Sunday, March 29, 2009
Apa Pendapat Anda?
Khabar angin kuat berbunyi dan berkumandang bahawa
Dr Mahathir adakan kembali dalam UMNO sebagai
penasihat UMNO? Ini sejajarkan dengan makluman
oleh Datuk Seri Najib bahawa Tun Dr Mahathir
akan diberi peranan dalam UMNO.
Adakah khabar angin ini benar? Adakah khabar angin
ini juga akan menunjukkan kepulangan Mahathir sebagai
Penasihat UMNO dan kemungkinan penasihat Perdana Menteri
kelak. Adakah mungkin akan ada penasihat ekonomi juga?
Siapa pula veteran UMNO yang akan di bawa memasuki ruangan
penasihat yang bertaraf Menteri ini? Apakah ini menunjukkan
pembaharuan atau ini adalah satu langkah ke belakang.
Adalah era Mahathir akan berulang kembali di bawah Najib?
Apakah bentuk reformasi yang mahu di bawa oleh Najib sealiran
dengan budaya yang pernah di bawa oleh Mahathir.
Ada yang mengganggap bahawa UMNO dalam keadaan lemah di
bawah Pak Lah tetapi ada yang mengatakan bahawa kelemahan
UMNO pada asalnya bermula dengan Mahathir dan Pak Lah gagal
memulihkan keadaan yang kronik.
Asalnya adalah masalah yang ditimbulkan pada masa zaman
Mahathir dan bukan zaman Pak Lah. Ada pendapat yang
mengatakan era Mahathir sebenarnya menutup peluang UMNO
dan perletakkan jawatan Mahathir adalah kerana Mahathir
tahu kedudukan UMNO sewaktu itu. Perubahan ke Pak Lah
dianggap dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi
iannya gagal diselesaikan oleh Pak Lah.
Hari ini Datuk Seri Najib dikatakan akan membawa Mahathir
balik. Langkah bijak? Atau langkah yang akan lebih menolak
sebarang usaha reformasi dalam UMNO.
Apa pendapat anda sekiranya Dr Mahathir menyertai UMNO dan
dilantik sebagai penasihat UMNO?
Awekz: Bagi pendapat saya, apa saja jalan terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat pada kita...
Perjuangan untuk mengukuhkan agama, bangsa dan negara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Rakyat tetap tk percaya...
lagi2 bangsa dan agama, tak bolih ke kesuluruhan "MALAYSIANS". Kalau cam ni lah sampai kiamat pun negara kita tak akan maju dan sentiasa bertelaga. Fikir lah bukan untuk satu kaum, ugama tapi semua yg duduk di bumi tercinta kita malaysia.
Anon 4:02....terima kasih kerana memberikan pendapat...hak ada pada rakyat, terpulang untuk mereka menilai dengan seikhlasnya...tapi saya yakin, dengan kembalinya Tun...insyallah...rakyat akan memberikan kepercayaan yang penuh...
Anon 4:35...saya memberikan penekanan kepada bangsa Melayu yang masih lagi sesat dalam kegelapan...sememangnya untuk MALAYSIANS...tiada beza...
kasihan melayu diperbodohkan lagi. mamak tu mamak!!!
eh eh chong...melayu di PR saya pasti diperbodohkan...contonhya macam BEKAS MB PERAK...tp tidak di BN...kerana itu kami bangkit untuk melawan orang-orang macam ah chong ni lah!
ini blog puki puteri umno
ada bukti ke yang mengatakan saya ni Puteri UMNO?...ish ish...sian puteri umno dengan nama yang awak gunakan...jangan hanya kerana warna blog...dan juga jangan hanya kerana title Awekz tu...anda tahukah siapa saya...
Post a Comment