Sunday, March 22, 2009
Fairuz...oh Fairuz!
AKHIRNYA...FAIRUZ...
Tiba-tiba teman dari bilik berita akhbar menghantar
SMS, FAIRUZ IS OUT!
Terkejut pun ada, tapi khabar gembira sebenarnya...
membuktikan lagi bahawa PR...
ADUN kawasan ini juga samalah seperti calon Bukit Selambau
yang digelar Bidan Terjun oleh rakan-rakan sekaum dengannya.
Entah dari mana budak Fairuz nie datang, tetiba muncul ketika
Pilihanraya Umum yang lalu.
Masih mentah dalam permainan politik dan beliau telah
dikaburi dengan pelbagai tawaran menarik setelah
bersongkol dengan PKR.
Kemudian beliau mula naik tocang setelah memenangi kerusi DUN
Penanti dengan menewaskan Dato Abdul Jalil. Pengundi-pengundi
ketika itu tidak dapat menilai mana yang baik dan mana yang
buruk.
Apa yang berada di dalam hati masing-masing pada ketika itu
adalah rasa dendam dan dengki kepada Barisan Nasional tanpa
memikirkan kesan-kesan jangka panjang yang bakal dialami kelak.
Ditambah pula dengan kempen-kempen ekstrem yang dilaksanakan
pada ketika itu, para pengundi mula kabur dan goyah dengan
pemilihan mereka. Pada mereka pada waktu itu, logo dacing
tidak harus dijulang dan dipangkah, yang paling utama ialah
memastikan logo mata satu dipilih tanpa mempedulikan siapa
pun calon pada waktu itu dan akibatnya mereka mula terasa
pada masa sekarang.
Kisah sogokan dari pengusaha kuari, berkereta mewah pada
usia tugas belum pun menjangkau setahun, masalah disiplin
dalam tugasan harian, jarang berjumpa dengan penduduk-penduduk
tempat beliau wakili serta banyak lagi masalah yang beliau
telah timbulkan menyebabkan kini beliau mengangkat bendera
putih dan cuba melarikan diri dari masalah dengan meletakkan
jawatan.
Desas desus mengatakan beliau menyambung pelajaran diluar negara.
Pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat masih lagi mahu menyembunyikan
bangkai gajah yang sedia busuk ini dari media. Tak apalah, apa
yang pasti sekarang ini, seluruh DUN Penanti telah pun terhidu
bau bangkai yang busuk amat ini. Alasan paling bangang pernah
diutarakan oleh seorang ahli politik yang memang sedia bangang!
Rakyat yang mengundi nak tengok dia bekerja, bukan nak tengok dia
belajar...
Fairuz, anda boleh blah dari bumi Guar Perahu, tapi harus diingat,
adakah pengganti beliau kelak (dengor-dengor kabor YB Abdul
Malik Abul Kassin) mempunyai keupayaan untuk membela Melayu di
Pulau Pinang yang semakin terperosok ini...
Awekz: Lain kali,if dah tau nak sambung study...tak payahla
nak bertanding..menyusahkan pengundi je...mengabihkan boreh ajo...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
fairuz ni budak UIA (1994-2000), memang peminat setia anwar masa tu. sekarang ni diperkudakan kan anwar.
fairuz memang berjiwa melayu. bila dilantik timb ketua menteri, dia cuba jaga kepentingan melayu. tapi tak disenangi oleh lim guan eng, lantas lim ngadu kpd anwar konon fairuz tak kerja.
lim berpakat dgn ketua PKR pulau pinang zaharin mempengaruhi anwar utk tolak fairuz.
jadi itulah ceritanya. zaharin yg jiwa melayu tiada bergabung dgn lim pengaruh anwar petualang melayu pecat fairuz.
fairuz pulak budak mentah ditipu bulat2. aku rasa fairuz ni pun dah kena main belakang ni.
Anon 1:02...terima kasih atas info yg diberikan...sah sah zaharin tu pun ade sifat iri hati...almaklumlah...demi kuasa...sama seperti ketua mereka...
Post a Comment