skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Friday, April 29, 2011

SAH!!!
















Akhirnya SAH...Bukan lagi pertanyaan...Abang Mamat Khalid MENGESAHKAN beliau akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng kerana itu dikatakan "TRADISI KELUARGA". 

Setelah menemani AC Mizal dan isteri dalam Program JOM Sertai UMNO minggu lalu, akhirnya Abang Mamat Khalid membuat kenyataan. Sehubungan dengan itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Dato' Hamidah Osman turut menyatakan bahawa, sejak akhir - akhir ini terdapat perubahan mendadak di mana selibriti dan golongan muda sudah memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka. 

Beliau juga turut berharap agar trend ini akan berterusan dan meningkat menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang dan seterusnya. 

Awekz: Diharapkan sokongan semua pihak kepada UMNO dan BN khususnya akan berterusan. 






Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:12 AM 0 comments

Thursday, April 28, 2011

Nizar MEROYAN lagi???



Apa nak jadi la dengan si Nizar ni...Ingatkan dah habis cerita, rupanya 'ketidak upayaan' beliau dalam berfikir terserlah lagi...Tidak cukup diperKUDAkan oleh DAP di belakang rupanya-rupanya  di hadapan juga terserlah kini. Terkini di Forum Rasuah Pemusnah Tamadun yang diadakan Rabu lalu membuktikan bahawa si Nizar yang dikatakan "BIJAK" ini membuktikan beliau masih lagi BODOH!!!

Sebarang persoalan yang diajukan tidak dapat dijawab malahan lari dari persoalan yang ditanya. Bak kata kawan-kawan Awekz dulu, kalau jawab masa exam FAIL dalam tangan!!! Apa yang si Nizar cuba nyatakan pada hari itu cuma memfitnah pemimpin UMNO mengamalkan rasuah manakala PAS merupakan parti yang sungguh SUCI.

Amat memalukan apabila si Nizar mengambil kesempatan menyertai forum berkenaan demi survival politik beliau serta Perosak Rakyat yang dilihat kini mengalami masalah yang amat serius apatah lagi dengan isu PENASIHAT 25% mereka yang tidak habis-habis menambah imej buruk Perosak Rakyat!

Awekz: Sudah-sudahlah meroyannya Nizar...dah muak nak tengok perangai BODOH yang ditunjukkan apatah lagi melihatkan sifat kebudak-budakan anda di dalam Sidang DUN tempohari...Kawan-Kawan...FIKIR-FIKIRKAN!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:39 PM 1 comments

Saturday, April 23, 2011

Mamat Khalid, AC Mizal & Isteri masuk UMNO???



Kalau dulu ramai yang tengok Raja Lawak dan sudah tentu berita Bob Lokman selaku JURI Raja Lawak menyertai PAS menjadi bualan hangat...Untuk menyertai PAS, Bob Lokman dengan berat hati juga agaknya terpaksa melepaskan tugas beliau selaku juri untuk Raja Lawak 5 dimana gimiknya meninggalkan program tersebut dan digantikan dengan juri yang baru. Raja Lawak 5 pun dah berakhir dan kini Maharaja Lawak menjadi bualan hangat.


Lebih hangat, berita terkini yang Awekz dapat JURI Maharaja Lawak siapa lagi kalau bukan Abang Mamat Khalid kita serta pengacara Maharaja Lawak AC Mizal beserta isteri beliau juga merupakan selebriti telah menyertai UMNO. Benarkah???


Bertempat di Restoran Simpang Tiga Ipoh jam 9.00 malam tadi, Abang Mamat Khalid, AC Mizal dan Emilia telah hadir ke program JOIN UMNO yang turut disertai kira-kira 500 orang. Dikhabarkan, Abang Mamat Khalid menyertai UMNO Bahagian Gopeng manakala AC Mizal dan Isteri menyertai UMNO Ipoh Barat. 

AC Mizal juga turut menyatakan bahawa sebelum ini beliau turut dilamar dan diajak oleh pembangkang namun alhamdulillah perjuangan songsang mereka dapat dilihat dan tidak seharusnya nasib anak bangsa DIPERJUDIKAN semata-mata untuk meraih populariti seperti yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak. 

Awekz: Dengan kemasukan mereka ini, diharapkan akan ramai lagi artis yang akan mengikut jejak langkah mereka dan sudah pasti ini merupakan satu TAMPARAN HEBAT kepada Perosak Rakyat setelah mencanang ke seluruh negara bahawa akan ramai lagi golongan artis akan mengikut jejak langkah Bob Lokman. Tahniah Awekz ucapkan keatas Abang Mamat Khalid, AC Mizal dan isteri serta UMNO Gopeng dan Ipoh Barat!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:40 PM 1 comments

I'm Back...


