Sharing is caring...Email dari seorang pembaca...Sama-sama kita hayati...
Terbukti hanya insan dangkal sahaja yang akan gagal membuat penilaian antara mana yang betul dan mana yang batil. Pakatan pembangkang yang kononnya dulu bersatu atas nama persefahaman makin tenggelam dengan pelbagai isu. Jika dulu, bolehlah berpakat-pakat untuk bentuk jawapan sama atas sebarang krisis yang berlaku tetapi sampai bila bangkai gajah mahu disembunyikan… dan sekarang yang termampu hanyalah diamkan diri saja.
Itulah pembangkang, dari luar pun sudah terserlah kepincangannya, apatah lagi dari dalam yang lompong tanpa isi. Janji-janji cuma pemanis kata, lakonan wajah tenang sedang jiwa penuh gelora lantaran ghairah pada nafsu haloba untuk kuasa dan harta. Mandat diberi diperguna tanpa amanah dan rasa tanggungjawab sehinggakan tergadai bangsa, dipersenda agama dan janji-janji ibarat ‘pelacuran’ tanpa ada rasa bersalah pun.
Mahukah tindakan rakus yang penuh dengan keangkuhan sedemikian diteruskan sedangkan realitinya telah jelas bahawa antara intan dan kaca mana yang lebih berharga.
Benar, kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru kepada satu transformasi semasa mula-mula mendapat mandat menjadi realiti melalui Gagasan 1Malaysia. Rakyat di peringkat akar umbi juga berkesempatan bertemu secara langsung dengan beliau. Kesungguhan beliau untuk turun padang ke semua negeri bukanlah sekadar omong kosong sebagaimana pakatan pembangkang yang telah terbukti tingkahnya.
Sudah-sudahlah. Daripada membuang waktu mendengar caci maki, manipulasi dan pelbagai fitnah dari pembangkang bukankah lebih elok memberikan sokongan untuk sama-sama mengatur melangkah bersama terus membina kecemerlangan bangsa dan melakar kejayaan sama ada dalam negara atau di persada antarabangsa.
Ayuhlah, bangkit bersama menjayakan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Airika Malek
Awekz: Melayu oh Melayu...Sedarkah kita wahai MELAYU???
0 comments:
Post a Comment