skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Monday, May 28, 2012

Nik Aziz mahu PM Bukan Melayu???



Kalau minggu lepas Awekz bercerita tentang pengganti Nizar Royan, hari ni nak bercakap pula soal PM. Selama ini, PM kita adalah seorang Melayu yang beragama Islam dan sudah pasti semua tahu dengan hakikat itu. Tapi kini, senario yang berlaku berbeza. Sudah terdengar ada yang mahukan PM bukan Melayu malah Nik Aziz yang merupakan pemimpin seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti sudah merestui PM bukan Melayu...

Ingatkah kita, suatu ketika dulu pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam??? Kini, setelah hampir 20 tahun, PAS akhirnya membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Lalu, terbiar begitu sahajalah negara Islam, 'hukum hudud' yang hendak diperjuangkan, begitu juga dengan isu Kalimah Allah yang dipermainkan serta hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang sering dipersoalkan. Kerana apa terbiar??? Bukan kerana apa, sebaliknya lebih kepada kesamarataan dan keadilan. Lebih parah, kini Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon Nik Aziz pula seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu. Harus diingat, untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi Parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai. 

Awekz: Tak dapat nak bayangkan andai hasrat PM bukan Melayu ini tercapai...Mohon dijauhkan dari kenyataan kerana Awekz sayangkan keamanan yang dah lama dikecapi dan tak sanggup rasanya bila Tanah Melayu, Malaysia tanahair tercinta ini akhirnya diterajui oleh Bukan Melayu. Anda mahu??? Ingat kah anda pada impian DAP jika menang pilihanraya??? Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:46 AM 5 comments

Thursday, May 24, 2012

Fauzi Shaari Bakal Ganti Nizar Royan???



Dua tiga hari ini, nama Fauzi Shaari meniti dibibir orang ramai apatah lagi dikalangan penyokong PAS terutama di Perak apatah lagi setelah disebut-disebut bakal menggantikan Nizar Royan. Umum juga mungkin sudah mengetahui, Fauzi Shaari ataupun lebih dikenali sebagai bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari...

Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS? Mampukah penyertaan beliau di dalam PAS sedikit sebanyak memperbaiki imej BURUK polis dimata penyokong tegar Perosak Rakyat. Sudah pasti, hak peribadi sesiapa sahaja untuk memberi sokongan serta menyertai mana-mana parti yang dirasakan tepat untuk dirinya. Namun yang menjadi persoalan kepada Awekz, jika benar sekalipun PAS pilihan terbaik baginya, 
janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.  Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?

Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi.  Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.

Harus diingat, PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu.  Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.

Mampukah Fauzi Shaari mengubah pandangan negatif penyokong tegar Perosak Rakyat kepada sesuatu yang positif? Adakah Fauzi Shaari benar-benar merasakan PAS merupakan parti yang mampu mendokong agama Islam walapun jelas membuktikan mereka menolak perpaduan ummah! atau mungkinkah penyertaan Fauzi Shaari lebih bermotifkan kepentingan peribadi seperti mana ramai artis-artis yang sudah tidak popular mencuba untuk meraih populariti dengan cara yang lain pula...

Awekz: Tiba-tiba teringat si Aishah yang dah tak berapa nak popular yang dah join PAS, teringat pula si Dayangku Intan yang juga menyertai dan memberikan sokongan kepada PKR...Alahai amat menyedihkan dan banyak lagi nama lain yang boleh disebut, tapi cukuplah...Amat menyedihkan!!! Fikir-fikirkan...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:02 AM 10 comments

Wednesday, May 23, 2012

Nizar Royan bakal diganti???


Betul ke cerita yang Awekz dapat dari Bro Parpukari ni??? Dengar-dengar Perosak Rakyat di Perak dah ada bakal MB baru untuk menggantikan Nizar Royan... Kalau betul lah ceritanya, sudah pasti meroyan lagilah si Nizar. Silap2 entah apa lagi yang akan di'tweet'kan untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi kepada pengikut setianya. Ada pengikut setiakah???