Agak lama Awekz tak dapat nak meluangkan masa di blog. Sudah tentu tuntutan tugas mengatasi segalanya tapi alhamdulillah malam ni Awekz happy dapat juga melepaskan rindu pada blog. Sudah tentu kemenangan besar BN di Sarawak masih lagi menjadi bualan hangat sehingga kini. Namun demikian, tidak harus kita lupa dengan sokongan kaum Cina yang masih lagi dilihat tidak berpihak kepada Melayu/Bumiputera.

Ada juga yang mengatakan, ia tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap sokongan Cina di Semenanjung namun Awekz berpendapat seharusnya kita sentiasa beringat bak kata pepatah...Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tidak sanggup rasanya nak menghadapi TSUNAMI POLITIK sekali lagi sepertimana yang telah kita tempuhi dan sudah tentu kesannya terasa hingga kini walaupun Perak tidak lagi berada di bawah pemerintahan Perosak Rakyat. Syukur Alhamdulillah...

Awekz: Apapun yang terjadi, perjuangan tetap diteruskan...Walaupun ramai yang menentang atau membenci...Awekz akan tetap meneruskan perjuangan demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair...Insyallah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:52 PM 0 comments

Wednesday, April 13, 2011

DAP anak PAP???



Benarkah seperti dakwaan penulis...DAP dan PAP sama??? Cuba menyingkap idea penulis dan ternyata ada kebenarannya...tidak salah untuk berkongi dan Awekz rasa ia sesuatu yang baik untuk dikongsi dan disebarkan khusus buat Melayu pengikut setia puak-puak Perosak Rakyat. Sedarlah sebelum terlambat...


Diambil dari Pena KSJ...Terima kasih Tuan...Baca dan tafsirkan...


Serius Bahaya!! PAP-DAP sama

By Master -AAA-

Menyingkap sejarah PAP(People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang di pelopori setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenarannya, modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini,yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat  Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu,Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

Serius BAHAYA!!! DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Serius BAHAYA !!! satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGOparti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri,lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :



-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-



DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:41 AM 2 comments

Tuesday, April 12, 2011

Ada Apa Dengan Nga Kor Ming???




Mesyuarat Pertama Penggal Ke- Empat, Dewan Negeri ke 12, Perak Darul Ridzuan bermula hari ini dan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah.
Pada jam 9.30 pagi, pemeriksaan kawalan kehormatan telah disempurnakan oleh Raja Dr Nazrin Shah yang terdiri Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman sambil diiringi pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Kedah.
Untuk rekod, Sidang DUN Perak yang terakhir bersidang pada 30 November lalu.
Dalam keadaan yang tenteram tanpa ada sebarang kekacauan itu, Awekz sangkakan Pakatan Rosak sudah tidak akan menimbulkan sebarang masalah, tetapi sekali lagi sangkaan Awekz meleset.

Buktinya, lihatlah siapa lagi kalau bukan si Nga Kor Ming, Adun Pantai Remis ini menunjukkan sikap tidak menghormati DYMM pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah apabila telah hadir ke perasmian pembukaan istiadat rasmi Penggal Keempat tanpa memakai No. 1 Dress iaitu pakaian rasmi serta bersongkok malahan beliau tanpa sebarang rasa bersalah hanya berkot.

Awekz: Diakui, No. 1 Dress itu bukan satu kemestian tetapi bukankah ia seperti menjadi satu kebanggaan untuk anda memakainya apatah lagi setelah diberi mandat oleh rakyat dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta mewakili rakyat. Bagi Awekz, tindakan si Nga Kor Ming ini jelas menunjukkan sikap tidak menghormati DYMM Raja Muda Perak disamping bukti jelas bahawa individu seperti si Nga Kor Ming ini bukanlah seseorang yang layak untuk diberikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kelak. FIKIR-FIKIRKAN!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:29 PM 4 comments

Friday, April 8, 2011

YAB DS Dr. Zambry ~ Sesi Teh Tarik Bersama Rakan Facebook dan Twitter...



YAB DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" sebagai pendekatan beliau untuk berjumpa dengan rakan Facebook serta Twitter. Apa yang Awekz lihat, sambutan yang diberikan kepada program cetusan idea PM kita ini amatlah memberangsangkan dan sesungguhnya Awekz amat berbangga dan tanpa segan silu mengaku bahawa Awekz juga telah mendaftar untuk mengikutinya jika ada program itu di Perak nanti.

