skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, July 19, 2010

'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!


Di Malaysia keseluruhannya ada Klinik 1 Malaysia, Awekz berbangga kerana di Perak YAB DS Dr Zambry Abd Kadir mengambil inisiatif mewujudkan "Klinik Dr. Zambry". Pendekatan ini adalah sebagai satu langkah bagi memastikan tiada jurang atau halangan antara rakyat dan Menteri Besar. 
 
'Klinik' yang diwujudkan ini, selain memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan YAB Menteri Besar,  disamping akan bergerak setiap kali beliau turun padang bakal menyelesaikan banyak masalah berbangkit yang dihadapi rakyat. Lebih membanggakan, ia dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK!

YAB DS Dr Zambry berkata, rakyat termasuk pembangkang dialu-alukan untuk menyuarakan masalah mereka setiap kali beliau turun padang menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di daerah, kampung atau program Juara Rakyat.

"Pendekatan bertemu rakyat telah lama saya praktikkan, namun kaedah klinik ini diharap mampu merapatkan lagi hubungan saya dengan rakyat tanpa sebarang halangan.

Selain itu juga, "Klinik ini adalah lanjutan daripada pendekatan bertemu rakyat yang kita adakan. Sebelum ini kita juga ada dialog terbuka tetapi saya merasakan masih ada halangan antara saya dengan rakyat," katanya. 

YAB DS Dr Zambry juga berusaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi dimana kerajaan negeri mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri di setiap daerah dan kampung-kampung.

Beliau berkata langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.

Beliau turut melancarkan gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mySMS 15888.

Orang ramai boleh membuat aduan, semakan aduan dan status permohonan seperti pinjaman pendidikan, pekerjaan, tanah dan lain-lain secara terus dengan caj yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan 35 sen.

Awekz: Sekali lagi tahniah diucapkan dan Awekz harap dengan adanya semua perkhidmatan yang baru ini, Kerajaan Negeri Perak akan lebih dekat di hati rakyat.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:34 PM 4 comments

Friday, July 16, 2010

Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!


Sana sini ramai yang membincangkan tentang pengumuman kenaikan harga beberapa barang. Seperti kebiasaan, sudah tentu isu ini akan dimanupulasikan sebaik-baiknya oleh pembangkang. Sudah ada juga kedengaran suara-suara ketidak puasan hati terhadap kenaikan barang-barang tersebut. Namun, apa yang Awekz ingin katakan, setinggi manakah kenaikan harga barang tersebut menganggu kehidupan kita seharian.

Cuba kita kaji fakta di bawah:
1. Penyelarasan subsidi gula, bahan bakar sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.
2. Penyelarasan semula harga barang ini membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
3. Walaupun begitu, setelah harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula.
4. Penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.
5. Hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar.
7. Proses mendapatkan maklum balas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memastikan langkah tersebut hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
8. Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara.
Awekz: Sudah pasti apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Keburukannya adalah kenaikan itu sendiri tetapi pernahkah kita fikir, kenaikan ini sudah pasti ada kebaikannya. Mungkin bukan untuk kita generasi pada masa kini, tetapi sudah pasti untuk generasi masa akan datang. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 PM 1 comments

Thursday, July 15, 2010

Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!


Isu penyatuan dan perpaduan di antara UMNO dan PAS sudah panas kembali lantas meraih berbagai kenyataan dari pelbagai pihak. Terbaru, Pengerusi Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang berkata “Kalau pihak yang prihatin dengan perpaduan orang Melayu dikatakan sakit apa pula status orang yang menolak perpaduan, mungkin penyakit dia lebih teruk hingga tak mampu lagi diubati….dah cukup nazak dah maknanya tu”.

“Apakah gila kalau kita mengajak perpaduan, apakah gila kalau kita minta bersatu. Kita fikir pihak yang menentang perkara itu lebih hebat penyakitnya daripada gila”, ujarnya kepada Umno Online

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sedia menghantar pakar sakit jiwa kepada UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-UMNO meskipun parti secara jelas menolak pelawaan tersebut.

Sedih Awekz melihatkan perangai puak-puak PAS yang masih tak mahu sedar lagi. Gilakah kita untuk sesama orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu? Gilakah kita untuk memperjuangkan survival kuasa politik orang Melayu itu sendiri?

Seharusnya individu yang tidak bersedia untuk kerjasama UMNO dan PAS ini cuba muhasabah diri. Apakah tiada semangat 'perpaduan' di dalam hati anda. Siapa yang gila, PAS atau UMNO? Fikir-fikirkan...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:18 PM 0 comments

Wednesday, July 14, 2010

Perak oh Perak!!!

