skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, March 7, 2012

PRU 13 - Siapakah, Mampukah???


Lama juga tak update blog Awekz ni...Sejak dua menjak ni, banyak pula tugas yang perlu dibuat dan kekangan masa terhadap Awekz walaupun di hujung minggu. Bukan sengaja tak nak update. Angin PRU - 13 sana sini Awekz dengar bertiup bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, dah kencang dengarnya. 

Ada yang nak mempertahankan kerusi yang lama, ada yang nak mengundur diri dan tidak lupa juga pada yang nak berubah angin. Dengar-dengarnya, dari DUN nak ke Parlimen dan begitulah sebaliknya. Terfikir sejenak, apa dah cukup ke 'khidmat' mereka kepada rakyat selama ini? Atau masih ada isu yang perlu diselesaikan, sementara ada masa ni, andai boleh diselesaikan adalah baik diselesaikan. Jangan 'dah terhantuk baru nak terngadah'.

Yang lagi best Awekz dengar, ada dah individu-individu yang disebut bakal menjadi calon untuk PRU-13 nanti. Lebih menarik, bakal calon tersebut bukan menetap di kawasan yang disebut pun. Mampukah nak berkhidmat jika berada jauh di luar kawasan. Dah disebut banyak kali oleh PM rasanyer, 'winnable candidate' yang dicari. Pening gak bila memikirkan, 'winnable candidate' ni. Buat PM, biarlah 'winnable' di semua aspek, biarlah 'winnable' bagi rakyat dan bukan 'winnable' syok sendiri. 

Buat yang memasang impian tu menjadi calon untuk PRU-13 akan datang, tepuk dada tanya diri. Mampukah diri??? Jangan sebelum jadi calon beria-ria, lepas menang dan dah jadi calon batang hidung pun susah nak jumpa pengundi. Muak pula Awekz tengok sesetengah ADUN dan AP yang tak berapa nak mesra pengundi ni. Belum kira dengan puak-puak 'KAKI KIPAS' bos sendiri! Belajar dari pengalaman lalu, ambil iktibar atas kejadian 2008 yang lepas bukan LAGI SERONOK JADI KAKI KIPAS!!!

Awekz: Buat ADUN-ADUN dan AP-AP, INGATLAH,TANPA PENGUNDI ANDA TAK MUNGKIN BERADA DI MANA ANDA BERADA KETIKA INI...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:25 PM 0 comments

Thursday, March 1, 2012

Surat oh Surat...Kantoi ker PEMBOHONGAN Perosak Rakyat?


Perosak Rakyat KANTOI lagi ke? Itulah, bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Cakap banyak pun tak guna, kita semua ada akal untuk berfikir mana yang benar dan mana yang salah. Dah terang lagi bersuluh, kalau kata "TAK BETUL" juga. Memang boleh kata "DUNGU" la kot.

Surat yang diedarkan oleh Perosak Rakyat. Dengar cerita surat yang benar katanyer!


Surat yang sebenarnya!!! Tengok, Baca dan Fikir-Fikirkanlah!








Awekz: Teringat sembang-sembang dengan kawan masa breakfast tadi, maklumat yang baik seharusnya dikongsi sesama kita dan bukan hanya untuk disimpan or take the credit ourself. Bukan SELFISH ke nama nyer? Apapun, sharing is caring...






Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:09 PM 0 comments

Wednesday, February 22, 2012

Sajak Buat PM Dari Adik Ain Farhanah...

Syukur masih ada yang tahu berterima kasih. Adik ini menulis sajak kepada PM ketika dia sakit. Semoga ia dapat disebarkan apatah lagi, ia sesuatu yang baik pada pandangan Awekz. 


Awekz: Kalau sebelum ini ada satu surat buat isteri PM kita dan ketika itu ramai juga yang menyebarkan kerana dilihat sebagai amat negatif dan tidak baik buat PM dan boleh menambahkan dosa, apa kata kali ni, kita ramai-ramai sebarkan sesuatu yang baik. Setidak-tidaknya dapat pahala bukan. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:16 PM 2 comments

Ada Apa Pula Dengan KONVENSYEN UMNO PERAK 2012?


Tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak 2012 di atas KONVENSYEN UMNO PERAK  2012, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 19 Feb 2012 yang lalu. Awekz dengar-dengar sambutannya amat menggalakkan apatah lagi dengan ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang dilihat memberikan impak yang cukup besar kepada peserta-peserta.

