skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Friday, April 8, 2011

YAB DS Dr. Zambry ~ Sesi Teh Tarik Bersama Rakan Facebook dan Twitter...



YAB DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" sebagai pendekatan beliau untuk berjumpa dengan rakan Facebook serta Twitter. Apa yang Awekz lihat, sambutan yang diberikan kepada program cetusan idea PM kita ini amatlah memberangsangkan dan sesungguhnya Awekz amat berbangga dan tanpa segan silu mengaku bahawa Awekz juga telah mendaftar untuk mengikutinya jika ada program itu di Perak nanti.

Tidak kurang juga di Perak, apabila YAB DS Dr. Zambry turut mengambil pendekatan yang serupa dengan memperkenalkan sesi teh tarik sebagai alternatif terbaru untuk bersemuka dengan mereka yang berkomunikasi dengannya menerusi media sosial interaktif Facebook dan Twitter. Mengulas lanjut mengenai sesi teh tarik yang bakal diadakan buat pertama kalinya pada 10 April ini, mungkin pertemuan secara bersemuka membolehkan mereka berkongsi sesuatu idea ujar YAB DS Dr. Zambry Abd. Kadir.

Awekz: Tahniah diucapkan di atas pendekatan yang lebih mesra rakyat ini dan semoga dengan adanya pendekatan sebegini, lebih banyak masalah rakyat dapat didengari dan diambil kira serta lebih banyak idea baru dapat dicetuskan dalam memangkin kemajuan Perak seterusnya Malaysia itu sendiri...Fikir-Fikirkan...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:13 PM 0 comments

Tuesday, April 5, 2011

Video XXX Hitam Putih...Kenapa???



Ekoran video yang dipaparkan sebelum ini...Awekz juga menerima sms dari kawan-kawan yang tak berapa nak sedar diri lagi dengan segala kemudahan dan jasa yang telah kerajaan bagi...Kata seorang darinya, ' I tau juga la bab edit-edit video ni, dan from video yang u upload tu, sah-sah tipu, katanya lagi...kalau benar video tu sah...kenapa ia perlu dalam hitam putih? mustahil dalam dunia teknologi yang serba canggih ni! '

Ada juga, kawan Awekz yang kata...' Common la...muka awal-awal tu memang yang empunya badan seperti yang dikatakan, tetapi dikemudiannya bukan dia...U buta ke? '

Tapi antara yang terkesan di hati Awekz, sms dari seorang teman...begini katanya ' watched the d political sex tape that u uploaded...kamon la...its obvious its not him!!! to fat lor! (Macam pernah dengar je ayat tu)...

Ini jawapan Awekz...korang nampak ke tak yang Awekz sendiri pun menyatakan dalam posting berkenaan SEKADAR UNTUK BERKONGSI...Ada Awekz sebut nama...tak ada bukan??? Namun, Awekz temui penjelasan yang lebih logik untuknya...berkongsi dari blog Kickdefella... Terima kasih Tuan...

Awekz: Awekz juga tidak tahu sejauh mana kebenarannya, kerana itu Awekz sendiri kata. Fikir-fikirkan, tetapi janganlah kerana TAKSUB yang melampau kita lupa dengan segala-galanya yang mungkin satu KEBENARAN yang tidak mungkin dapat kita bayangkan...Sekali lagi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:04 AM 5 comments

Monday, April 4, 2011

VIDEO DISAHKAN TULEN UNTUK TATAPAN SEMUA...BENARKAH???

Video yang ditunggu-tunggu...Cakap banyak pun tak guna, bukan niat untuk memalukan sesiapa, sekadar untuk berkongsi SIAPAKAH DIA??? Fikir-Fikirkan!!!

Thanks to Malay Delima

Posted by Awekz Bukit Gantang at 5:01 PM 0 comments

Tahniah: Perak Komunti Wifi (K-Wifi)



Tahniah Awekz ucapkan...Biarpun, berita dari negeri Perak jarang-jarang sekali kedengaran dengan sebarang kontroversi kini, tetapi Awekz masih lagi mengikuti segala perkembangannya. Terkini, Kerajaan Negeri Perak diberitakan bakal melaksanakan aplikasi sistem Metro-E yang bertindak sebagai alat pemudah komunikasi bagi memantapkan jaringan hubungan antara jabatan kerajaan negeri.