~Terkini pada 11 Julai di laman blog Kickdefella, Syed Azidi mendakwa menerima SMS yang bertulis ‘ Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN ’ dari seorang ahli perniagaan rakan kepada Husam Musa.~
Perak pernah sudah tergadai ketika PRU-12 yang lalu dan ketika PRU-13 menghampiri adakah kita mahu Perak tergadai kembali? Sejarah PRU-12 mencatatkan BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN juga ketika itu boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada Pakatan Rakyat tidak ada di dalam kamus politik Malaysia dan Perak khususnya.

Keadaan itu juga menjadikan Pakatan Rakyat dibentuk setelah PAS menolak cadangan bersama BN dan bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Walaubagaimanapun, penyatuan itu dilihat sebagai satu matlamat jangka pendek serta berisiko tinggi kepada orang Melayu dan Islam khusunya.

Ironinya, Perak merupakan satu kes ‘istimewa’  kerana pembahagian politiknya menunjukkan kedudukan Melayu itu sebagai satu yang konkrit tetapi malangnya hancur musnah disebabkan oleh perpecahan di kalangan Melayu itu sendiri. Pada dasarnya, 38 DUN Perak dikuasai oleh Melayu dan jelas membuktikan kedudukan Melayu di Perak adalah stabil sehingga PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan negeri Perak kepada DAP. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Tidak mustahil PRU-13 nanti menyaksikan Ahli DUN Perak yang majoritinya sudah pasti Melayu tetapi dikuasai oleh Bukan Melayu dan Bukan Islam. PAS juga dilihat tidak mustahil untuk merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO akibat dari perperangan sesama sendiri dan sudah tentu kemenangan itu bukan hadiah buat Melayu tetapi sebaliknya kepada Bukan Melayu.

Sedar atau tidak, PAS juga berkemungkinan akan kehilangan keistimewaan sebagai orang Melayu dan beragama Islam kerana sudah ada desas desus yang mengatakan DAP akan meletakkan calon Melayu dalam PRU akan datang. DAP juga sedang giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu sejajar dengan usaha mereka untuk menguasai Melayu.


Selepas ini kita mungkin akan ada Menteri Besar DAP berketurunan Melayu dan mungkin juga akhirnya nanti akan ada Perdana Menteri berketurunan Melayu dari DAP. Terang dan nyata bahawa DAP menguasai politik di Malaysia. Jika ia menjadi kenyataan, bagaimanakah keseluruhan Melayu itu nanti? Bukankah sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam menjamin survival Melayu di Malaysia itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu hati dalam menghadapi PRU-13 seterusnya membentuk kerajaan yang masih lagi diterajui oleh Melayu berlandaskan Islam.
Awekz: Sama-sama kita fikirkan sementara masih ada masa. Great job by Kickdefella atas pendedahan dan kupasan yang menarik ini.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:41 AM 4 comments

Tuesday, July 13, 2010

UMNO dan PAS Bersatukah?


Merujuk kepada kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Bolehkah UMNO dan PAS bersatu? Jika benar-benar ia terjadi, Awekz pasti ramai yang tidak senang hati dengan penyatuan ini, lebih-lebih lagi puak DAP. Awekz juga berharap agar penyatuan ini dapat menjadi realiti kerana sudah tentu menjadi kemenangan paling besar bagi umat Islam di Malaysia.

Sehubungan dengan itu juga, golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan PAS demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama. Beliau juga turut mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Di atas sebab itu juga, dalam usia lebih 70 tahun beliau tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya.
Awekz: Jika perpecahan ini menjadi lebih parah lagi, fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 5 comments

Monday, July 12, 2010

MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...


“Saya mahu semua pemimpin di sini menyerang semula dakwaan dan fitnah pembangkang,” kata Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir.

Sedar atau tidak, nasib pemimpin ditentukan rakyat yang melihat siapa yang mampu memberi kepimpinan secara telus dan dapat mengubah nasib mereka.Tambahnya lagi, jangan membiarkan pembangkang menabur fitnah bagi mengotorkan pemikiran rakyat dan tiba masanya untuk menyerang mereka semula.


YAB DS Dr Zambry juga mengingatkan "Sebagai pemimpin UMNO kita mestilah bekerja keras dalam memastikan hak rakyat diberi keutamaan." Ahli-ahli UMNO juga diingatkan agar tidak berselisih sesama sendiri kerana ia mampu menghilangkan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong UMNO ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar ke-22 dan merasmikan Dewan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Taman Kerian Permai Parit Buntar, semalam.

