* SEMUA orang tahu bahawa kegawatan politik di Perak kini kerana kerajaan lama (kerajaan selepas PRU-12) tidak berkuasa lagi.
* Semua orang tahu bahawa Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyingkirkan kerajaan campuran PAS-PKR-DAP kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti.
* Semua orang tahu bahawa kedudukan DUN (sekarang) mengikut parti yang bertanding pada PRU lalu ialah BN-28, PAS-6, PKR-5, DAP-17 dan BEBAS-3.
* Semua orang tahu bahawa tiga Adun bebas menyokong BN.
* Maka berlebihlah majoriti sokongan terhadap BN kepada 31 DUN (kerusi) dan deme tinggal 28.
* Semua orang tahu bahawa dari 28 DUN deme tu, akan tinggal 27 sahaja bila berlaku pengundian di Dewan Undangan Negeri kerana seorang dah jadi speaker.
Maka gelabahlah deme cari jalan bagaimana nak kurangkan majoriti BN. Cara kurang cerdik yang deme jumpa ialah gantung kehadhiran MB dan enam Exco dari jadi ahli dewan selama 18 bulan dan 12 bulan.
Setelah turun naik mahkamah, akhirnya deme bersidang di bawah pokok.
Dewan Undangan Negeri Bawah Pokok.
Semua orang sedar bahawa Sultan bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Semua orang sedar bahawa apa yang Sultan lakukan semasa melantik deme dulu, sama macam mana Sultan melantik BN jadi kerajaan Perak sekarang. Prosesnya sama dan caranya pun sama.
Semua orang sedar bahawa deme dulu pun dilantik setelah Sultan yakin Adun DAP, PKR dan PAS boleh bersatu sebagai kerajaan campuran di Perak. Berpakat tubuh kerajaan.
Semua orang sedar bahawa walau pun PAS cuma ada enam DUN tetapi, Sultan berkenan melantik Mohammad Nizar Jamaluddin jadi MB dengan syarat kesemua Adun bukan BN bersetuju sebulat suara.
Semua orang sedar bahawa ketika deme dilantik jadi kerajaan, Adun dan pemimpin BN tidak pun membantah atau berguling-guling di depan kereta Sultan meminta deme diketepikan.
Semua orang sedar bahawa ketika itu Sultan Perak adalah Sultan yang adil, bijaksana, berwibawa dan entah apa lagi sanjungan yang deme berikan.
Kini bila keadaan jadi sebaliknya, semuanya ghaib ditelan kemarahan dan dendam kesumat.
Sultan dicerca dan dihina. Keadilan sudah tidak ada lagi di hati deme. Mata jadi kelabu dan otak jadi beku.
Umno dan BN dicap sebagai perampas, sedangkan yang memberi dan menolak adalah Sultan Perak sendiri.
Sultan diuar-uarkan dirasuah oleh Umno.
Kalau masa BN diberi kuasa dikatakan kerana rasuah kepada Sultan, berapa pula rasuah yang deme beri kepada Sultan semasa dema dapat kuasa sebelas bulan dulu?
Sekarang orang Melayu Perak mula teringatkan kesilapan masa lalu.
Kesilapan semasa mengundi di PRU-12.
Melayu Perak ketika itu terpengaruh dengan ‘ceramah warung kopi’ orang Kelantan dan orang Kedah yang tinggal cari makan di Perak ini.
Umno/BN dicerca, dicap dengan pelbagai tohmahan dan dihina sehina-hinanya.
Bila tiba masa mengundi, orang Melayu Perak tak sokong BN. Tak kira dari parti mana, asalkan pembangkang, sokong.
Keputusannya, tumbanglah kerajaan BN di Perak dan naiklah kerajaan campuran tiga parti yang tidur sebantal mimpi lain-lain.
Melayu yang jadi MB dan Exco tak ada kuasa.
Yang berkuasa dan mencucuk hidung MB ialah pemimpin DAP. Satu Ngeh dan satu lagi Nga.
Setelah berlaku ‘Tragedi 999’, Melayu Perak terkedu. Yang menyokong Umno bising-bising sementara yang menyokong Kerajaan Campuran terdiam.
Maka tersedarlah Melayu Perak dari tidurnya. Sambil menggosok mata mereka berkata “Teman ingatkan cuma nak tuang kuah aje. Tak sangka pulak dengan peroyok sekali terlungkup.”
Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tak berguna.
Ingatlah, jangan mainkan lagi lagu ‘Politik Padan Muka’. Kelantan dan Kedah tak serupa dengan Perak.
Di sana majoriti penduduknya Melayu. Apa jua perubahan kepimpinan masih bermajoritikan Melayu.
Di sini lain. Majoriti Melayu sekitar 1 atau 2 peratus sahaja
Silap buang undi cha-ya-nun-alif yang dapat kuasa.
Kaf-lam-ya-nga bagaikan lalang. Siapa kuat dia ikut dan sokong.
Yang akan melopong orang Melayu.
Sekali terlepas, payah nak dapat balik.
Sekali mereka berkuasa, susah hendak dikalahkan.
Singapura dengan Melayunya cukup untuk dijadikan pengajaran.
Cukuplah PRU-12, 8 Mac 2008 jadi pengajaran kepada kesilapan sendiri. Jangan ulang dan jangan buat lagi.
Ingat pepatah orang tua-tua: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sesungguhnya kempen dan janji pembangkang itu satu fatamorgana. Bayang-bayang yang cantik bagaikan pelangi.
Nampak di mata cantik, berwarna-warni. Manafaatnya tiada.
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sori dek... baru ari ni berpeluang bukak ur blog...tu pun secara kebetulan... but terus terang cara penulisan tepat and padat... sedap membaca... and sebagai perakian yg bermastautin di bandaraya ni... (cari rezeki) terpanggil saya mengatakan ini antara cara penulisan yang dapat menyedarkan bangsa dengan baik dan effisien... ni semua pasal PPSMI bahasa saya pun jadi tunggang langgang... keep up ur good work all the best... and hopefully dapat menyedarkan bangsa melayu especially generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata ketua puak yang satu lagi.. sorang mat jenin... sorang siluncai... sorang sikaduk.. semua dalam hikayat dongeng melayu!!!
anyway... apa perkembangan di bukit gantang ya... ada harapan ke puak kita ... harap sgt BG sebagai pembuka maata yg perjuangan kita tidak sia-sia
Terima kasih sebab sudi menjenguk ke blog saya...saya juga berharap agar bangsa melayu kita dapat sedar dengan permainan politik yang berlaku sekarang...moga bukan sahaja generasi muda tapi semua peringkat umur dapat membuka mata dan sedar atas apa yang sedang berlaku.Insyallah, perjuangan kita tidak sia - sia...Sekali lagi, terima kasih dan selalu lah singgah ye...Komen dan pendapat yang diberikan amatlah dihargai...jangan lupa inform pada kawan-kawan yang lain...Salam
insyallah... cuma teman di kelumpor ni kekadang conpius juga dengan orang perak ni (orang teman le juga tapi tak le semua) tak nampak ke dema tu bekas MB deme tu jadi boneka orang kapior
alhamdulillah, dengan adanya sokongan orang lain terhadap blog ini, sedikit sebanyak kita dapat bersama - sama menyedarkan mereka yang terleka dan lena dengan permainan bekas MB yang jadi boneka orang kapior...insyallah...
Post a Comment