Melalui sistem tersebut, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir menyatakan 'pegawai jabatan kerajaan, boleh menghadiri mesyuarat penting melalui sidang video secara online tanpa perlu hadir secara fizikal di sesebuah lokasi'. Usaha ini, dilihat sebagai satu langkah proaktif kerajaan Negeri Perak dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisen disamping mampu mengurangkan perbelanjaan perjalanan kakitangan berkaitan. Ia juga merupakan satu harapan yang besar dalam menjadikan pembangunan ICT sebagai salah satu kebanggaan rakyat di Perak.

K-Wifi atau Perak Komuniti Wifi yang dilancarkan di Lumut akan membolehkan rakyat Perak menggunakan capaian jalur lebar tanpa had. Projek K-Wifi merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dengan mensasarkan Access Point (AP) di 300 lokasi khususnya di kawasan yang sukar dan tidak mendapat liputan telekomunikasi dan internet komersil.

Awekz: Tahniah sekali lagi buat Kerajaan Negeri Perak atas inisiatif yang ditunjukkan dalam membuktikan bahawa Rakyat Tetap Didahulukan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:11 PM 0 comments

Friday, April 1, 2011

BIBLE MELAYU SUDAH DIEDARKAN DI TAIPING???



Betul ker dengan apa yang Awekz dengar ni...Terima kasih bro Taipingmali... 

Diberitakan di SMK CONVENT TAIPING gempar pagi tadi. Pelajar-pelajar melayu dikumpulkan dan diberi penerangan oleh ustazah-ustazah mengenai edaran BIBLE MELAYU d kalangan pelajar sekolah tersebut. Kalau nak tahu, inilah juga yang diperjuangkan oleh PAS dalam memperjuangkan agama Islam. Tak percaya lihat di sini PAS DAN BIBLE MELAYU

Awekz rasa, mungkin di SMK ST GEORGE TAIPING juga berlaku insiden yang sama...Tak mustahil, ini berlaku di semua sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negara. Dikhabarkan juga, sebanyak 300, 000 naskah BIBLE MELAYU sedia utk diedarkan. 


Bila politik bercampur dengan agama, inilah yang terjadi. Tidak dapat dibezakan mana yang baik dan yang mana buruk. Inilah padahnya bila agama di gadai utk mendapatkan kuasa. Atas nama liberasasi dan pluralisme agama. . . Anak cucu kita bakal di baptiskan. 



AWEKZ: Sampai bila kita hanya mahu melihat dan cuma diam seribu bahasa. Sampai bila anda semua yang menyokong dan mendokong perjuangan PAS dan PKR ini akan tetap BUTA MATA dan HATI...Mahukah kita lihat, generasi depan menganggap semua agama tiada bezanya...SAMPAI BILA??? FIKIR-FIKIRKAN!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:19 PM 4 comments

VIDEO DISAHKAN TULEN???

Terkini yang Awekz dapat...Ketua Polis Negara sahkan video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen/BERNAMA...Berita selanjutnya, sama-sama kita nantikan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:49 PM 1 comments

Thursday, March 31, 2011

Poco - Poco Diharamkan Di Perak???


Akhirnya, teka - teki berkenaan pengharaman tarian poco - poco yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terjawab sudah. YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir mengumumkan Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan tersebut. 
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya. Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Tan Sri Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Awekz: Diharapkan semua pihak yang mengamalkan tarian poco-poco ni tidak bertindak mengikut emosi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:22 PM 3 comments

Wednesday, March 30, 2011

Kata - Kata Profesor Ungku Aziz...

Di Facebook seorang teman lantas tertarik dengan ayat-ayat yang tertulis...


Awekz: Ada benarnya juga kata - kata Ungku Aziz seperti di atas...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:04 PM 2 comments

Benarkah Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pas???

Dah agak lama Awekz tak berkesempatan nak melawat blog kawan-kawan akibat kekangan tugas. Pagi ni, tergerak hati untuk melawat blog kawan-kawan dan terlintas satu artikel yang menarik perhatian Awekz...Benarkah seperti yang ditulis???

Dari Blog RBF

Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pemuda Pas ?




Kata orang sekeping gambar boleh membawa beribu makna. Kalau dua keping gambar agak-agaknya boleh bawa berapa juta punya makna ?

Bagi saya pula dua keping gambar di atas telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

Sebelum ini saya pernah terdengar bahawa Pengarah SPRM Perak, Puan Hajjah Noraziah adalah orang Pas.

Benarkah ? betulkah ? itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Saya cuba juga risik-risik dan bertanya khabar sana sini. Ada yang jawab "tak tahu" dan ada yang kata "saya pun dengar begitu juga".

Tetapi, selepas melihat blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, maka saya rasa jawapannya sudah ditemui.

