Tahniah buat BN Perak yang akan mengadakan KONVENSYEN BN PERAK di Lumut, pada 19 Mac 2011. Konvensyen akan dirasmikan oleh Pengerusi BN Negeri Perak merangkap Menteri Besar Perak, DS Dr. Zambry Abd Kadir.
Diberitakan, seramai 2,100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak akan menyertai Konvensyen BN peringkat negeri yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island Teluk Muroh, Lumut pada esok hari.
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir akan merasmikan konvensyen itu yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Konvensyen bertujuan memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu, mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dengan tenteram. Selain itu, konvensyen juga adalah sebagai satu usaha dalam memastikan BN terus mantap untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.
Beberapa tokoh BN seperti bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Ong Ka Chuan; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menyampaikan ucapan di konvensyen itu.
Selain Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim turut hadir. Pemimpin parti komponen BN seperti Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pengerusi MIC Perak, Datuk S. Veerasingam.
0 comments:
Post a Comment