Menurut artikel dari bro Parpukari "PAS Perak dah memang bengang gila dengan si Nizar ni sebab sebagaimana yang kita semua tahu, Nizar lebih setia kepada DAP dari PAS sendiri. Perkara ini semua orang PAS tahu, sebab tu masa brader lembut gila projek nak keluar UMNO, Nizar cadangkan dia masuk DAP!" 

Kisah selanjutnya, kawan-kawan boleh baca di sini GEMPAR BERAPI! PAKATAN PERAK DAH DAPAT BAKAL MB BARU! HABIS LA KAU @mbnizar ...

Awekz: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!!! Sambil berfikir macam mana la si Nizar Royan ni meroyan nanti bila dapat tahu nasibnya di Perak indah khabar dari rupa!!! Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:12 PM 1 comments

Muzakarah Dalaman PAS...



Muzakarah lagi??? Sudah agak bosan Awekz mendengar tatkala isu yang sama dimainkan, tambahan bila PRU 13 semakin menghampiri. Namun seperti kebiasaannya, akan terjadila mainan tarik tali, sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO.    Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi.  Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.  

Mampukah PAS untuk 'survive' dalam Perosak Rakyat? Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa.  PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.   

Melayu di dalam PAS ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.  Bukankah itu sudah cukup membuktikan bahawa PAS sendiri berpecah seribu.  PAS sendiri memerlukan muzakarah dalaman. 

Jika difikir secara logik, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah.   Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.  Soal muzakarah telah dibangkitkan oleh PAS dan demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini. 

Namun, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang.   Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.   

Apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah.  

Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang  perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.  

Awekz: Wajarkah seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bersungguh-sungguh menentang perpaduan ummah apatah lagi bila usaha ke arah perpaduan dipersendakan...Fikir-fikirkan...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:50 PM 2 comments

Tuesday, May 15, 2012

Nizar kantoi lagi???

Nizar kantoi lagi??? Huhu, tak habis-habis nak menipu akhirnya terjerat diri sendiri. Nak cakap banyak pun tak guna Awekz rasa, nilaikanlah sendiri. Tapi yang Awekz pasti, mesti golongan pencacai juak-juak Perosak Rakyat akan katakan, video ni edit. Kelas sangat kan...Apapun, ENJOY!!!



Awekz: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:14 AM 1 comments

Saturday, May 5, 2012

Derhaka kah Azmin???


Sesuatu yang kita perlu tahu tentang Azmin. Rasionalkah tindakannya? 

Apabila ibu kita mengatakan hatinya hancur kerana perbuatan kita. Derhaka kah seorang anak itu apabila air mata seorang ibu mengalir kerana nya???

Ikuti kisahnya dibawah:


” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

Ikuti sambungannya di sini: Azmin dan Ibunya

Awekz: Syurga itu ditelapak kaki ibu. Begitu juga dengan adik beradik darah daging kita...Air yang dicincang takkan putus...Dunia mungkin kita boleh lepas tapi di akhirat kelak, nantikan balasannya!!! Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 8:54 PM 0 comments

Friday, May 4, 2012

POLIS dan Akhbar CINA...



Masih lagi membicarakan BERSHIT 3.0...tak habis-habis lagi isu keganasan POLIS dimainkan. Sentimen perkauman juga jelas dimainkan oleh puak-puak Cina pembangkang namun masih tidak disedari juak-juak Melayu di dalam Pakatan Rosak. 


Hari ini, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily telah menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0. Dapat dilihat dengan jelas, akhbar-akhbar Cina amatlah positif kepada pembangkang sehinggakan mereka terang-terangan menghasut pembaca untuk mempercayai bahawa korupsi berleluasa di dalam BN serta kejam kerana tiada kebebasan media di Malaysia. Andai benar seperti di kata, sudah pasti tindakan diambil terhadap akhbar-akhbar ini. Pendapat Awekz, arahkan saja untuk ditutup bila sudah banyak sangat BUNYI nya!!!


