Sebelum ni, sekadar mendengar CAKAP-CAKAP...Awekz sangkakan CAKAP-CAKAP itu hanya sekadar KATA-KATA...Lebih menghairankan Awekz, kini seperti benar CAKAP-CAKAP yang Awekz telah dengar kebelakangan ini.
Dari blog The Flying Kick...Awekz ulangi, dari blog THE FLYING KICK...
ZAMBRY ABDUL KADIR BAKAL TERSUNGKUR DI PERAK!!!
Perak di bawah pentadbiran Zambry Abdul Kadir agak tenang, berbeza benar ketika Perak di bawah Nizar Jamaluddin. Mungkin kerana Zambry Abdul Kadir adalah orang UMNO dan mungkin juga kerana kemeroyanan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, tidak lagi menimbulkan simpati sebaliknya rasa meluat yang teramat sangat.
Namun ketenangan di Perak, jangan disangka tidak bermasalah!
Politik di Perak sebenarnya masih lagi kucar-kacir. Kucar-kacir bukanlah disebabkan oleh pertentangan antara UMNO-BN dengan PAS-Pakatan, sebaliknya kucar-kacir kerana BAGERO-BAGERO yang berlindung di Pejabat Menteri Besar Perak dalam bentuk tubuh badan UMNO dan konon-kononnya merekalah yang menyebabkan Zambry Abdul Kadir naik jadi Menteri Besar.
Bukan rahsia lagi bagaimana permainan kotor sedang dijalankan oleh segelintir manusia di Pejabat Menteri Besar Perak untuk tembolok dan akaun bank mereka. Ada yang sudah pun memiliki RM13 juta dalam akaun, ada yang sudah mula bertukar kereta mewah sedangkan dahulu nak minum teh pun harap kawan belanja, malah ada yang sudah pandai bermain-main dengan kepala surat Menteri Besar bagi mendapatkan projek untuk diri sendiri.
Segelintir ini adalah manusia yang sentiasa berada di sekeliling Zambry Abdul Kadir. Sepertimana yang ditulis oleh BLOG ANOTHER BRICK IN THE WALL, tiga empat kerat manusia yang sangat takut Zambry Abdul Kadir terlepas daripada genggaman mereka, cuba menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi memastikan segala kemewahan yang mereka kecapi sekarang, kekal menjadi milik mereka.
Segelintir inilah juga yang begitu aktif 'membeli', memujuk, berkonspirasi dan memastikan, Zambry Abdul Kadir tidak dihimpit oleh orang lain.
Perkara ini sudah ditegur dari awal namun sehingga setakat ini, Zambry nampaknya terus memberikan peluang kepada golongan ini. Golongan ini sebenarnya adalah manusia pertama yang muncul selepas PAS-Pakatan terduduk dengan melompatnya tiga orang ADUN. Salah seorang daripada mereka ini mendakwa, kuasa tulisannyalah yang menyebabkan UMNO-BN berjaya mengambilalih pentadbiran di Perak, sekalipun tulisannya tidak dibaca orang pun dan namanya sekadar dikaitkan dengan sebuah portal berita ternama bukan kerana kecemerlangan kerjanya.
Tidak mustahil, cerita tentang permainan politik sepusat sepusing yang diamalkan oleh tiga empat kerat manusia di sekeliling Zambry Abdul Kadir ini akan membuatkan Zambry Abdul Kadir tersungkur di Perak dalam Pilihanraya Umum akan datang. Biarpun berbanding Nizar Jamaluddin yang hanya dapat bertahan selama 11 bulan mentadbir Perak, Zambry sebenarnya mempunyai musuh yang bukan sahaja berterus-terang seperti Nizar dan Pakatan Rakyat, tetapi juga manusia yang memakai seragam kakitangannya dan bersembunyi di dalam Pejabat Menteri Besarnya!!!
Awekz: Benarkah ini yang terjadi, andai benar ia berlaku. Awekz rasa, adalah lebih baik jika ia disiarkan dengan bukti serta penama sekali...kan lebih baik...biar semua orang Perak tahu yang bersalah bukan MB sebenarnya, cuma manusia-manusia sekeliling beliau yang punya angkara...Adalah sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan untuk menyalahkan MB.Sekarang ni, apa yang Awekz dapat lihat, yang mana selalu MENYALAK tidak puas hati dulu, kini dah DIAM...tak memberontak lagi...Dalam hati Awekz, mesti dah dapat "TACKLE" ni...Awekz senyum sendiri...Bak kata orang siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya...FIKIR-FIKIRKAN!!!
3 comments:
"bukan rahsia lagi bagaimana permainan kotor sedang dijalankan oleh segelintir manusia di Pejabat Menteri Besar Perak untuk tembolok dan akaun bank mereka. Ada yang sudah pun memiliki RM13 juta dalam akaun, ada yang sudah mula bertukar kereta mewah sedangkan dahulu nak minum teh pun harap kawan belanja, malah ada yang sudah pandai bermain-main dengan kepala surat Menteri Besar bagi mendapatkan projek untuk diri sendiri."
Ada kah orang ni ahli Pas?
Apa Kah beza nya DAP dan MCA?
duniapun semakin kacau dengan adanya orang-orang yang tidak mengerti sesama
abangxxx said/kata:
Adalah tidak wajar bercerita tanpa fakta. Kalau betul apa yang dikata, perbetulkan bukti, perkukuhkan fakta dan adu pada SPRM. Kalau buka pekong di laman sebegini, semua rugi.
Post a Comment