UMNO Bahagian Parit Buntar juga dilihat masih kukuh dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang mencari peluang menjatuhkannya. Kekuatan yang masih ada perlu dikukuhkan dari semua sudut agar dapat menarik semula pengundi yang dianggarkan hampir 46, 000 pada PRU-13 nanti. Pembangkang ketika ini menggunakan perpecahan dikalangan ahli UMNO dan BN sebagai satu senjata dan kerana itu juga SEHARUSNYA kini masa yang sesuai untuk UMNO bersatu dan menyerang pembangkang. 'Counter attack' itu perlu bagi menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Awekz merasakan ini bukan masanya untuk kita hanya melihat dan berdiam diri terhadap segala yang dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya ini masanya untuk kita membalas dan terus menyerang di atas setiap pernyataan dan perbuatan yang puak Pakatan Rosak lakukan. Kita juga perlu bekerja keras dan bersatu padu dalam mempertahankan hak orang Melayu dulu, kini dan selamanya.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:48 AM 0 comments

ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!


YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir "PRESTASI ADUN PERAK SENTIASA DIPANTAU". Merujuk kepada pernyataan tersebut, tahniah Awekz ucapkan kerana MB sentiasa berpegang kepada apa yang dikatakan. Semua ADUN BN Perak diingatkan supaya memastikan prestasi mereka mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
 
KPI ADUN BN Perak diukur dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan kekerapan meninjau kawasan atau turun padang. Perkembangan setiap ADUN sentiasa dipantau walaupun dikatakan UMNO dan BN telah meraih semula sokongan rakyat. Selain itu juga, KPI ADUN ini dibuat untuk tidak meletakkan ADUN-ADUN di dalam 'comfort zone'.

Isu perpaduan juga terus diberi keutamaan oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir kerana ia merupakan pra-syarat bagi memastikan UMNO dan BN terus mencapai kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Disamping itu, proses TRANSFORMASI turut diberi perhatian dengan  memperkenalkan muka baru dan lama YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT sebagai calon pilihanraya.


Kerjasama dan perpaduan yang wujud di antara peringkat parti komponen di Perak ditahap yang memuaskan. Namun, adalah diingakan bahawa UMNO dan BN harus memperkukuhkan perpaduan termasuk bergerak bersama-sama supaya akan terus menjadi parti pilihan rakyat. 

Selain itu juga, YAB DS Dr Zambry Abd Kadir turut mengingatkan bahawa sekarang adalah masa terbaik bagi BN untuk melakukan serangan balas terhadap parti pembangkang yang selama ini menabur fitnah dan mengamalkan politik putar-belit.

Sekali lagi Awekz ucapkan tahniah diatas pencapaian serta inisiatif baru yang ditunjukkan oleh kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir dalam memastikan UMNO dan BN sentiasa menjadi JUARA di hati rakyat. Fikir-Fikirkan...
 
              


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 1 comments

Friday, July 9, 2010

Jahat Sungguh PAS Ni!!!


Apa nak jadi la dengan puak PAS ni. Kita heboh memperkatakan tentang PERPADUAN Melayu tapi sayang, Nik Aziz masih taksub dengan Pakatan Rosak. Jika sebelum ni, Nik Aziz mendabik dada menyatakan bahawa DAP telah dapat menerima Kerajaan Islam walaupun itu hanyalah fantasi dalam mimpi siang dan malam Nik Aziz.

Lebih ekslusif, kini Nik Aziz akan terus-terusan menanam sikap KEBENCIAN terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan beliau ke semua tempat di Kelantan. Awekz rasa, tidak mustahil Nik Aziz akan MENYEBARKAN KEBENCIAN bukan hanya di Kelantan sebaliknya kepada seluruh Malaysia sejajar dengan impian sekutunya dalam menghancurkan orang Melayu.

Barulah Awekz tahu, begini rupanya perangai Nik Aziz, insan yang dipandang tinggi oleh pengikutnya, sama ada yang biasa atau yang FANATIK. Hairan Awekz, bukankah di dalam ajaran Islam itu sendiri kita tidak digalakkan membalas dendam. Apa saja yang BN dan UMNO lakukan dilihat salah jika dibandingkan dengan PAS walaupun apa yang dilakukan sememangnya SALAH.