Harus diingat, kekacauan berlaku dan keadaan menjadi huru hara kerana tindakan pendemonstrasi itu sendiri. Diberikan tempat yang lebih baik ditolak dan akhirnya menyalahkan kerajaan. Salahkah POLIS apabila ada diantara mereka yang cedera dipukul dan dibelasah oleh balaci-balaci BERSHITT!!! Salahkah POLIS apabila mereka hanya bertindak untuk mengawal keadaan???


Kenapa tidak dipersoalkan kenapa BERSHIT 3.0 tidak menerima tempat yang ditawarkan?  Kenapa perlu 
menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan?  Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai? Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang?


Kesimpulannya, akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan.  Seolah-olah, bagi Sin Chew,  Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.


Awekz: Salahkah POLIS apabila rumah anda dimasuki pencuri??? Salahkah POLIS apabila anak anda diculik??? Salahkah POLIS apabila lebih banyak jenayah berlaku pada masa kini??? Kenapa perlu POLIS apabila berlakunya semua yang dinyatakan diatas??? KENAPA??? Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:14 PM 3 comments

Perak Cyber Troopers - TAHNIAH!!!



28 April 2012 - walaupun ramai yang mengingati tarikh sebagai hari BERSHIT 3.0 namun Awekz secara peribadi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelancaran Perak Cyber Troopers yang diketuai bro Sekupang Dua bersama beberapa bloggers yang lain. PCT ini bukanlah hanya bertumpu kepada blogger sebaliknya turut mengumpulkan Facebookers serta Twitterians melahan sesiapa sahaja yang aktif di dunia maya mahupun dari aspek politik, sosial dan sebagainya.

Pada malam itu juga, Perak Cyber Troopers dapat mengumpulkan pelayar-pelayar media ini di dalam satu majlis yang amat santai dan lebih bersifat 'kekeluargaan'. Tahniah Awekz ucapkan kerana pendekatan sebegini perlu berlainan dari kebiasaan. 

Tidak lupa juga kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan, bagi menjayakan Pelancaran Perak Cyber Troopers ini. Terima kasih juga kepada bloggers yang sanggup datang dari jauh untuk menjayakan majlis kami juga. Sesungguhnya jasa kalian amatlah dihargai dan semoga Allah SWT membalasnya. 

Awekz: Kemunculan Perak Cyber Troopers bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan pelayar maya yang ada sebelum ini malahan kami ingin berjuang bersama-sama demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 AM 0 comments

Wajah BERSHIT yang dikehendaki PDRM...


Berikut adalah wajah-wajah balaci BERSHITT yang DIBURU oleh PDRM pada demonstrasi BERSIH 3.0 yang diadakan 28 April lalu. 



Cuba teliti wajah-wajah tersebut manalah tahu kalau kita mengenali mereka dan yang paling penting, Awekz nasihatkan andai kita mengenali mereka salurkanlah maklumat kepada PDRM untuk tindakan yang sewajarnya!!!



Maklumat boleh disalurkan kepada: 

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email :
azmiazizi@rmp.gov.my
Atau telefon :
019-2602344
Awekz: Diharapkan apabila balaci BERSHIT ni ditemui, kementerian yang berkenaan jangan hanya siasat...dari dulu hingga kini SIASAT tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Seperti yang ramai sarankan, andai kata mereka ini penjawat awam - pecat sahaja dari jawatan, andai mereka ini pelajar IPTA - buang sahaja dari IPTA dan bertindaklah dengan sewajarnya. Biar ada AKAL sebelum membuat sesuatu tindakan. Bekerja dan belajar mengharapkan Kerajaan tapi BODOH tak pandai menghargai jasa kerajaan. Fikir-fikirkan!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:10 AM 0 comments

Thursday, May 3, 2012

Hapuskan 3A!!!



