Thursday, March 19, 2009
Apa Dah Jadi dengan Fairuz?
Sensasi:
Fairuz letak Jawatan, kemungkinan Pilihanraya
kecil Penanti akan di adakan
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang meletakkan
jawatannya esok atas arahan Anwar Ibrahim,
sekarang ini para pegawai beliau sedang sibuk
mengemas segala dokumen yang berkaitan fairus di
pejabatnya di bangunan komtar.
Besar kemungkinan Anwar juga meminta fairus
melepaskan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Penanti dalam Perlimen Permatang Pauh.
Fairus di minta melepaskan jawatan itu kerana
Anwar sudah tidak tahan lagi di asak oleh pelbagai
pihak atas amalan rasuah yang di lakukan oleh fairus
sejak dia menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Dikatakan fairus memiliki kereta jenis BMW 5 series
dan Mercedes C Class yang di beli secara tunai di atas
namanya, bukan itu sahaja fairus dikatakan memiliki
pelbagai aset yang dia kumpul semasa dia menjadi TKM 1.
Besar kemungkinan fairus akan di tahan oleh SPRM sedikit
masa lagi..
sumber: Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang.
Awekz: Makin kalut jadinya PR kita ni...apa lagi lepas ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
"Giving money and power to Pakatan Rakyat is like giving whiskey and car keys to teenage boys."
Teringat kata-kata anak saya..." Ajan dah agak dahhhhhh....!!!
ini dia bukit bahawa rahsuah ni tak kenal parti...
RASUAH TAK BERMATA..SESIAPE JUGAK BOLEH TERKENA PENYAKIT RASUAH. LEBIH BERBAHAYA DR KANSER!..LEBIH CEPAT MEREBAK DLM SEKELIP MATA KLU TAK DITANGANI SEGERA!
FAIRUS TU DH X BOLEH DISELAMATKAN LG. KANSER RASUAH DIA TU DH MELARAT SAMPAI KE TULANG. HAI NASIB2!!!. ANAK DIDIK ANWAR JUGAK!
Post a Comment