Walaubagaimanapun, ada perkembangan positif kepada pemikiran Nik Aziz apabila beliau sudah mula merasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Katanya,“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,”

Awekz: Adalah lebih baik Nik Aziz memikirkan agenda 'Perpaduan Melayu' itu sendiri dari membantu agenda 'Memusnahkan Melayu" bak kata pepatah Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tidak Berguna. Sebelum bangsa sendiri tergadai, fikirlah sebaik-baiknya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:45 AM 3 comments

Thursday, July 8, 2010

Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk Menilaikannya!!!


Bagaimana nasib anak bangsaku di masa depan? Satu demi satu kenyataan dikeluarkan ekoran kebimbangan di atas perpecahan yang berlaku di kalangan Melayu kini, yang dilihat membantu agenda sesetengah pihak dalam menghapuskan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini.

Terkini, DS Zahid Hamidi turut mengulas kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang telah mengingatkan agar Melayu tidak berpecah belah sesama sendiri yang menyebabkan kemungkinan orang Melayu kehilangan kuasa politik. Keadaan ini dilihat bukan sebagai satu ugutan sebaliknya suatu realiti.

Jelasnya perkara itu boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pembentukan kedua-dua negeri itu tidak memihak kepada orang Melayu walaupun Menteri Besarnya adalah orang Melayu.
“Walaupun DAP tidak menjadi Menteri Besar tapi bila jumlah kerusi DAP melebihi jumlah lain-lain kerusi parti orang Melayu maka suara mereka melebihi orang lain.

“Malah dalam kerajaan negeri , keputusan exco yang diumumkan Menteri Besar adalah ditentukan oleh DAP….agenda DAP ini memang mengenepikan orang Melayu. Ini dibuktikan apa yang berlaku di Perak dan Selangor”, katanya kepada UMNO Online

Jelas apa yang terjadi kini perlu diambil iktibar agar orang Melayu akan terus memegang kuasa politik. Lebih mengejutkan Awekz apabila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM didakwa sebagai ugutan kepada orang Melayu sedangkan hakikat yang sebenar adalah Pakatan Rosak GENTAR jika semua orang Melayu bersatu. Sedarkah mereka bahawa jelas AGENDA UMNO itu untuk orang Melayu TANPA menafikan hak-hak orang bukan Melayu.


Jelas, bagi Awekz kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM sebagai satu ingatan agar Melayu tidak mudah lupa, tidak mudah leka dan tidak dengan mudah mempertaruhkan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini kerana hilangnya kuasa politik dari Melayu memungkinkan segalanya. Siapa tahu, berkemungkinan menghilangkan juga Melayu dari Malaysia...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:05 AM 0 comments

Wednesday, July 7, 2010

Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!



Memetik kenyataan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir, bahawa "ahli-ahli UMNO di Perak sekali lagi diingatkan supaya berwaspada dengan taktik intipan yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk meruntuhkan benteng perpaduan parti".

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah berhati-hati itu perlu kerana keinginan pembangkang melihat UMNO bepecah semakin kuat. "Mereka tahu UMNO di Perak semakin kuat. Sebab itulah saya ingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa berwaspada dengan gerakan seperti ini," katanya. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau diminta mengulas mengenai pendedahan strategi intipan ala-CIA dengan menyelinap dalam UMNO bagi memperolehi maklumat dalaman parti. Maklumat yang diperolehi itu seterusnya digunakan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO Perak khususnya yang dilihat semakin kuat.
 
YAB DS Dr Zambry juga turut ditanya sama ada pengintip ini sudah dikenalpasti, beliau  turut menjelaskan tidak mahu menuduh sesiapa sebaliknya menegaskan langkah berhati-hati perlu untuk mengelakkan ahli parti UMNO daripada berpecah belah. Turut dinyatakan bahawa mereka yang terlibat di dalam gerakan ini mempamerkan sifat talam dua muka, membuat kenyataan-kenyataan provokasi dan bermain dengan sentimen kebencian. 

Nampaknya, puak-puak Pakatan Rosak ni semakin lama semakin melampau. Awekz berpendapat, permohonan keahlian di kalangan ahli-ahli baru perlu diteliti agar ahli-ahli gerakan untuk memecah belahkan perpaduan dikalangan ahli UMNO dapat dihentikan dari masa ke semasa. Sememangnya kita menerima dengan baik permohonan keahlian namun di dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati agar perpaduan sesama kita tidak diganggu gugat dengan anasir-anasir yang dimainkan oleh Pakatan Rosak. 
Buat Pakatan Rosak, hentikanlah niat jahat anda kerana bagi Awekz ia jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rosak sudah kehabisan taktik dalam meraih sokongan rakyat. Cuma kita perlu ingat, "what goes around, comes around". 

