Sunday, March 29, 2009
Guru Sekolah Berkempen untuk PEMBANGKANG!
SEK. KEB. PADANG GAJAH TRONG :
Baru reda dengan proses penamaan calon, dan memasuki
hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen
dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim
di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh
ibubapa murid-murid sekolah tersebut.
Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau
ustaz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil
meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.
Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi
aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi.
Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid
berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya
diajar.
Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan,
kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan.
Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama
kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin
aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat
tindakan yang sebaliknya.
Awekz: Sebagai seorang guru dan tentu anda berkerja dengan kerajaan,
kalau dah nak sokong sangat pembangkang, jangan kerja dengan
kerajaan...jatuh jadi haram sebab anda kata kerajaan sekarang
di Perak ni haram...Tak macam tu cikgu...Fikirkanlah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Depa tu cikgu peduli apa halal haram.janji cukup bulan dapat gaji hasil dari titik peluh kerja tiap hari.
tak sedar sape yang dok bayar gaji tiap2 bulan.usahkan disana di kawasan larut matang ni sama la ramai gak cikgu2 sekolah menengah yang aktif dalam pas..
sebutje mana2 ceramah pasti muka diorang ada kat situ.tak malu betoi laa.
Ahli Umno...mereka-mereka ni suka mempersoalkan kerajaan tetapi xsedar diri bahawa mereka itu sendiri bekerja dengan kerajaan...ibarat kacang lupakan kulit...xgitu...
kita kena ingat kerajaan bukanla umno..
kerajaan diketuai oleh parti yg dipertanggugjawabkan oleh rakyat untuk memerintah negara shj bukan bermakna parti memerintah itu adalah kerajaan..org pas kerja ngn kerajaan bukanlah satu masalah..duit kerajaan bukanlah duit umno tapi duit RAKYAT!!
jika pas yg memegang tampuk pemerintahan negara maka pas adalah kerajaan..so org umno xleh kerja ngn kerajaan ke????
renung2 kan dan jgn jadik org yg cetek akalnya...ws
nih teman nak nulis, di sk padang gajah. cikgu umno namenye bakri b osman, pen kanan pulok tu, udah la maleh ngajor, time pru12, dan le.. le ... ni PRK ni jangan kata maleh, pegi sekolah pun idak, x caye pegi sendir tengok. gb pulok buat nohin saje
beruntung lah org umno dapat cikgu macam tu.. he...he...
Post a Comment