Lebih terkesan apabila YAB MB Perak dilihat hampir menitiskan air mata ketika memberikan ucapan apatah lagi mengulangi serta mengingati cabaran - cabaran yang telah dilalui sepanjang bergelar MB Perak. Segala cacian dan makian yang dilemparkan kepada beliau jika difikirkan mampu meruntun naluri dan perasaan sesiapa sahaja. Puak - puak Perosak Rakyat begitu mudah berkata apa saja dan lebih menyatakan masih ada pengikut setia yang bodoh menerima apa sahaja yang diperkatakan. Fikir sejenak, andai kita diperlakukan sebegitu rupa. SAKIT dan MENYEDIHKAN bukan???

Kata YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ TIADA MAKNA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN AGAMA KITA, DAN TIADA MAKNANYA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN PERJUANGAN BANGSA KITA...




Awekz: Seharusnya semua ahli serta kepimpinan UMNO berfikir sejenak dan cuba selama intipati ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir tempohari, tiada guna berselisih faham, tiada guna berdendam, tiada guna pangkat dan darjat kerana semua itu hanya akan membunuh PERJUANGAN dalam menegakkan Agama, Bangsa dan tanahair. Fikir - fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:36 AM 7 comments

Thursday, February 16, 2012

Ada Apa Dengan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir?


Sungguh Awekz tak sangka, keperibadian begini lah yang kita perlukan dari seorang pemimpin. Bukan seperti yang rakyat lihat apabila rata-rata semua pemimpin dikatakan hanya mahu tidur beralaskan tilam empuk, bilik berhawa dingin YAB Menteri Besar Perak, DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir membuktikan pemimpin juga insan biasa. 


YAB MB Perak beriktikaf di Masjid Jamek Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan seterusnya menunaikan qiamullail serta Solat Subuh berjemaah. Apa yang Awekz dengar juga, ini adalah sebahagian dari rutin MB apabila turun padang. 



Semoga ia membuka mata rakyat serta pemimpin lain bahawa YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat. 

Awekz: Teruskan perjuangan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Moga-moga perjuangan kita ini dirahmati Allah SWT. Ameen 


Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:43 PM 3 comments

Thursday, February 2, 2012

Benarkah Nga Kor Ming Ada Gangguan Mental?



Nga Kor Ming VS SekupangDua


Saman dan menyaman nampaknya si Nga Kor Ming dengan bro SekupangDua. Apapun, bagi Awekz berani kerana benar, takut kerana salah. Apa yang perlu ditakutkan andai apa yang kita perkatakan itu adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. 

Dalam melihatkan isu saman menyaman ni, bila diteliti semula rupa-rupanya, si Nga Kor Ming menyaman bro SekupangDua bukanlah disebabkan oleh laporan ke SPRM sebaliknya rupa-rupanya diatas 'gangguan mental' yang dihadapi oleh Nga Kor Ming. Awekz rasa pasti ramai yang tidak menyedarinya bukan???

Cuba kita teliti antara writ saman kepada Bro SekupangDua di bawah:





Hadoila Nga Kor Ming, andai kerana laporan sebegini dah boleh menyebabkan 'GANGGUAN MENTAL' bagaimana pula jika adanya kes yang lebih besar? Mau 'GILA' terus agaknya bukan? Baru nak terasa gangguan mental ke? Pernah terfikir dengan segala tohmahan, cacian yang Perosak Rakyat lemparkan pada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional??? Fikir-fikirkan!!!

Awekz: Teruskan berjuang bro SekupangDua, teruskan perjuangan wahai pejuang-pejuang Agama, Bangsa dan Tanahair kerana perjuangan kita ini sememangnya untuk memastikan kelangsungan keamanan negara yang kita kecapi dulu, kini dan selamanya...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:11 PM 0 comments

Tuesday, January 17, 2012

Ada Apa Dengan SekupangDua dan Lawyer?


Apa dah jadi dengan kes saman menyaman Nga Kor Ming dengan bro Sekupangdua ya...sebelum ni, agak panas juga la diperkatakan. Khabarnya, bro Sekupangdua tengah mencari-cari lawyer untuk kes saman yang dia hadapi sekarang ni. Kenapa Awekz bertanya sedemikian rupa, yang tak sedapnya kerana ada la seorang insan yang baik hati 'email' kan gambar Bro Sekupangdua dalam misi mencari 'lawyer'.