Gambar diatas menunjukkan Pemuda Pas Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Hajjah Noraziah selepas beliau ditugaskan di Perak. Mengikut laporan blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kunjungan tersebut dilakukan pada 23.Mac.2010 jam 3.30 petang.

Selebihnya di sini ceritanya...

Awekz: Harap - harap ia cuma kunjungan hormat semata-mata dan bukan bermotifkan politik. Almaklumla, dengar-dengar di SPRM tu sendiri dah ramai yang berpihak kepada pembangkang. Kalau kerja sudah dicampur adukkan dengan politik, sudah tentu tidak terurus semuanya. Fikir-Fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 5 comments

Tuesday, March 29, 2011

Sudah-Sudahlah!!!



Sharing is caring...Email dari seorang pembaca...Sama-sama kita hayati...
Terbukti hanya insan dangkal sahaja yang akan gagal membuat penilaian antara mana yang betul dan mana yang batil. Pakatan pembangkang yang kononnya dulu bersatu atas nama persefahaman makin tenggelam dengan pelbagai isu. Jika dulu, bolehlah berpakat-pakat untuk bentuk jawapan sama atas sebarang krisis yang berlaku tetapi sampai bila bangkai gajah mahu disembunyikan… dan sekarang yang termampu hanyalah diamkan diri saja.
Itulah pembangkang, dari luar pun sudah terserlah kepincangannya, apatah lagi dari dalam yang lompong tanpa isi. Janji-janji cuma pemanis kata, lakonan wajah tenang sedang jiwa penuh gelora lantaran ghairah pada nafsu haloba untuk kuasa dan harta. Mandat diberi diperguna tanpa amanah dan rasa tanggungjawab sehinggakan tergadai bangsa, dipersenda agama dan janji-janji ibarat ‘pelacuran’ tanpa ada rasa bersalah pun.
Mahukah tindakan rakus yang penuh dengan keangkuhan sedemikian diteruskan sedangkan realitinya telah jelas bahawa antara intan dan kaca mana yang lebih berharga.
Benar, kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru kepada satu transformasi semasa mula-mula mendapat mandat menjadi realiti melalui Gagasan 1Malaysia. Rakyat di peringkat akar umbi juga berkesempatan bertemu secara langsung dengan beliau. Kesungguhan beliau untuk turun padang ke semua negeri bukanlah sekadar omong kosong sebagaimana pakatan pembangkang yang telah terbukti tingkahnya.
Sudah-sudahlah. Daripada membuang waktu mendengar caci maki, manipulasi dan pelbagai fitnah dari pembangkang bukankah lebih elok memberikan sokongan untuk sama-sama mengatur melangkah bersama terus membina kecemerlangan bangsa dan melakar kejayaan sama ada dalam negara atau di persada antarabangsa.
Ayuhlah, bangkit bersama menjayakan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Airika Malek
Awekz: Melayu oh Melayu...Sedarkah kita wahai MELAYU???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:26 AM 0 comments

Wednesday, March 23, 2011

PRU SARAWAK



SPR sebentar tadi telah menetapkan Penamaan Calon Pilihanraya Sarawak pada 6 April 2011 manakala Hari Pengundian pada 16 April 2011.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:40 PM 2 comments

Melayu Oh Melayu...

Sekadar berkongsi nukilan rasa Tun Dr. Mahathir...



1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.


6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

Awekz:  Bersyukur dilahirkan sebagai Orang Melayu yang beragama Islam...Alhamdulillah...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:03 AM 1 comments

Tuesday, March 22, 2011

Ada Apa Dengan PEKA???


Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak, apabila sekali lagi menjadi perintis dan kini bagi sektor pekerjaan. Perak akan mewujudkan Pusat Penjodohan Pekerjaan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) di mana ia bakal menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di Perak sehingga hujung tahun ini.

PEKA selain dari menyediakan selain menyediakan khidmat latihan secara percuma, ia juga mampu mengelak masalah migrasi di kalangan penduduk di Perak. Selain itu juga, PEKA diwujudkan dalam menangkis dakwaan negatif di mana Perak dikatakan tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda Perak berhijrah ke tempat lain. 

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir berkata, dengan kerjasama bersama bakal menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun ini. Tidak terhad kepada hanya membantu memadan dan mendapatkan peluang pekerjaan, PEKA juga bertanggungjawab membantu melatih pemohon dalam membuat persediaan seperti menghadiri temuduga atau latihan tambahan yang diperlukan kepada mereka yang ingin bekerja.

