Dalam sesuatu keluarga, adakalanya ada
'budak nakal'yang mahu mendapatkan perhatian
setiap masa, setiap ketika. Maka budak nakal
itu akan merengek, meminta-minta atau membuat
sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa
jika inginkan sesuatu.
Saya diberitahu satu ketika oleh kawan bahawa
beliau mempunyai jiran yang berketurunan Sikh
atau sesetengah orang Melayu panggil 'benggali'.
Saya tidak suka memanggil 'benggali' kerana saya
pernah ditegur oleh seseorang kerana membuat
panggilan sebegitu. Di pejabat, ramai juga kawan
yang berketurunan Sikh. Panggil mereka Sikh bukan
benggali. Dulu ada juga kanak-kanak di kampung saya
memanggil 'benggali toncet'. Mereka saja yang tahu
alasan membuat panggilan itu.
Berbalik kepada cerita rakan saya itu mengenai jiran
Sikhnya itu. Jiran berkenaan ada seorang anak lelaki
yang dilihat sebagai seorang budak nakal.
Teramatlah nakal. Apabila ibu bapanya tidak
memberikan apa yang beliau mahu maka mulalah
budak nakal itu meracau dan membuat sesuatu untuk
menarik perhatian.
Antaranya ialah memecah gelas, membaling pinggan,
memecahkan pasu bunga, memancitkan tayar motosikal
bapanya dan pelbagai lagilah untuk menarik perhatian.
Dalam ertikata lain, hendak membuat gimik untuk
memastikan ada ibu bapa mereka memberi perhatian.
Satu hari, kerana tidak tahan dengan karenah
'budak nakal' itu, bapanya membelasah anaknya
sehingga budak nakal itu tidak lagi merengek dalam
hidupnya. Mungkin terlalu pedih sehingga tidak berani
bertindak sesuka hatinya. Padanlah mukanya.
Tidak payahlah cerita apa yang dilakukan tetapi
akhirnya budak nakal itu belajar tidak membuat sesuatu
yang boleh menyebabkan orang lain menjadi bosan.
Adakalanya tingkah laku budak nakal itu amat
membosankan dan merugikan keluarga itu.
P/S: Cuba kita renung - renungkan dan fikir - fikirkan
dengan senario dan perlakuan ahli pakatan rakyat,
tak ubah seperti BUDAK NAKAL YANG HENDAKKAN PERHATIAN!
Saturday, March 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sian bebeno teman tengok benggali toncet @ budak nakal yang dahagakan perhatian. tapi teman nak tambah sikit, benggali tak bertoncet tu bukannya apa, dia tu dah jadi OKU tua. orang-orang tua ni pulak cepat merajuk, sensitip dan tahap-tahap nak nyanyuk le tu. tak lama lagi dia pun main taik le.. sian lagi teman kat benggali tak bertoncet tu, mulut jahat hatinya pun jahat. jumpa dia usap le dia cakap dengan dia "sabo le tok" jangan dia ngongam-ngongam tak tentu hale lagi. sian!
sama - sama la kite lihat ape lagi yang akan dibuat untuk menarik perhatian...
Post a Comment