Mesyuarat Pertama Penggal Ke- Empat, Dewan Negeri ke 12, Perak Darul Ridzuan bermula hari ini dan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah.
Pada jam 9.30 pagi, pemeriksaan kawalan kehormatan telah disempurnakan oleh Raja Dr Nazrin Shah yang terdiri Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman sambil diiringi pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Kedah.
Untuk rekod, Sidang DUN Perak yang terakhir bersidang pada 30 November lalu.
Dalam keadaan yang tenteram tanpa ada sebarang kekacauan itu, Awekz sangkakan Pakatan Rosak sudah tidak akan menimbulkan sebarang masalah, tetapi sekali lagi sangkaan Awekz meleset.
Buktinya, lihatlah siapa lagi kalau bukan si Nga Kor Ming, Adun Pantai Remis ini menunjukkan sikap tidak menghormati DYMM pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah apabila telah hadir ke perasmian pembukaan istiadat rasmi Penggal Keempat tanpa memakai No. 1 Dress iaitu pakaian rasmi serta bersongkok malahan beliau tanpa sebarang rasa bersalah hanya berkot.
Awekz: Diakui, No. 1 Dress itu bukan satu kemestian tetapi bukankah ia seperti menjadi satu kebanggaan untuk anda memakainya apatah lagi setelah diberi mandat oleh rakyat dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta mewakili rakyat. Bagi Awekz, tindakan si Nga Kor Ming ini jelas menunjukkan sikap tidak menghormati DYMM Raja Muda Perak disamping bukti jelas bahawa individu seperti si Nga Kor Ming ini bukanlah seseorang yang layak untuk diberikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kelak. FIKIR-FIKIRKAN!!!
4 comments:
dia lupa hari ni mesyuarat kat dewan bukan kat mesyuarat syarikat.
bibit bibit derhaka kpd Raja dan nak republik kan Malaysia ini di tanam oleh PKR dan kuncu2 nya..
Tak peli pun wujud ramai puak-puak berfikiran macamni. Cuma rakyat er kena sedar, terutamanya orang melayu.
Mungkin alasan mereka macamni " Baju balu basoh lo, belum kering lagi"
Dari tindakan dah menzahirkan fikiran...
Nizar angkuh macamana?....
yur blog is so nice though i dont know about the language
Post a Comment