Awekz: TAHNIAH diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dan semoga kewujudan PEKA ini membantu anak Perak untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian di samping mengurangkan bilangan pengangguran di Perak sekaligus mengecilkan bilangan kekosongan pekerjaan yang ada di Perak.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:37 PM 0 comments

Monday, March 21, 2011

Rakaman Video Lagi???



Satu Malaysia dah kecoh nampaknyer dengan satu rakaman video aksi ganas yang didedahkan kepada pihak media pagi tadi... Video tersebut didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pihak pembangkang. Susulan dari pendedahan tersebut, beliau didesak agar meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu rakaman tersebut didedahkan kepada umum.

Rakaman itu diberitakan ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi tadi secara bergilir mengikut kumpulan.   Ia juga dikatakan lebih "panas dan jelas" dari rakaman video Dr. Chua Soi Lek yang pernah menggemparkan Malaysia sekitar tahun 2007 dahulu.


Awekz: Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan rakaman tersebut. Sama-sama kita nantikan pendedahannya!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:37 PM 2 comments

Friday, March 18, 2011

Konvensyen Barisan Nasional Perak 2011





Tahniah buat BN Perak yang akan mengadakan KONVENSYEN BN PERAK di Lumut, pada 19 Mac 2011. Konvensyen akan dirasmikan oleh Pengerusi BN Negeri Perak merangkap Menteri Besar Perak, DS Dr. Zambry Abd Kadir.

Diberitakan, seramai 2,100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak akan menyertai Konvensyen BN peringkat negeri yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island Teluk Muroh, Lumut pada esok hari.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir akan merasmikan konvensyen itu yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Konvensyen bertujuan memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu, mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dengan tenteram. Selain itu, konvensyen juga adalah sebagai satu usaha dalam memastikan BN terus mantap untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Beberapa tokoh BN seperti bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Ong Ka Chuan; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menyampaikan ucapan di konvensyen itu.

Selain Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim turut hadir. Pemimpin parti komponen BN seperti Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pengerusi MIC Perak, Datuk S. Veerasingam.

Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:23 PM 0 comments

Thursday, March 10, 2011

MEMOIR TUN MAHATHIR




Gambar dari blog GAP


Sana sini Awekz dengar tentang buku MEMOIR TUN MAHATHIR ini. Di dalam hati dah berkira-kira nak membeli, sebabnyer kalau nak pinjam dari kawan-kawan nanti lambat pula. Sudah pasti berbaloi-baloi membelinya. Kalau tidak, takkan la sampai MPH sendiri mengaku inilah BUKU PERTAMA dalam sejarah Malaysia yang mana jualan melebihi 5000 naskah pada hari pelancaran. Tahniah TUN sesungguhnya, jasa TUN dari dulu, kini dan selamanya masih menjadi ingatan dan panduan semua. 

Buku yang ditulis oleh TUN ini melihatkan kepada sambutannya, boleh la Awekz katakan sebagai TERHANGAT DI PASARAN pada masa ini...MEMOIR TUN MAHATHIR mempunyai 843 muka surat dan ditulis selama 8 tahun dan Awekz pasti banyak persoalan, isu yang dikupas dengan teliti dan mendalam.

Cakap banyak pun tak guna, apa lagi kawan-kawan, jom kita ramai-ramai beli buku MEMOIR TUN MAHATHIR ini, bukan sahaja dalam Malaysia malahan lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura. Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia turut berbangga!

Tahniah TUN!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:31 PM 2 comments

Tuesday, March 8, 2011

TEKANAN RAYA...Istilah baru ker???

Awekz ambil dari blog Bro Taiping Mali...Sesuatu yang Awekz rasa, bagus untuk disebarkan...

Kebiasaannya, kalau Perosak Rakyat menang...BERSORAK TAK INGAT DUNIA!!! Kalau Perosak Rakyat kalah pula, SANA - SINI JAJA CERITA!!!



Awekz: Cakap banyak pun tak guna! Bila kalah TEKANAN RAYA...Bila menang PILIHANRAYA ya!!! Statement BN semua salah, statement Perosak Rakyat BETUL SANGAT KER???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:32 PM 0 comments

Sunday, March 6, 2011

Kerdau dan Merlimau





Awekz cuma nak mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pengundi yang layak untuk mengundi di kedua-dua DUN Kerdau dan Merlimau hari ini. Tunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada anda semua dalam memastikan masa depan kawasan masing-masing tidak akan terabai dan terus menerima pembangunan.


Buat calon yang bakal berkhidmat di Kerdau dan Merlimau, jika anda terpilih...Jangan lupa untuk berbakti kepada rakyat dan yang paling PENTING harus diingat. Tanpa PENGUNDI anda bukan SESIAPA!!! Fikir-fikirkan!!!

