Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak, apabila sekali lagi menjadi perintis dan kini bagi sektor pekerjaan. Perak akan mewujudkan Pusat Penjodohan Pekerjaan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) di mana ia bakal menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di Perak sehingga hujung tahun ini.
PEKA selain dari menyediakan selain menyediakan khidmat latihan secara percuma, ia juga mampu mengelak masalah migrasi di kalangan penduduk di Perak. Selain itu juga, PEKA diwujudkan dalam menangkis dakwaan negatif di mana Perak dikatakan tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda Perak berhijrah ke tempat lain.
YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir berkata, dengan kerjasama bersama bakal menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun ini. Tidak terhad kepada hanya membantu memadan dan mendapatkan peluang pekerjaan, PEKA juga bertanggungjawab membantu melatih pemohon dalam membuat persediaan seperti menghadiri temuduga atau latihan tambahan yang diperlukan kepada mereka yang ingin bekerja.
Awekz: TAHNIAH diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dan semoga kewujudan PEKA ini membantu anak Perak untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian di samping mengurangkan bilangan pengangguran di Perak sekaligus mengecilkan bilangan kekosongan pekerjaan yang ada di Perak.
0 comments:
Post a Comment