Tuan Guru Haji Hadi telah mencadangkan supaya dilaksanakan kerajaan campuran antara Pakatan Pembangkan dan Barisan Nasional. Berikut adalah beberapa reaksi yang telah diperolehi daripada beberapa pemimpin tertinggi yang lain:
Lim Guan Eng berkata:
"Kita tidak tahu apa yang beliau (Abdul Hadi) maksudkan, jadi lebih baik kita dapat secara langsung daripada beliau kerana kalau hanya bergantung dengan apa yang dilaporkan (media) mungkin tidak begitu tepat"
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:
‘‘Tak payahlah. Dia punya prinsip lain. Dulu kita dah cuba. Apa yang penting ialah kita semua buat benda baik, kalau ada kerajaan campuran tapi buat kerja tak baik, tidak ada gunanya juga. Sudah 50 tahun kita begini (BN dan Pas tidak bergabung) dan semua orang mengakui Malaysia berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik”
Tuan Guru Nik Aziz berkata:
"Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik). Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu)"
AWEKZ RASA: Lim Guan Eng mula risau dengan idea-idea yang dikemukakan oleh Hadi kerana jika idea ini berjaya, pastinya DAP akan kehilangan kuda tunggangan mereka untuk mendekati Melayu, Tun Dr. Mahathir memberi pendapat berdasarkan ideologi politik yang berbeza, dan jika bercampur, pastinya conflict of interest akan muncul. Tuan Guru Nik Aziz bercakap berdasarkan luka-luka lama yang menghantui beliau. Kemaafan tiada lagi dilubuk sanubari beliau...
Pada Tuan Guru Nik Aziz, ketahuilah bahawa Tuan Guru kini sudah punya kuasa memerintah yang cukup lama. Tetapi Presiden Tuan Guru pula hanya duduk di kerusi Pembangkang tanpa apa-apa kuasa serta portfolio. Beliau juga inginkan kuasa seperti mana yang diidam-idamkan oleh manusia lain. Beliau juga ingin merasa nikmat memerintah seperti mana Tuan Guru, Tuan Guru boleh la cakap tidak mahu terima cadangan beliau sebab Tuan Guru kini sudah punya Kelantan untuk ditadbir, Haji Hadi apa yang ada? Nak Jadi Perdana Menteri pun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dah potong jalan dulu (Tu pun kalau dapat memerintah la...).
Kalau ada kerajaan campuran, dapat le merasa juge jadi menteri ke...timbalan ker...hehehe....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam AwekBukitGantang,
Saya selalu impikan supaya para pemimpin, tak kira umno atau pas, bersatu dan saling bermaafan. Cari kaedah baru.
Kalau mereka tak mampu, apa kata kalau kita di bawah buat. Mungkin mereka terpaksa akur sudahnya.
Waalaikumsalam Pengasas,
Idea tu mungkin boleh dipakai tapi ibarat kata Tun Dr. Mahathir, semua parti ade prinsip yang berlainan...akan timbul pula conflict of interest, tapi walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kalau nak diikutkan, di Perak sendiri pernah timbul isu untuk mrmbuat kerajaan campuran, tapi ditolak mentah-mentah oleh mereka yang sewaktu dengannya...jadi...
Renung-renung dan fikirkanlah!
SALAM ABG
DULU PUN UMNO PERNAH MEMPELAWA PAS MENYERTAI BARISAN NASIONAL UTK MEMPERKASAKAN AGENDA MELAYU TAPI MEREKA MELETAKAN PELBAGAI SYARAT YG TAK MASUK AKAL. DAN KALI INI MEREKA MENGULANGI SKETSA YG SAMA..HAI NAMPAKNYA SAMPAI BILA2 LAH ANGAN2 TINGGAL ANGAN2..WALLAHUALAMM
Saya bersetuju kalau idea tu boleh menyatukan umat Islam dan Bangsa Melayu. Mungkin ia sukar untuk dilaksanakan sekarang kerana faktor 'pemimpin yan gtak boleh duduk semeja'.Tetapi saya rasa ia mungkin akan berlaku setelah berubah pucuk kepimpinan. Pemimpin bertukar ganti, tetapi parti akan kekal berdiri. Apa salahnya kita bersatu demi untuk Islam dan Bangsa Melayu...ini adalah pendapat saya demi untuk melihat melayu bersatu semula seperti zaman Dato Onn. Hidup Melayu...dibawah Panji Islam....
Post a Comment