Undilah BN untuk semua!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:47 AM 0 comments

Tuesday, March 1, 2011

PRK KERDAU: USTAZ IBRA FOR ALL!!!


Awekz: Alhamdulillah, Ustaz Ibra Untuk Semua!!! Teruskan usaha agar Kerdau TETAP menjadi milik BN. Buat semua pengundi Kerdau, Ustaz Ibra For All!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:36 PM 0 comments

DAP tipu seluruh Malaysia???




Masih ingat dengan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai Setiausaha Politik kepada KM Pulau Pinang baru-baru ini? Jika masih tidak pasti, ikuti beritanya di sini Zairil Khir Johari. Dikhabarkan, perlantikan itu sebenarnya untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada kerajaan Pulau Pinang yang sudah semestinya dipimpin oleh si Lim Guan Eng ekoran pelbagai kontroversi yang melanda.


Awekz juga terkjut dengan perlantikan itu apatah lagi dengan asal usul Zairil seperti yang telah diketahui semua. Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Zairil Khir Johari bukanlah seperti yang digambarkan atau diceritakan.


Ikuti kisah Zairil Khir Johari melalui email dari seorang pembaca ini...


Assalamualaikum…
Saya benar-benar rasa cukup terkejut apabila melayari sebuah forum (mykmu.net) yang membongkar betapa liciknya penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.
Dalam forum tersebut dinyatakan betapa sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan Dap.
Saya perturunkan apa yang dibongkarkan dalam forum tersebut seperti di bawah.
Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng.
Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.
Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.
Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.
Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.
Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Dap menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.
Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap.  Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.
Yeop Ahmad Murshid.
Awekz: Blogger dan pencacai Melayu pakatan rosak amatlah bergembira dengan pengiktirafan anak "MELAYU" ini sehingga tidak nampak bahawa mereka hanya dipermainkan oleh DAP. Persoalannya, sampai bila MELAYU hendak dipermainkan dan dibutakan? Fikir-Fikirkan!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:19 AM 1 comments

Monday, February 28, 2011

Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan - Cawangan 4 Peringkat Negeri Perak...


Semalam telah diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan - Cawangan 4
Peringkat Negeri Perak di Stadium Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO Malaysia.


Awekz berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut dan memang benar, seperti yang dilaporkan, kehadiran jemputan amatlah memberangsangkan di mana sekitar 5000 jemputan telah hadir di majlis tersebut. Majlis juga dirancang dan dilaksanakan dengan baik dengan kerjasama dari semua pihak. Tahniah buat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di atas kejayaan tersebut.

Semoga dengan amanat yang diberikan oleh YAB DS Dr Zambry serta YB Dato' Seri Hishamuddin semalam bukan sahaja terpahat di hati dan minda sebaliknya turut dipraktikkan demi kelangsungan UMNO Dulu, Kini dan Selamanya...

UMNO Terus Mara...Untuk Rakyat Malaysia!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:47 PM 1 comments

Thursday, February 24, 2011

CAKAP - CAKAP atau cuma KATA - KATA???



Sebelum ni, sekadar mendengar CAKAP-CAKAP...Awekz sangkakan CAKAP-CAKAP itu hanya sekadar KATA-KATA...Lebih menghairankan Awekz, kini seperti benar CAKAP-CAKAP yang Awekz telah dengar kebelakangan ini.

Dari blog The Flying Kick...Awekz ulangi, dari blog THE FLYING KICK...

ZAMBRY ABDUL KADIR BAKAL TERSUNGKUR DI PERAK!!!

Perak di bawah pentadbiran Zambry Abdul Kadir agak tenang, berbeza benar ketika Perak di bawah Nizar Jamaluddin. Mungkin kerana Zambry Abdul Kadir adalah orang UMNO dan mungkin juga kerana kemeroyanan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, tidak lagi menimbulkan simpati sebaliknya rasa meluat yang teramat sangat.


Namun ketenangan di Perak, jangan disangka tidak bermasalah!


Politik di Perak sebenarnya masih lagi kucar-kacir. Kucar-kacir bukanlah disebabkan oleh pertentangan antara UMNO-BN dengan PAS-Pakatan, sebaliknya kucar-kacir kerana BAGERO-BAGERO yang berlindung di Pejabat Menteri Besar Perak dalam bentuk tubuh badan UMNO dan konon-kononnya merekalah yang menyebabkan Zambry Abdul Kadir naik jadi Menteri Besar.


