Tuesday, March 17, 2009
Didakwa: Karpal Singh sudah, Nizar bila lagi?
Tidak adil jika Karpal singh saja yang didakwa
kerana menghina Sultan jika Nizar MB Perak yang
dipecat yang menjadi punca segalanya tidak didakwa
sekali.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan didakwa di
Mahkamah Sesyen Jalan Duta kerana mengancam untuk
mendakwa Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang
dikatakan bertindak di luar bidang kuasanya serta
membenarkan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.
Anak lelaki beliau, Ram Karpal Singh mengesahkan bapanya
telah menerima notis untuk hadir pada pukul 9 pagi esok
bagi menghadapi dakwaan mengikut Akta Hasutan.
Kata beliau “Kami dimaklumkan bahawa ia di bawah
Akta Hasutan 1948 tetapi kami tidak tahu Seksyen
mana…biasanya ia di bawah Seksyen 4,” katanya.
Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut
pada 6 Februari lalu.Ekoran itu, pelbagai parti
politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang
perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap
beliau di seluruh negara.Bagaimanapun ini bukan kali
pertama Karpal menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan.
Karpal sebelum ini bertegas mahu memfailkan kes
mahkamah ke atas Sultan Azlan Shah kerana menitahkan
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan
sebagai Menteri Besar Perak. Beliau tetap mempertahankan
pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak dengan alasan
tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan
undang-undang.
Kita lihat sejauh mana kekebalan Karpal dan ini ,
eloklah Karpal disimpan saja di Kemunting dan
diberikan kursus menghormati Sultan dan bangsa Melayu,
Sementara itu anak beliau Govind telah digantung kerja
selama setahun dan ianya merupakan satu pengajaran kepada
MP Pembangkang agar menghormati Parlimen dan jangan
menganggap Parlimen sebagai sarkas.
Awekz: Sepandai - pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga!
Bersiap sedialah wahai ahli-ahli PR.
Renung-renungkanlah wahai pembaca budiman sekalian!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Teringat kata kawan saya "A Lawyer will do anything to win a case, sometimes he will even tell the truth.”
Post a Comment