Tahniah Awekz ucapkan kepada kepimpinan PPUNPk kini yang telah mengambil inisiatif dalam mematahkan serangan pembangkang. Dikhabarkan, sejuta cakera padat akan diedarkan di seluruh Perak bagi menangani fitnah PAS terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terutama dalam isu ancak.
CD berkenaan akan diedarkan melalui program turun padang untuk menjawab fitnah yang dikeluarkan oleh Perosak Rakyat melalui melalui Nizar Jamaluddin yang sehingga kini masih tidak dapat menerima kenyataan. KP PPUNPk, Saudara Khairul Azwan Harun juga menyatakan kekesalan apabila mendapati fitnah itu telah berjaya disebarkan hampir di semua daerah walaupun telah dijelaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Nizar turut disifatkan sebagai 'badut politik' yang sanggup memperbodohkan diri sendiri untuk kepentingan politik yang bersifat peribadi. Walaupun ia hanya isu yang remeh temeh dan tiada kaitan dengan politik, namun Nizar akan tetap mempolitikkannya! Terlalu merugikan apabila wakil rakyat seperti Nizar yang dipilih hanya tahu mengambil kesempatan untuk survival politik peribadi dan bukan berusaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat setempat.
Awekz: Apa yang Awekz lihat, isu ini sengaja dimainkan agar isu "VIGIL" si Nizar akan dilupakan di mana ia jelas bertentangan dengan tuntutan syarak! Cakap banyak pun tak guna...Fikir-fikirkan!!!
0 comments:
Post a Comment