Apa nak jadi dengan Abby Abadi ni ya, dulu masa dalam kumpulan Elite...dia yang paling Awekz minat. Kini Abby Abadi yang Awekz minat sudah tidak seperti dulu. Berubah atau dengan kata lain, berhijrah katanya. Tak salah untuk berubah, tapi apabila perubahan itu yang kita katakan baik, ke jalan Allah kini Awekz lihat bermotifkan politik serta memburuk-burukkan orang lain, bukankah tidak baik jadinya???
Berubah ke arah yang lebih baik, tak perlu ditunjuk berlebih-lebihan kiranya. Cukuplah jika kita tahu apa yang buruk atau yang tidak baik yang kita lakukan semasa jahil dahulu namun untuk terlalu mendedahkannya, Awekz rasa seperti membuka pekung di dada.
Di bawah Awekz 'share' dengan kawan-kawan Abby Abadi kini setelah "berhijrah" menjadi seorang yang lebih baik dan mulia...Fikir-fikirkan, wajarkah tindakannya?
Awekz: Tak salah nak kongsi pengalaman mungkin tidak perlu lah berlebihan kerana yang berlebihan itu kadangkala membawa kepada keburukan. Fikir-fikirkan...
2 comments:
Abby keimanan seseorang itu tidak dinilai dengan percakapan atau perbuatan semata-mata tetapi jadilah resmi padi, perbuatan kamu tu dah menuju kepada riak.....jauhnya kamu dari islam yang sepatutnya.
Anon: 12.32pm ~ Awekz setuju! terima kasih atas komen
Post a Comment