skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, October 29, 2012

Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???



Benarkah apa yang Awekz dengar ni? Info dari bilik perang UMNO Perak 'leaking'? Sejauh mana kebenarannya Awekz sendiri tidak pasti tapi menurut Media Perak. Net itulah yang terjadi. Dengan confident nya berkata demikian sedangkan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Diberitakan lagi, MB Perak, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir akan digugurkan dari menjadi MB dan penggantinya akan ditentukan nanti. Andai benar seperti yang diperkatakan, sila tunjukkan bukti? Sumber dan bukti sahih yang mengatakan maklumat anda dari bilik perang UMNO itu sendiri! 

Bukan sahaja Perak, begitu juga Melaka, Terengganu dan Johor negeri yang turut dikaitkan dengan pertukaran Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing. Jelas bagi Awekz ini hanyalah strategi puak-puak Perosak Rakyat dalam melaga-lagakan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang jelas kepimpinan mereka diterima rakyat. 

Alahai puak-puak Perosak Rakyat, sudah-sudahlah memburukkan imej Kerajaan kini yang Awekz lihat, jelas mendapat sokongan dari rakyat semula. Salah kah, yang baik dipuji dan yang buruk ditegur, bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya untuk rakyat sendiri. 

Awekz: buat puak-puak Perosak Rakyat, PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG ANDA YANG LEBIH!!! Fikir-fikirkan



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:02 PM 0 comments

Wednesday, October 24, 2012

PAS + DAP + PKR = MELETUP!!!





Mampukah Perosak Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional?  Sejak akhir-akhir ini makin terserlah kepincangan di dalam 'ikatan' mereka. Lihat saja di Selangor, krisis air yang semakin meruncing, begitu juga di Kelantan masih lagi berkisar masalah air. Siapa yang harus dipersalahkan? BN kah atau Perosak Rakyat itu sendiri. 



PAS dilihat sudah hilang dari perjuangan asal mereka. Slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' hanyalah sebagai pemanis mulut untuk peyokong tegar mereka yang nyata tidak menyedari akan hakikat perjuangan PAS kini. PKR pula, seperti yang diketahui umum hanyalah sebuah parti yang memperjuangkan agenda Penasihat mereka dalam mencapai impian untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia! Jangan dilupa DAP yang chauvinis serta tidak pernah akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negeri apatah lagi sebuah negara!



Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi. Tepuk dada tanya selera! 

Awekz: Yang indah tidak semestinya baik untuk semua, begitu juga yang buruk tidak semestinya tidak baik untuk semua. Apa yang perlu untuk kita menilai sejauh mana kebaikan atau keburukan itu mempengaruhi kita, bukan sahaja di masa lalu, kini sebaliknya juga untuk masa depan. Fikir-fikirkan!!! 




Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:00 PM 0 comments

Wednesday, October 17, 2012

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS BERKHIDMAT!


Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Congrats YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir. Apa yang dapat Awekz katakan, jelas memperlihatkan kematangan beliau dalam berdepan setiap cabaran dan dugaan selaku MB Perak. 'SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT' kata beliau ketika diminta mengulas provokasi terkini terhadap dirinya. 

Ekoran kejadian terbaru di Manjung, poster YAB DS Dr. Zambry di 3 lokasi yang berbeza telah disimbah cat merah dipercayai hasil kerja tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Awekz rasa, mungkin kerana tidak tahan melihatkan kejayaan MB Perak serta barisan kepimpinan yang lain dalam mentadbir Perak. 

Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, walaupun terdapat tulisan Cina di poster yang telah dirosakkan, beliau berpendapat mungkin ada pihak yang mahu mencetuskan perasaan marah dikalangan rakyat, jelas sentimen perkauman mahu diwujudkan. Beliau juga berkata kejadian seperti itu pernah berlaku di Bagan Serai dan Kuala Kangsar dan ia memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus bekerja keras memaju dan membela rakyat Perak. 



Awekz: Kepada setiap pemimpin, teruskan berjuang dan berkhidmat untuk rakyat kerana rakyat kini sudah makin bijak menilai dan seharusnya dapat memilih yang terbaik. Apa yang penting, keikhlasan dalam setiap perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Kemenangan pasti milik kita! 



Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:38 PM 0 comments

Tuesday, October 16, 2012

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Congrats PERKASA!!!


Congrats kepada PERKASA kerana berusaha untuk menegakkan kebenaran, mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan apa, jangan dilihat kita hanya pandai berbicara tanpa sebarang tindakan atau hukuman diambil. 



Satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Perak, Lina Harlina Mohd Halim di Pejabat SPRM Meru Raya agar dapat memaklumkan siasatan terhadap aduan atau laporan rasuah yang telah dibuat sebelum ini. Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Saudara Irwan Fahmi, Ketua Wira Perkasa Malaysia. Bercakap kepada media selapas penyerahan memorandum itu, "PERKASA berharap SPRM dapat mengumumkan segera hasil siasatan berhubung kes tersebut kerana sudah mengambil masa lebih setahun". 




Awekz: Berani kerana benar, takut kerana salah! bukan saja PERKASA malahan PEMUDA UMNO juga seharusnya mengambil pendekatan sebegini...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:17 PM 2 comments

Monday, October 15, 2012

TIBAI terbaek!!!


Terbaek!!! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan program TIBAI yang diadakan di Dewan Ahmad Said, Sg. Rokam, Ipoh malam tadi. Kehadiran rakyat setempat amatlah diluar jangkaan sehingga bilangan kerusi ditambah lagi untuk memenuhi permintaan semalam.

Yang pasti, dengan sambutan yang menggalakkan malam semalam rakyat sudah pasti dapat menilai yang mana benar dan yang mana tidak. Lebih baik lagi apabila program TIBAI ini dibuat dengan lebih banyak lagi agar Melayu khususnya sedar apa yang telah, sedang dan bakal berlaku!!!

Ikuti kupasan program TIBAI semalam di blog adik-adik seperjuangan Awekz ~TIBAI:LINTAS LANGSUNG DARI DEWAN AHMAD SAID~ dan Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.

Sejurus selapas program TIBAI semalam:



Awekz: Hanya rakyat yang bijak menilai tahu yang mana benar dan yang mana tidak. Sedarlah wahai anak bangsaku, jangan digadai kemerdekaan yang telah sekian lama dinikmati dan yang telah diperjuangkan ini. Fikir-fikirkan...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 PM 1 comments

Tak cukup-cukup lagi ke Abby?


Apa nak jadi dengan Abby Abadi ni ya, dulu masa dalam kumpulan Elite...dia yang paling Awekz minat. Kini Abby Abadi yang Awekz minat sudah tidak seperti dulu. Berubah atau dengan kata lain, berhijrah katanya. Tak salah untuk berubah, tapi apabila perubahan itu yang kita katakan baik, ke jalan Allah kini Awekz lihat bermotifkan politik serta memburuk-burukkan orang lain, bukankah tidak baik jadinya???

Berubah ke arah yang lebih baik, tak perlu ditunjuk berlebih-lebihan kiranya. Cukuplah jika kita tahu apa yang buruk atau yang tidak baik yang kita lakukan semasa jahil dahulu namun untuk terlalu mendedahkannya, Awekz rasa seperti membuka pekung di dada. 

Di bawah Awekz 'share' dengan kawan-kawan Abby Abadi kini setelah "berhijrah" menjadi seorang yang lebih baik dan mulia...Fikir-fikirkan, wajarkah tindakannya?



Awekz: Tak salah nak kongsi pengalaman mungkin tidak perlu lah berlebihan kerana yang berlebihan itu kadangkala membawa kepada keburukan. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:57 AM 2 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    UMDAP : YANG MENYEBUT LEBIH SETAN DAN DAJJAL DARI YANG DIMAKSUDKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (6)
      • Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???
      • PAS + DAP + PKR = MELETUP!!!
      • YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS...
      • Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Congrats ...
      • TIBAI terbaek!!!
      • Tak cukup-cukup lagi ke Abby?
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (6)
      • Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???
      • PAS + DAP + PKR = MELETUP!!!
      • YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS...
      • Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Congrats ...
      • TIBAI terbaek!!!
      • Tak cukup-cukup lagi ke Abby?
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.