Bukan rahsia lagi bagaimana permainan kotor sedang dijalankan oleh segelintir manusia di Pejabat Menteri Besar Perak untuk tembolok dan akaun bank mereka. Ada yang sudah pun memiliki RM13 juta dalam akaun, ada yang sudah mula bertukar kereta mewah sedangkan dahulu nak minum teh pun harap kawan belanja, malah ada yang sudah pandai bermain-main dengan kepala surat Menteri Besar bagi mendapatkan projek untuk diri sendiri.


Segelintir ini adalah manusia yang sentiasa berada di sekeliling Zambry Abdul Kadir. Sepertimana yang ditulis oleh BLOG ANOTHER BRICK IN THE WALL, tiga empat kerat manusia yang sangat takut Zambry Abdul Kadir terlepas daripada genggaman mereka, cuba menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi memastikan segala kemewahan yang mereka kecapi sekarang, kekal menjadi milik mereka.


Segelintir inilah juga yang begitu aktif 'membeli', memujuk, berkonspirasi dan memastikan, Zambry Abdul Kadir tidak dihimpit oleh orang lain.


Perkara ini sudah ditegur dari awal namun sehingga setakat ini, Zambry nampaknya terus memberikan peluang kepada golongan ini. Golongan ini sebenarnya adalah manusia pertama yang muncul selepas PAS-Pakatan terduduk dengan melompatnya tiga orang ADUN. Salah seorang daripada mereka ini mendakwa, kuasa tulisannyalah yang menyebabkan UMNO-BN berjaya mengambilalih pentadbiran di Perak, sekalipun tulisannya tidak dibaca orang pun dan namanya sekadar dikaitkan dengan sebuah portal berita ternama bukan kerana kecemerlangan kerjanya.


Tidak mustahil, cerita tentang permainan politik sepusat sepusing yang diamalkan oleh tiga empat kerat manusia di sekeliling Zambry Abdul Kadir ini akan membuatkan Zambry Abdul Kadir tersungkur di Perak dalam Pilihanraya Umum akan datang. Biarpun berbanding Nizar Jamaluddin yang hanya dapat bertahan selama 11 bulan mentadbir Perak, Zambry sebenarnya mempunyai musuh yang bukan sahaja berterus-terang seperti Nizar dan Pakatan Rakyat, tetapi juga manusia yang memakai seragam kakitangannya dan bersembunyi di dalam Pejabat Menteri Besarnya!!!

Awekz: Benarkah ini yang terjadi, andai benar ia berlaku. Awekz rasa, adalah lebih baik jika ia disiarkan dengan bukti serta penama sekali...kan lebih baik...biar semua orang Perak tahu yang bersalah bukan MB sebenarnya, cuma manusia-manusia sekeliling beliau yang punya angkara...Adalah sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan untuk menyalahkan MB.


Sekarang ni, apa yang Awekz dapat lihat, yang mana selalu MENYALAK tidak puas hati dulu, kini dah DIAM...tak memberontak lagi...Dalam hati Awekz, mesti dah dapat "TACKLE" ni...Awekz senyum sendiri...Bak kata orang siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:16 PM 3 comments

Kerdau dan Merlimau...


Tahniah kepada kedua-dua calon yang telah diplih dalam membawa nama BN untuk rakyat di Merlimau serta Kerdau. Sekadar mengungkap kata-kata TS Muhyiddin Yassin semasa hari penamaan calon tempohari, "Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’” Beliau bukan saja dipilih untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Kerdau.

Begitu juga di Merlimau, `the most winnable candidate’, AJK Bahagian, Roslan Datuk Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Pemilihan beliau adalah berdasarkan merit, rekod pengalaman dan dikenali masyarakat.
Awekz: Semakin menghampiri hari penamaan calon, Awekz yakin semua pihak yang terlibat sudah mengerakkan jentera masing-masing bagi membantu kedua-dua PRK yang akan dijalankan. Apapun, semoga calon yang dipilih akan dapat meneruskan kemenangan BN dan SELAMAT BERTUGAS kepada semua jentera yang terlibat baik di Merlimau juga di Kerdau!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:06 PM 0 comments

Tuesday, February 22, 2011

RACIST kah SAYA???

Untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua. Apa pendapat anda? Sebagai anak Melayu di bumi Malaysia...Kurang ajar atau tidak MAMAT ni...Awekz bukan RACIST, Awekz punya ramai kawan pelbagai kaum...TAPI UNTUK MENGATAKAN MELAYU sebegitu TIDAK BENAR sama sekali. Bukankah PARIA itu berasal dari INDIA sendiri??? Kasta yang ada untuk membezakan taraf rakyat di sana, kenapa perlu disalahkan MELAYU juga???