Walau apa pun...tabik spring la kat Bro Sekupangdua yang berani kerana benar, takut kerana salah. Yang penting kebenaran perlu dibuktikan. Biar terbuka mata pencacai setia Pakatan Rosak yang percaya bulat-bulat pada perjuangan pemimpin mereka yang tak berapa mampu nak memimpin.

Pendapat Awekz, dalam keberanian Bro Sekupangdua mempertahankan kebenaran, membuktikan salah Perosak Rakyat, mempertahankan UMNO...dalam keberanian Bro Sekupangdua mempertahankan BN...adakah keberanian dia dihargai? adakah sebarang bantuan dibuat untuknya. Bukan apa, rasa Awekz, kalau benda sebegini terjadi di dalam puak Perosak Rakyat, sudah tentu berbagai bantuan telah dihulurkan.

Awekz: Jangan tanya apa yang negara dah buat pada kita, tapi cuba tanya apakah bakti kita pada negara? Fikir-fikirkan
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:19 AM 3 comments

Sunday, January 1, 2012

Realiti atau Fantasi Pelajar Melayu Masa Kini

Apa nak jadi lah dengan kita semua masa ini? Sebelum ni, kecoh dengan BERSIH yang tak taula di mana bersihnya itu. Kini pelajar-pelajar pula ber'DEMO'. Menjadi trend dekat Malaysia ni, kalau isu 'DEMO', akan ada juga la tempat lain melakukan 'DEMO'.

Terkini, adik-adik UPSI yang sudah pasti diketuai si 'Adam Adli' yang namanyer meletop bak 'POPCORN' sekarang ini dek kerana 'DEMONSTRASI'. Cakap banyak pun tak guna, moga gambar-gambar yang dipaparkan dapat membantu kita untuk terus berfikir di manakah rasionalnya semua yang terjadi?

Demo di UPSI...







Demo di IPD Tanjong Malim...



Awekz: Bukankah tanggungjawab seorang pelajar itu untuk belajar? Kenapa ini yang terjadi kepada pelajar-pelajar Melayu kita? Jika amanah terhadap diri sendiri tak dapat dibawa dengan baik, macam mana pula nanti bila akan memimpin? Dapatkah memimpin dengan sempurna??? Fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:18 PM 0 comments

Sandiwara atau Cerekarama Manusia Bernama Nga Kor Ming?

Tak habis-habis dengan publisiti murahan apatah lagi rata-rata angin PRU-13 dilihat semakin jelas. Matlamat menghalalkan cara, inilah akibatnya!!! Thanks to YB Dato' Khusairi atas artikel ini

Ugutan Peluru Sandiwara Kor Ming?




Awekz: Kalau tak salah tak perlu nak takut! Kenapa mesti mereka-reka cerita? Apa kerana dah habis modal ker???

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:51 PM 0 comments

Tuesday, December 20, 2011

Ada Apa Dengan Si 'Adam Adli'


Apa nak jadi lah dengan 'students' sekarang ni, lain yang disuruh, lain pula yang dibuat nya. Gempar seketika dengan tindakan yang dibuat oleh sekumpulan mahasiswa yang rata-rata telah tercemar pemikiran mereka dek agenda peribadi pemimpin yang entah di mana hebatnya! 

Awekz kesal dengan tindakan pelajar-pelajar ini yang rata-rata pelajar 'Melayu' yang dikudakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adam Adli tiba-tiba mendapat liputan meluas akibat dari tindakan 'berani' nya menurunkan bendera Presiden UMNO di PWTC tempohari.

Dari bro Taipingmali dikhabarkan, Adam Adli ni bukanlah dari keluarga yang 'luar biasa'...Berkemungkinan, oleh kerana itu, dia mencari publisiti murahan malahan untuk mengangkat lagi maruah 'kepandaian'nya yang dikatakan mempunyai CGPA 2.5 saja! Kesian la Awekz tengok...sudah-sudahla adik...ada baik nya, masa yang ada di isi dengan mengulangkaji, kejar anugerah dekan dan sebagainya. Akibat tindakan tak berakal adik tu, akhirnya nanti, belajar entah kemana, 'politik' entah ke mana!!! Fikirkan keluarga yang bersusah payah untuk menghantar adik ke 'universiti'. Peluang tidak datang bergolek bukan???

