Monday, March 16, 2009
Akhirnya: Gobind digantung 12 bulan...
Ahli Parlimen DAP kawasan Puchong, Gobind Singh Deo
hari Isnin digantung selama 12 bulan kerana menghina
Dewan Rakyat.
Usul menggantung Gobind dibawa oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz setelah
Gobind didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar
Dewan hari Khamis lalu.
Selain itu, Gobind dikatakan membuat tuduhan tidak
berasas dan dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kes
pembunuhan.
Sejurus usul itu dibentangkan, kalangan pemimpin
pembangkang bangun dengan menggunakan Peraturan
Mesyuarat untuk mempersoalkan usul yang dibawa
oleh Nazri itu kerana menganggap ia tidak adil
kepada Gobind.
Malah menariknya bapa Gobind yang juga Ahli Parlimen
Bukit Gelugor, Karpal SIngh dalam mempertahankan sikap
anaknya itu berkata, tuduhan Najib terlibat dengan
pembunuhan dibuat secara umum dan Najib pada hakikatnya
tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas tuduhan
membunuh.
Katanya, kenyataan Gobind tidak mengaitkan dengan kes
warga Mongolia, Altantuya Shariibu.
Kenyataan Karpal itu jelas bercanggah dengan tuduhan yang
dibuat secara terbuka baik di dalam Dewan Rakyat mahupun di
luar Dewan mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
Kegawatan dalam Dewan berlarutan hinggalah kepada masa Nazri
menggulung perbahasan terhadap usul yang dibawa.
Nazri semasa menggulung membuat kesimpulan, permintaan
pembangkang agar Gobind diberi ruang untuk membela diri
tidak perlu kerana apa yang dilakukan bukan jenayah yang
perlu kepada pembuktian.
Sebaliknya kata beliau, usul menggantung Gobind dibuat
kerana perbuatan dan kenyataan yang jelas dan direkodkan
dalam Dewan.
Malah jelasnya, Gobind membuat kenyataan menghina
Timbalan Speaker dan menuduh Najib terlibat dengan
pembunuhan secara sedar.
“Lainlah kalau dia gila…tapi yang pasti beliau tidak
gila apabila membuat kenyataan itu,” ujar beliau.
Setelah digulung, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia membentangkan usul berkenaan untuk dipersetujui.
Akhirnya, usul berkenaan diluluskan dengan lebih suara yang
bersetuju dan Gobind digantung untuk tempoh 12 bulan
berkuatkuasa hari Isnin.
Terdahulu, Nazri semasa membentangkan usl berkenaan berkata,
cadangan menggantung Gobind selama 12 bulan kerana menghina
Dewan di buat di bawah Perkara 27(3) Peraturan Tetap Dewan
Rakyat.
Katanya, Gobind telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
menghina Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee setelah diarah
keluar Dewan.
“Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen
Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elauan
dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen,” kata Nazri.
Dalam insiden Khamis lalu, sejurus selepas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menggulung perbahasan Bajet
Mini, Gobind telah bangun menuduh Najib terlibat dalam kes
pembunuhan.
Gobind membawa perkara-perkara yang masih dibicarakan di
mahkamah dan melibatkan Najib dalam isu yang dibangkitkannya
di dalam Dewan.
Ekoran daripada itu, Ronald menasihati Gobind agar tidak
membuat tuduhan melulu serta menyentuh perkara yang masih
lagi dibicarakan di mahkamah ke dalam Dewan Rakyat.
Gobind bukan sahaja mengingkari arahan Timbalan Speaker
malah terus menuduh serta menghina arahan Timbalan Speaker
tersebut.
Akhirnya Ronald mengarahkan Gobind keluar Dewan Rakyat.
Awekz: Lepas tempoh penggantungan selesai, entah apa pulak
la yang akan dilakukan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SALAM ABG
BARU PADAN MUKA DIA. KLU MULUT DAH CELUPAR SGT BIAR DIA RASA AKIBAT PERBUATAN SENDIRI. SELEPAS INI MUNGKIN DIA PAKAT2 DGN BAPAKNYA BUAT KENYATAAN MERAPU KT LUAR DEWAN PULAK.
MUNGKIN DIA MELALAK KT BWH POKOK PULAK KOT!
Walaikumsalam Jeffry,
bak kata orang, berani buat, berani tanggung la...tak macam tu...apapun, terima kasih di atas komen yang diberikan...
Post a Comment