Fikir-fikirkan...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 6 comments

Tuesday, July 6, 2010

JIKA HILANG KUASA POLITIK...MELAYU DIMANA AKHIRNYA!!!

Dari sehari ke sehari, Melayu sering diingatkan. Apa yang menjadi persoalan kepada Awekz, sampai bilakah Melayu akan terus tidak sedar. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!

Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.

Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 3 comments

Monday, July 5, 2010

Lagi-Lagi Melayu Yang Tak Sedar!!!


Melayu belum sedar...Walaupun telah diingatkan SEDARLAH MELAYU, namun amat menyedihkan kerana jelas MELAYU belum sedar!!! Minggu yang lalu dikejutkan dengan nisbah perbezaan pengundi baru melayu dan Bukan Melayu yang menunjukkan 1:40. Kini isu terbaru lebih 4 juta rakyat yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Lebih menyedihkan, dari jumlah yang dikatakan seramai 1.9 juta atau 43% adalah orang MELAYU!!! Dimana kesedaran kita masyarakat Melayu...

Isu ini juga dilihat khusus kepada SPR kerana turut dikatakan TIDAK AGRESIF dalam memainkan peranan bagi menarik minat orang ramai untuk mendaftar. Pendapat peribadi Awekz, SPR tidak seharusnya dipersalahkan kerana kesedaran individu itu sendiri amatlah menyedihkan. Kaunter-kaunter pendaftaran bagi memudahkan masyarakat awam, Awekz lihat dibuka di tempat awam, pejabat pos serta oleh parti-parti politik itu sendiri.

Suka diingatkan. janganlah kita menunggu saat-saat akhir untuk mendaftar, janganlah kita leka. Sementara ada masa, luangkan masa sebentar cuma agar tanggungjawab dapat dilaksana apabila tiba masa. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:27 AM 0 comments

Thursday, July 1, 2010

PAS dan DAP bukan satu kepala...


Pening-pening. apa nak jadi dengan Pakatan Rosak ni. Ada yang kata, OK dan ada pula yang kata tak OK!
Sana-sini PAS berceramah dengan bangga menyatakan bahawa DAP SUDAH MENERIMA PERJUANGAN NEGARA ISLAM PAS, tapi sayang seribu kali sayang SEMALAM, KARPAL SINGH sekali lagi membuktikan bahawa apa yang diperkatakan PAS hanyalah PEMBOHONGAN semata-mata.

Tak cukup dengan itu, DAP pula berkata PAS bersedia mewujudkan NEGARA SEKULAR demi pembentukan kerajaan Pakatan Rosak di peringkat persekutuan. Walaubagaimanapun, PAS masih lagi meneruskan lakonan dengan mangatakan bahawa apa yang diutarakan oleh DAP sebagai SATU PANDANGAN PERIBADI SERTA HAK UNTUK BERSUARA! Cerekarama sungguh la Pakatan Rosak ni...

Pelik Awekz memikirkan gandingan Pakatan Rosak ni. Lebih menghairankan, sandiwara mereka yang berterusan ini masih mendapat sokongan. Lihat saja PKR kini, terutama di Selangor apa lagi yang harus dibuktikan. Jelas perjuangan mereka adalah suatu yang kabur dan sia-sia.

Terngiang-ngiang di telinga, OVER MY DEAD BODY!!! Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:51 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ▼  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ▼  July (13)
      • 'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!
      • Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!
      • Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!
      • Perak oh Perak!!!
      • UMNO dan PAS Bersatukah?
      • MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...
      • ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!
      • Jahat Sungguh PAS Ni!!!
      • Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk M...
      • Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!
      • JIKA HILANG KUASA POLITIK...MELAYU DIMANA AKHIRNYA!!!
      • Lagi-Lagi Melayu Yang Tak Sedar!!!
      • PAS dan DAP bukan satu kepala...
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ▼  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ▼  July (13)
      • 'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!
      • Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!
      • Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!
      • Perak oh Perak!!!
      • UMNO dan PAS Bersatukah?
      • MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...
      • ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!
      • Jahat Sungguh PAS Ni!!!
      • Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk M...
      • Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!
      • JIKA HILANG KUASA POLITIK...MELAYU DIMANA AKHIRNYA!!!
      • Lagi-Lagi Melayu Yang Tak Sedar!!!
      • PAS dan DAP bukan satu kepala...
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.