Tidak kurang juga di Perak, apabila YAB DS Dr. Zambry turut mengambil pendekatan yang serupa dengan memperkenalkan sesi teh tarik sebagai alternatif terbaru untuk bersemuka dengan mereka yang berkomunikasi dengannya menerusi media sosial interaktif Facebook dan Twitter. Mengulas lanjut mengenai sesi teh tarik yang bakal diadakan buat pertama kalinya pada 10 April ini, mungkin pertemuan secara bersemuka membolehkan mereka berkongsi sesuatu idea ujar YAB DS Dr. Zambry Abd. Kadir.

Awekz: Tahniah diucapkan di atas pendekatan yang lebih mesra rakyat ini dan semoga dengan adanya pendekatan sebegini, lebih banyak masalah rakyat dapat didengari dan diambil kira serta lebih banyak idea baru dapat dicetuskan dalam memangkin kemajuan Perak seterusnya Malaysia itu sendiri...Fikir-Fikirkan...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:13 PM 0 comments

Tuesday, April 5, 2011

Video XXX Hitam Putih...Kenapa???



Ekoran video yang dipaparkan sebelum ini...Awekz juga menerima sms dari kawan-kawan yang tak berapa nak sedar diri lagi dengan segala kemudahan dan jasa yang telah kerajaan bagi...Kata seorang darinya, ' I tau juga la bab edit-edit video ni, dan from video yang u upload tu, sah-sah tipu, katanya lagi...kalau benar video tu sah...kenapa ia perlu dalam hitam putih? mustahil dalam dunia teknologi yang serba canggih ni! '

Ada juga, kawan Awekz yang kata...' Common la...muka awal-awal tu memang yang empunya badan seperti yang dikatakan, tetapi dikemudiannya bukan dia...U buta ke? '

Tapi antara yang terkesan di hati Awekz, sms dari seorang teman...begini katanya ' watched the d political sex tape that u uploaded...kamon la...its obvious its not him!!! to fat lor! (Macam pernah dengar je ayat tu)...

Ini jawapan Awekz...korang nampak ke tak yang Awekz sendiri pun menyatakan dalam posting berkenaan SEKADAR UNTUK BERKONGSI...Ada Awekz sebut nama...tak ada bukan??? Namun, Awekz temui penjelasan yang lebih logik untuknya...berkongsi dari blog Kickdefella... Terima kasih Tuan...

Awekz: Awekz juga tidak tahu sejauh mana kebenarannya, kerana itu Awekz sendiri kata. Fikir-fikirkan, tetapi janganlah kerana TAKSUB yang melampau kita lupa dengan segala-galanya yang mungkin satu KEBENARAN yang tidak mungkin dapat kita bayangkan...Sekali lagi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:04 AM 5 comments

Monday, April 4, 2011

VIDEO DISAHKAN TULEN UNTUK TATAPAN SEMUA...BENARKAH???

Video yang ditunggu-tunggu...Cakap banyak pun tak guna, bukan niat untuk memalukan sesiapa, sekadar untuk berkongsi SIAPAKAH DIA??? Fikir-Fikirkan!!!

Thanks to Malay Delima

Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:01 PM 0 comments

Tahniah: Perak Komunti Wifi (K-Wifi)



Tahniah Awekz ucapkan...Biarpun, berita dari negeri Perak jarang-jarang sekali kedengaran dengan sebarang kontroversi kini, tetapi Awekz masih lagi mengikuti segala perkembangannya. Terkini, Kerajaan Negeri Perak diberitakan bakal melaksanakan aplikasi sistem Metro-E yang bertindak sebagai alat pemudah komunikasi bagi memantapkan jaringan hubungan antara jabatan kerajaan negeri.

Melalui sistem tersebut, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir menyatakan 'pegawai jabatan kerajaan, boleh menghadiri mesyuarat penting melalui sidang video secara online tanpa perlu hadir secara fizikal di sesebuah lokasi'. Usaha ini, dilihat sebagai satu langkah proaktif kerajaan Negeri Perak dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisen disamping mampu mengurangkan perbelanjaan perjalanan kakitangan berkaitan. Ia juga merupakan satu harapan yang besar dalam menjadikan pembangunan ICT sebagai salah satu kebanggaan rakyat di Perak.

K-Wifi atau Perak Komuniti Wifi yang dilancarkan di Lumut akan membolehkan rakyat Perak menggunakan capaian jalur lebar tanpa had. Projek K-Wifi merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dengan mensasarkan Access Point (AP) di 300 lokasi khususnya di kawasan yang sukar dan tidak mendapat liputan telekomunikasi dan internet komersil.