BERSIH 3. 0 masih trending di Twitter dan juga FB serta tidak kurang juga di blog-blog baik pro-kerajaan juga pro-pembangkang. Amat menghairankan apabila BERSIH 3.0 yang KOTOR ini sememangnya menarik minat rakyat apatah lagi yang berbangsa CINA. Awekz dapat lihat, ada saja posting berkenaan BERSIH 3.0 baik dari segi gambar, mahupun video serta artikel dalam bahasa Cina. 

Yang jelas, walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata -rata rakyat meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.

Perlukah diberi simpati apabila keadaan sebenarnya telah diberikan amaran! Telah diingatkan tentang risiko berdemonstrasi malahan telah ditawarkan tempat yang lebih baik namun semua itu ditolak!!! Sudah pasti mereka berniat untuk mencederakan diri sendiri. 

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan Awekz pasti Ambiga, Anwar dan Azmin akan berdrama lagi. Ini kerana, pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab.   Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga. Apakah tindakan yang akan diambil??? Duduk dan lihat sahaja lebih banyak keganasan berlaku atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya. 

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan.  Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Awekz: Tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkenaan. Sampai bila kita perlu siasat, sampai bila kita perlu kaji dan sampai bila kita akan tetap berdiam diri??? Jangan biar rakyat yang menyokong kita akhirnya bosan dengan KERAJAAN hari ini. Fikirkan...





Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:08 PM 1 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • TAIPINGMALI (TM)
    ASPAL TERAKHIR KALIMANTAN‼️ Batas Negara (Gak sembarangan orang bisa kes...
  • sekupangdua
    NAJIB JUGAK YG TERBAIK
  • BICARA PERJUANGAN
    SPRM SIASAT 'BUTLER' HAMZAH ZAINUDIN 'PAU' RM15 JUTA DUIT SYARIKAT ASIA CODING CENTRE
  • MMI
    Antara Kuasa Eksekutif & MPN
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • Double Y
    #PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    PROFIL CALON BN CAMERON HIGHLANDS : RAMLI MOHD NOOR
  • ANGKATAN PEMIKIR
    ZIONIS DAN DAP HASRAT HANCURKAN ISLAM DIMALAYSIA?
  • Kinta Menjerit
    Berkhatan Perdana KINTA 2017...
  • KAMUNTING CENTRAL
    Thе Fastest Wау Tо Lose Weight In 4 Weeks
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    SELAMAT HARI GURU
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    DAH BUANG TEBIAT KOT KAK WAN NIH..
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    U-TURN LEPAS U-TURN-memang gempak oleh AZLAN MOHD LAZIM, Bapa Saiful Bukhari. Alhamdulillah, Sedar Gak Dia.

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ▼  May (10)
      • Nik Aziz mahu PM Bukan Melayu???
      • Fauzi Shaari Bakal Ganti Nizar Royan???
      • Nizar Royan bakal diganti???
      • Muzakarah Dalaman PAS...
      • Nizar kantoi lagi???
      • Derhaka kah Azmin???
      • POLIS dan Akhbar CINA...
      • Perak Cyber Troopers - TAHNIAH!!!
      • Wajah BERSHIT yang dikehendaki PDRM...
      • Hapuskan 3A!!!
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ▼  May (10)
      • Nik Aziz mahu PM Bukan Melayu???
      • Fauzi Shaari Bakal Ganti Nizar Royan???
      • Nizar Royan bakal diganti???
      • Muzakarah Dalaman PAS...
      • Nizar kantoi lagi???
      • Derhaka kah Azmin???
      • POLIS dan Akhbar CINA...
      • Perak Cyber Troopers - TAHNIAH!!!
      • Wajah BERSHIT yang dikehendaki PDRM...
      • Hapuskan 3A!!!
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.