Tabik spring buat pakcik ni atas tindakan berani untuk mengajar si Adam Adli yang 'KURANG AJAR' ! 



Awekz: Tak salah untuk menyuarakan pendapat, tapi adalah lebih baik dibuat dengan cara berhemah dan bukan mem'babi' buta. Perjalanan hidup adik-adik mahasiswa dan mahasiswi masih panjang lagi, jangan kerana perbuatan yang sedikit ini, masa depan sendiri menjadi korban. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:54 AM 4 comments

Friday, December 16, 2011

Sah!!! Pakatan Rosak memang PENYAMUN!!!

Sapa kata Pakatan Rosak tak pandai menyamun??? Sapa kata Pakatan Rosak tak ada kepentingan peribadi??? Thanks to bro Sekupang Dua ... Cakap banyak pun tak guna, korang boleh tengok sendiri la BUKTINYA!!! Takkan nak menafikan lagi kot, atau ada yang boleh nak cakap, ini SUPER IMPOSED lagi!



http://sekupangduas.blogspot.com/2011/12/panas-bongkar-nga-komeng-dan-pakatan.html

Awekz: Kebenaran akan terbongkar satu persatu akhirnya. Sepandai - pandai tupai melompat, nak tak nak akhirnya jatuh ke tanah juga! Oooops SAKIT ke???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:36 AM 0 comments

Monday, July 11, 2011

Ambingai dan BERSIH, tidak KOTORkah???


Apa nak jadi dengan Melayu kini? Sedih bila melihat sebilangan besar Melayu yang memonopoli perhimpunan HARAM BERSIH tempohari walaupun kepalanya merupakan Ambingai yang terang-terangan bukan Melayu dan Islam! Apa yang Ambingai ni perjuangkan? Agak-agak korang yang 'pandai' ni pernah terfikir tak?

Ini yang Ambingai tuntut dari IFC:


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam, Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Awekz: Yang berlari, melalak, berhimpun hari tu dah sahih dan majoriti nya orang Melayu. BERSIH sangat lah Ambingai yang korang sanjung dan sokong ni! Taki kisah lah kalau nak kata Awekz bodoh dengan mengeluarkan artikel ni, tapi cuba renung ambil masa sejenak...PANDAI dan BERSIH sangatkah anda dengan menyokong Ambingai dan BERSIH lagi kotor ini. Fikir-fikirkanlah!!!



Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:40 PM 3 comments

Thursday, July 7, 2011

BERSIH bertukar KOTOR???



Apa dah jadi dengan BERSIH??? Dalam Awekz melawat blog kawan- kawan dan Awekz terjumpa artikel ini. Thanks to Bro Desperado for this article and Awekz rasa tak salah nak berkongsi maklumat...

Apa yang dah terjadi pada BERSIH yang mereka laungkan sebelum ini? Nampaknya di antara mereka dah ada unsur sabotaj atau dah puak - puak PKR ni sendiri dah mengaku yang BERSIH itu sebenarnya KOTOR?

Apakah Ahli parlimen PKR Gopeng Lee Boon Chye dan ADUN PKR Simpang Pulai Chan Ming Kai sudah paling tadah dan tidak lagi menyokong Beersih 2.0?


Persoalan ini timbul apabila kedua-dua pemimpin PKR itu memakai baju kuning berlogo 'KOTOR' dan buat catwalk di sebuah pasar di Gunung Rapat, Ipoh.


Awekz: Bersih yang sememangnya berniat kotor. Sudah-sudahlah puak-puak pembangkang. Fikir-fikirkan apakah agenda sebenarnya...politikkah atau perkauman? Renungkan dan jangan jadi Melayu yang di'kuda'kan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:52 AM 2 comments

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH bertukar lokasi dan tempat???



Betul ke berita  yang Awekz dapat ni? Dengar - dengarnya setelah DYMM Yang Di-Pertuan Agong bertitah khas tentang demonstarasi jalanan dan perhimpunan haram semalam, akhirnya Anbiga membuat keputusan PERHIMPUNAN yang bakal diadakan Sabtu ini akan dibuat di stadium setelah mendapat nasihat dari DYMM Yang Di-Pertuan Agong. 