Awekz: Tahniah sekali lagi buat Kerajaan Negeri Perak atas inisiatif yang ditunjukkan dalam membuktikan bahawa Rakyat Tetap Didahulukan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:11 PM 0 comments

Friday, April 1, 2011

BIBLE MELAYU SUDAH DIEDARKAN DI TAIPING???



Betul ker dengan apa yang Awekz dengar ni...Terima kasih bro Taipingmali... 

Diberitakan di SMK CONVENT TAIPING gempar pagi tadi. Pelajar-pelajar melayu dikumpulkan dan diberi penerangan oleh ustazah-ustazah mengenai edaran BIBLE MELAYU d kalangan pelajar sekolah tersebut. Kalau nak tahu, inilah juga yang diperjuangkan oleh PAS dalam memperjuangkan agama Islam. Tak percaya lihat di sini PAS DAN BIBLE MELAYU

Awekz rasa, mungkin di SMK ST GEORGE TAIPING juga berlaku insiden yang sama...Tak mustahil, ini berlaku di semua sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negara. Dikhabarkan juga, sebanyak 300, 000 naskah BIBLE MELAYU sedia utk diedarkan. 


Bila politik bercampur dengan agama, inilah yang terjadi. Tidak dapat dibezakan mana yang baik dan yang mana buruk. Inilah padahnya bila agama di gadai utk mendapatkan kuasa. Atas nama liberasasi dan pluralisme agama. . . Anak cucu kita bakal di baptiskan. 



AWEKZ: Sampai bila kita hanya mahu melihat dan cuma diam seribu bahasa. Sampai bila anda semua yang menyokong dan mendokong perjuangan PAS dan PKR ini akan tetap BUTA MATA dan HATI...Mahukah kita lihat, generasi depan menganggap semua agama tiada bezanya...SAMPAI BILA??? FIKIR-FIKIRKAN!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:19 PM 4 comments

VIDEO DISAHKAN TULEN???

Terkini yang Awekz dapat...Ketua Polis Negara sahkan video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen/BERNAMA...Berita selanjutnya, sama-sama kita nantikan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:49 PM 1 comments

Thursday, March 31, 2011

Poco - Poco Diharamkan Di Perak???


Akhirnya, teka - teki berkenaan pengharaman tarian poco - poco yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terjawab sudah. YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir mengumumkan Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan tersebut. 
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya. Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Tan Sri Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Awekz: Diharapkan semua pihak yang mengamalkan tarian poco-poco ni tidak bertindak mengikut emosi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:22 PM 3 comments

Wednesday, March 30, 2011

Kata - Kata Profesor Ungku Aziz...

Di Facebook seorang teman lantas tertarik dengan ayat-ayat yang tertulis...


Awekz: Ada benarnya juga kata - kata Ungku Aziz seperti di atas...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:04 PM 2 comments

Benarkah Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pas???

Dah agak lama Awekz tak berkesempatan nak melawat blog kawan-kawan akibat kekangan tugas. Pagi ni, tergerak hati untuk melawat blog kawan-kawan dan terlintas satu artikel yang menarik perhatian Awekz...Benarkah seperti yang ditulis???

Dari Blog RBF

Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pemuda Pas ?




Kata orang sekeping gambar boleh membawa beribu makna. Kalau dua keping gambar agak-agaknya boleh bawa berapa juta punya makna ?

Bagi saya pula dua keping gambar di atas telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

Sebelum ini saya pernah terdengar bahawa Pengarah SPRM Perak, Puan Hajjah Noraziah adalah orang Pas.

Benarkah ? betulkah ? itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Saya cuba juga risik-risik dan bertanya khabar sana sini. Ada yang jawab "tak tahu" dan ada yang kata "saya pun dengar begitu juga".

Tetapi, selepas melihat blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, maka saya rasa jawapannya sudah ditemui.

Gambar diatas menunjukkan Pemuda Pas Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Hajjah Noraziah selepas beliau ditugaskan di Perak. Mengikut laporan blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kunjungan tersebut dilakukan pada 23.Mac.2010 jam 3.30 petang.

Selebihnya di sini ceritanya...

Awekz: Harap - harap ia cuma kunjungan hormat semata-mata dan bukan bermotifkan politik. Almaklumla, dengar-dengar di SPRM tu sendiri dah ramai yang berpihak kepada pembangkang. Kalau kerja sudah dicampur adukkan dengan politik, sudah tentu tidak terurus semuanya. Fikir-Fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 5 comments

Tuesday, March 29, 2011

Sudah-Sudahlah!!!