Awekz: Tak perlu nak dibesarkan sesuatu yang kecil. Sekali lagi Awekz nak bagitau, Awekz bukan racists cuma nak kongsi dengan kawan-kawan semua...Kita sebagai MELAYU, apa rasanya melihatkan video ini...perlu ada batasan dalam segala hal...Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:26 PM 2 comments

Monday, February 21, 2011

Agenda Tersembunyi Pakatan yang Tidak Lagi Tersembunyi!!!





Awekz: Thanks to Perak Today... Sama-sama kita kongsi untuk makluman dan sebarkan..

Pembongkaran sepenuhnya...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:16 PM 0 comments

Perosak Rakyat, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

Akhirnya, seperti yang ramai telah ketahui...2 PRK akan diadakan serentak...Merlimau dan Kerdau...Kebetulan juga, bunyi akhirannya sama...Subhanallah...


Sedar tak sedar, sejak PRU-12 pada 2008, dah tak terkira dengan jari PRK yang telah dan akan diadakan. Setiap kali PRK sudah pasti, kesempatan yang ada, digunakan sebaik-baiknya oleh masyarakat setempat. Sehingga PRK diberi gelaran sebagai LUBUK EMAS oleh sesetengah pihak. Permintaan terhadap rumah-rumah sewa, hotel dan sebagainya akan melonjak tinggi. 


Namun amat menyedihkan apabila, rumah-rumah ibadat, masjid dan surau juga dijadikan tempat tinggal sementara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ikuti email di bawah:



Assalamualaikum. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.
Setiap kali pilihanraya kecil berlaku, maka masjid dan surau akan bertukar menjadi ‘ rumah tumpangan’ penyokong-penyokong Pas.
Kesucian rumah-rumah Allah ini tidak dipelihara. Kotor dan diwarnai dengan tingkal laku tidak beradap.
Saya, selaku pemerhati bebas pada setiap PRK sudah meluat dengan perangai hodoh juak-juak Pas ini. Kepada jawatankuasa masjid malah kalau boleh polis, tolonglah pastikan masjid, surau atau madrashah tidak dijadikan pusat penempatan gelandangan sepanjang PRK Merlimau dan di Kerdau.
Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan Pas bermaharajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka.
Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema’ah wanita dan sebagainya.

Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA
mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi’sabillillah.
Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi’sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
Mereka juga tidak segan – silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
Ingatlah Pas itu bukan Parti Islam. Pas itu parti yang bersekongkol dengan DAP si kafir harbi laknatullah. Jangan jadikan rumah suci Allah tempat membuat kotor. Cukuplah masjid di Kelantan kotor!!

HAJI Z
KUALA LUMPUR



Awekz: Inilah puak PAS, matlamat menghalalkan cara. Di mana rasionalnya? FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:24 PM 1 comments

Friday, February 18, 2011

Perosak Rakyat SENTAP dengan Pengurangan Kadar Tol???


Pengumuman DS Najib Tun Razak semalam benar-benar mengejutkan banyak pihak Awekz rasa. Sudah tentu yang paling terkesan, sah-sahla puak Perosak Rakyat. Mahu tidak mahu mesti banyak sumpah seranah yang dikeluarkan hasil pengumuman pengurangan kadar tol di beberapa lebuhraya. Kupasan yang menarik dari Bro Desperado. Ikuti kupasannya di bawah:
 
KALAU NAK MENJAHANAMKAN NEGARA, PEMBANGKANG MEMANG CUKUP ARIF...

Pengumuman pengurangan kadar tol dibeberapa lebuhraya oleh Perdana Menteri ternyata telah berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Pakatan ternganga. Disaat mereka hanya mampu berjanji kosong untuk menghapuskan tol didalam dongeng buku jingga mereka, DS Najib telah mendahului dengan tindakan realistik pengurangan tol.

Perdana Menteri telah mengumumkan kadar tol semasa RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan kepada RM1 berkuatkuasa 18hb. Berita ini nyata disambut gembira oleh para pengguna di Lebuhraya tersebut sepertimana yang dipaparkan dalam berita-berita semasa.

Disebalik kegembiraan rakyat yang menerima dengan rasa penuh syukur penurunan kadar tol ini, beberapa pemimpin Pakatan cuba untuk berhujah bagi menafikan usaha murni yang dilakukan oleh DS Najib. Walaupun dengan hujah dangkal serta alasan yang tak munasabah, mereka dilihat amat terdesak untuk mengalihkan sokongan rakyat kepada kerajaan.