Kalau benarlah seperti yang dikatakan, bagus lah sebab bagi Awekz dalam stadium tu nanti terpulang pada juak-juak pembangkang ni nak menjerit, melalak, berarak, berguling dan apa sahaja yang mereka ingin lakukan kerana ia sudah pasti tidak menganggu ketenteraman dan kemanan masyarakat di sekeliling. 

Awekz: Buat la apa yang korang nak di Stadium tu nanti, nak mengamuk sampai pecah stadium pun silakan! Fikir-fikirkan...Daulat Tuanku...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:58 PM 1 comments

Demonstrasi Jalanan Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan...

A picture worth a thousand words...


Sumber: UMNO Online

Awekz: Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Patriot dibatalkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:40 AM 0 comments

Monday, July 4, 2011

Ada Apa Dengan Demonstrasi?


Sekadar berkongsi pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad...


1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.
3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. 


4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Awekz: Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:40 PM 1 comments

Friday, June 24, 2011

Ihsan anak Anwar masuk UMNO?


Benarkah apa yang Awekz baca ni? Setelah agak lama tak menulis, tertarik untuk berkongsi artikel ini. Dari blog  Kuku Kaki Ampang tentang anak tunggal Anwar Ibrahim, Ikhsan. Katanya lagi, Ikhsan nak masuk UMNO kerana kesal dengan bapa serta ahli keluarganya yang lain. 

Artikel seperti di bawah:


Ihsan bin Anwar bin Ibrahim. Satu-satunya anak lelaki Anwar the pandikutty.

Layanan Anwar terhadap anak lelakinya ini tidak seperti layanannya kepada Nurul Izzah.
Kenapa? Nurul Izzah dilihat sebagai anak yang baik dan mendengar kata.. Sudah terang lagi bersuluh muka bapanya di dalam video seks bersama china doll pun,  bermati-matian Nurul Izzah membuat penafian.Muka dalam keadaan merah padam pun Nurul Izzah tetap mengatakan itu bukan bapanya..bahkan Nurul Izzah terang-terangan mengatakan "itu bukan bontot papa",  agaknya Anwar memang  selalu berbogel di depan anak-anaknya sehinggakan princess PKR cabokk ini boleh kenal bontot bapanya.Ihsan... jarang-jarang kita jumpa dalam media politik..Ihsan anak lelaki Anwar yang tak suka kan publisiti dan kurang senang dengan apa yang berlaku didalam kemelut yang melanda keluarganya..terutama papa nya yang nakal dan tak sudah-sudah dengan kontroversi dan skandal seks.. liwat dan menarah nonok china doll.


Khabarnya budak muda anak Anwar Ibrahim ini ada menyatakan hasratnya untuk menyertai Umno di peringkat pemuda di Selangor.
Buat masa ini beliau hanya berhasrat untuk menjadi ahli biasa sahaja. Keputusan untuk menyertai Umno kerana kecewa dengan papanya..yang semakin tua semakin menjadi-jadi.."miang-miang keladi ..makin tua makin
menjadi." Justeru itu ia bertekad  untuk menjadi ahli Umno kerana kesal dengan kelakuan bapanya dan apa yang telah berlaku. Malangnya ramai di antara penyokong bapanya dan sekutu-sekutu penjilat lubang kunyit Anwar 
menyatakan Ihsan kurang siuman,Ihsan tertekan,Ihsan retarded dan Ihsan otak ada shortage... sebab itu Ihsan masuk Umno. Macam-macam alasan yang diberi..begitulah keadaannya kalau nak menegakkan benang yang basah.Anak sendiri pun sanggup di fitnah sebegitu rupa semata-mata nak jadi PM dan semata-mata survival parti dan Fuckatan Rakyat. Kalau Wan Azizah dah tak tahan dengan Anwar dan lakukan sesuatu, dah tentu Wan Azizah dituduh dan dilabelkan sebagai isteri yang dah menopause, cemburu dan gila meroyan oleh puak-puak jahanam pkr dan fuckatan rakyat termasuklah Anwar sendiri.Kesian dan simpati dengan budak Ihsan tu... Didoakan semoga dia selamat sejahtera dan jangan sampai kena liwat dengan bapanya sendiri.