Sharing is caring...Email dari seorang pembaca...Sama-sama kita hayati...
Terbukti hanya insan dangkal sahaja yang akan gagal membuat penilaian antara mana yang betul dan mana yang batil. Pakatan pembangkang yang kononnya dulu bersatu atas nama persefahaman makin tenggelam dengan pelbagai isu. Jika dulu, bolehlah berpakat-pakat untuk bentuk jawapan sama atas sebarang krisis yang berlaku tetapi sampai bila bangkai gajah mahu disembunyikan… dan sekarang yang termampu hanyalah diamkan diri saja.
Itulah pembangkang, dari luar pun sudah terserlah kepincangannya, apatah lagi dari dalam yang lompong tanpa isi. Janji-janji cuma pemanis kata, lakonan wajah tenang sedang jiwa penuh gelora lantaran ghairah pada nafsu haloba untuk kuasa dan harta. Mandat diberi diperguna tanpa amanah dan rasa tanggungjawab sehinggakan tergadai bangsa, dipersenda agama dan janji-janji ibarat ‘pelacuran’ tanpa ada rasa bersalah pun.
Mahukah tindakan rakus yang penuh dengan keangkuhan sedemikian diteruskan sedangkan realitinya telah jelas bahawa antara intan dan kaca mana yang lebih berharga.
Benar, kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru kepada satu transformasi semasa mula-mula mendapat mandat menjadi realiti melalui Gagasan 1Malaysia. Rakyat di peringkat akar umbi juga berkesempatan bertemu secara langsung dengan beliau. Kesungguhan beliau untuk turun padang ke semua negeri bukanlah sekadar omong kosong sebagaimana pakatan pembangkang yang telah terbukti tingkahnya.
Sudah-sudahlah. Daripada membuang waktu mendengar caci maki, manipulasi dan pelbagai fitnah dari pembangkang bukankah lebih elok memberikan sokongan untuk sama-sama mengatur melangkah bersama terus membina kecemerlangan bangsa dan melakar kejayaan sama ada dalam negara atau di persada antarabangsa.
Ayuhlah, bangkit bersama menjayakan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Airika Malek
Awekz: Melayu oh Melayu...Sedarkah kita wahai MELAYU???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:26 AM 0 comments

Wednesday, March 23, 2011

PRU SARAWAK



SPR sebentar tadi telah menetapkan Penamaan Calon Pilihanraya Sarawak pada 6 April 2011 manakala Hari Pengundian pada 16 April 2011.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:40 PM 2 comments

Melayu Oh Melayu...

Sekadar berkongsi nukilan rasa Tun Dr. Mahathir...



1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.


6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

Awekz:  Bersyukur dilahirkan sebagai Orang Melayu yang beragama Islam...Alhamdulillah...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:03 AM 1 comments

Tuesday, March 22, 2011

Ada Apa Dengan PEKA???


Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak, apabila sekali lagi menjadi perintis dan kini bagi sektor pekerjaan. Perak akan mewujudkan Pusat Penjodohan Pekerjaan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) di mana ia bakal menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di Perak sehingga hujung tahun ini.

PEKA selain dari menyediakan selain menyediakan khidmat latihan secara percuma, ia juga mampu mengelak masalah migrasi di kalangan penduduk di Perak. Selain itu juga, PEKA diwujudkan dalam menangkis dakwaan negatif di mana Perak dikatakan tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda Perak berhijrah ke tempat lain. 

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir berkata, dengan kerjasama bersama bakal menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun ini. Tidak terhad kepada hanya membantu memadan dan mendapatkan peluang pekerjaan, PEKA juga bertanggungjawab membantu melatih pemohon dalam membuat persediaan seperti menghadiri temuduga atau latihan tambahan yang diperlukan kepada mereka yang ingin bekerja.

Awekz: TAHNIAH diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dan semoga kewujudan PEKA ini membantu anak Perak untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian di samping mengurangkan bilangan pengangguran di Perak sekaligus mengecilkan bilangan kekosongan pekerjaan yang ada di Perak.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:37 PM 0 comments

Monday, March 21, 2011

Rakaman Video Lagi???



Satu Malaysia dah kecoh nampaknyer dengan satu rakaman video aksi ganas yang didedahkan kepada pihak media pagi tadi... Video tersebut didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pihak pembangkang. Susulan dari pendedahan tersebut, beliau didesak agar meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu rakaman tersebut didedahkan kepada umum.

Rakaman itu diberitakan ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi tadi secara bergilir mengikut kumpulan.   Ia juga dikatakan lebih "panas dan jelas" dari rakaman video Dr. Chua Soi Lek yang pernah menggemparkan Malaysia sekitar tahun 2007 dahulu.


Awekz: Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan rakaman tersebut. Sama-sama kita nantikan pendedahannya!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:37 PM 2 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.