Antara alasan yang mula kedengaran dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan ialah, penurunan kadar tol oleh kerajaan ini suatu langkah yang tak wajar. Mereka berkata rakyat mahukan semua tol dihapuskan serta merta, bukannya dikurangkan. Dan ada juga yang menyifatkan pengurangan ini tak memberi kesan kerana harga barangan masih mahal.

Saya suka untuk mengambil contoh kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu Azan Ismail. Ketika dia membuat kenyataan didalam TV Selangor, Azan Ismail telah mempertikaikan pengurangan kadar tol ini dengan membandingkan jumlah subsidi petrol yang diterima oleh kerajaan semenjak penarikan balik kos tanggungan tersebut tahun lalu.


Azan berkata, kerajaan sepatutnya mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang ada didalam negara dan membukanya secara percuma kepada rakyat. Ahli Parlimen PKR ini berkata, penarikan subsidi petrol kerajaan sebelum ini yang berjumlah 25Billion, sepatutnya mampu membolehkan kerajaan mengambil alih semua konsesi tol dalam negara.

Saya ingin bertanya kepada wakil PKR tersebut dan juga kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, siapakah yang akan menanggung semua kos penyelenggaraan Lebuh raya jika tol dihapuskan? Ini sahaja sudah membuktikan bahawa pihak pembangkang hanya tahu berteori tetapi langsung tak praktikal untuk digunapakai. Rakyat bukannya bodoh untuk percaya bulat-bulat terhadap semua retorik kosong mereka.


Katakanlah pihak kerajaan mengambil alih semua lebuhraya di negara ini dengan nilai 25Billion, tetapi kerajaan terpaksa menanggung jumlah yang hampir sama untuk kos penyelenggaraan.., dimanakah sumber yang harus digunakan untuk menampung semua kos tersebut? Apakah pihak kerajaan perlu menarik semua subsidi yang diberikan kepada rakyat semata-mata mahu mengekalkan lebuhraya bebas tol didalam negara?
Sebagai contoh, Jambatan Pulau Pinang mengutip keuntungan kasar sebanyak RM 131 juta setahun melalui hasil kutipan tol. Manakala kos penyelenggaraan bagi jambatan tersebut adalah berjumlah RM 75 juta setahun. Itu belum lagi dicampur kos-kos yang lain.

Dan jika kerajaan mahu menghapuskan kadar tol di Jambatan tersebut, kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak 131 juta sebaliknya terpaksa pula menanggung kos penyelenggaraan jambatan yang berjumlah 75 juta. Rakyat patut bertanya kepada pihak pembangkang, dari sumber manakah wang berjumlah 75 juta setahun itu akan dikumpulkan?


Itu baru satu tol.., dan ada lagi lebih kurang 22 lebuhraya di Malaysia yang perlu dikira kos penyelenggaraan tahunannya. Cuba bayangkan berapa kos yang kerajaan terpaksa tanggung tiap-tiap tahun jika cakap tak munasabah pihak pembangkang digunapakai?

Sebab itulah DS Najib mengatakan yang Anwar Ibrahim dan kroninya hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangkrap apabila mahu menghapuskan tol didalam janji Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.


Inilah bezanya pemimpin yang mahu berfikir untuk mengimbangi kemakmuran dan kestabilan ekonomi negara berbanding dengan pemimpin yang hanya tahu berjanji kosong tapi tak tahu satu apapun. Lagi pun, majoriti rakyat masih ingat lagi bagaimana Anwar hampir menjahanamkan negara ketika kegawatan ekonomi tahun 1997.

Belanjawan mini yang dibentangkan Anwar Ibrahim pada 5 Disember 1997 ternyata gagal dan hampir menyebabkan negara jatuh bangkrap. Nasib Malaysia baik kerana mempunyai negarawan ulung seperti Tun Mahathir ketika itu. Malaysia berjaya mengharungi kegawatan tersebut dengan idea bernas Tun Mahathir melalui tambatan nilai ringgit.


Cuba bayangkan jika nasib negara diletakkan 100% ditangan Anwar.., kita takkan mampu bermewah seperti sekarang jika bukan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika krisis matawang tahun 1997 ! Jadi.., apakah kita mampu percaya kepada Anwar Ibrahim dan kroni-kroninya sekali lagi?

Awekz: Sokong dengan pengurangan kadar tol di beberapa lebuhraya yang telah dinyatakan dan semoga pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak sentiasa mendahulukan rakyat dan sudah pasti semoga apa saja tindakan yang dibuat dapat dirasai oleh semua rakyat...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:43 PM 2 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.