Awekz: Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan pembaca. Buat penyokong yang terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim, tidak salah rasanya untuk Ihsan memilih jalannya sendiri kerana sudah pasti dia lebih mengetahui kebenaran di dalam keluarganya sendiri berbanding kita di luar sini. Fikir - fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:38 AM 2 comments

Wednesday, June 1, 2011

Tarif Elektrik Naik ~ Bukan Semua Yang Kena!!!

Buat rakan - rakan yang mengeluh dengan harga baru tarif elektrik. Renung-renungkan dengan artikel di bawah...

Selepas kecoh mengenai harga bahan bakar ron 97 yang dinaikkan, kini kecoh pula mengenai harga baru tariff eletrik yang bakal naik berkuatkuasa esok. Pembangkang mula mempolitikkan isu ini kononnya bakal membebankan rakyat. Mereka menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat bila menaikkan harga eletrik.
Tetapi tidakkah rakyat sedar bahawa kenaikan hanya melibatkan bil bulanan yang melebihi RM77 sebulan sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, bil bulanan mereka tidak melebihi RM77 sebulan.
Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga rakyat malah penggunaan di bawah RM20 sebulan adalah percuma.  Dengan memberi kelonggaran ini, kerajaan terpaksa menanggung kos RM122 juta setahun. Kenaikan yang diumumkan kerajaan ini tidak membabitkan 4.4 juta daripada 5.94 pengguna domestik.
Pengguna yang di bawah penggunaan 300kWj, langsung tidak terlibat dengan kenaikan ini. Jadi mengapa harus melenting tidak tentu fasal. Semaklah bil eletrik bulanan anda. Jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata pembangkang yang memang suka melihat Negara kita ini sentiasa ‘panas’ dan bergolak.
Rakyat harus sedar, kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat walaupun terpaksa menanggung pelbagai kos subsidi demi keselesaan rakyat. Contohnya subsidi gula, kita hanya membayar RM2.30 sedangkan harga sebenar berjumlah RM2.40. Kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi sebanyak RM789 juga untuk gula.
Minyak masak pula kita hanya membayar RM2.50 sedangkan harga sebenar RM3.50. Subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan adalah RM813 juga. Ini belum lagi membabitkan subsidi lain-lain.
Kita harus bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara yang mempunyai subsidi. Sekiranya kita ke Negara lain, kita terpaksa menanggung harga sebenar dan ini sudah pastinya menyusahkan kita.
Ambil contoh Singapura. Mengapa rakyat Singapura suka membeli belah di Johor Bahru? Ini adalah kerana mereka boleh membeli dengan harga yang jauh lebih murah.
Kesimpulannya, jangan terlalu manja dengan subsidi dan jangan hanya pandai menuding jari tanpa mengetahui dan memahami duduk perkara sebenar. Pembangkang hanya tahu menabur fitnah bagi mengelirukan rakyat sekaligus menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.
Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk kita. Mengapa kita sering bertanya apa yang telah kerajaan lakukan untuk kita tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk kerajaan dan Negara?

Awekz: Kenapa kita perlu cepat melenting tanpa cuba untuk mengkaji kesan dan rasionalnya sesuatu tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Pembangkang sudah tentu hanya tahu menangguk di air keruh. Kenapa kita harus menjadi seperti kacang lupakan kulit! Fikir-fikirkan...

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:01 AM 0 comments

Sunday, May 29, 2011

Betul ker Azmin Ali???



Awekz: Just nak share dengan puak-puak Perosak Rakyat yang pemimpin sanjungan korang bukan lah baik sangat pun!!! Firkir- Fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:28 AM 0 comments

Monday, May 23, 2011

Takziah...

Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian

Belum terlewat rasanya untuk Awekz mengucapkan takziah diatas tragedi tanah runtuh yang melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak - Anak Yatim dan Anak - Anak Kebajikan Madrasah Al- Taqwa du Hulu Langat Selangor, Sabtu lalu. 


Ekoran tragedi tersebut, Awekz dapat lihat banyak pihak telah menghulurkan bantuan dari segi kewangan, barangan serta keperluan yang lain. Tahniah dan terima kasih Awekz ucapkan. Tidak lupa juga bantuan yang telah dihulurkan oleh kerajaan kepada waris mangsa yang telah meninggal dunia mahupun yang terselamat. 


Awekz mengharapkan agar bantuan akan terus dihulurkan kepada mereka dan semoga roh mereka yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 
Al-Fatihah

Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:14 PM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.