Akhirnya, teka - teki berkenaan pengharaman tarian poco - poco yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terjawab sudah. YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir mengumumkan Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan tersebut.
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya. Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Tan Sri Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Awekz: Diharapkan semua pihak yang mengamalkan tarian poco-poco ni tidak bertindak mengikut emosi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
3 comments:
lame dah dgr pasal fatwa ni , tpi x brape kecoh sgt
bguslah klu betul benda tu bawa benda x baik, so baik stopkan
awak setuju tari poco-poco diharamkan, karena sumber asal usulnya dari manado sebagai tarian gereja
salam,
sebagai bekas penganut agama kristian saya menyokong penuh pengharaman Tarian Poco-poco. Fikirkanlah masih banyak bentuk tarian yang ada di malaysia, jangan gadaikan aqidah dengan tarian ini.
Post a Comment