Tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak 2012 di atas KONVENSYEN UMNO PERAK 2012, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 19 Feb 2012 yang lalu. Awekz dengar-dengar sambutannya amat menggalakkan apatah lagi dengan ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang dilihat memberikan impak yang cukup besar kepada peserta-peserta.
Lebih terkesan apabila YAB MB Perak dilihat hampir menitiskan air mata ketika memberikan ucapan apatah lagi mengulangi serta mengingati cabaran - cabaran yang telah dilalui sepanjang bergelar MB Perak. Segala cacian dan makian yang dilemparkan kepada beliau jika difikirkan mampu meruntun naluri dan perasaan sesiapa sahaja. Puak - puak Perosak Rakyat begitu mudah berkata apa saja dan lebih menyatakan masih ada pengikut setia yang bodoh menerima apa sahaja yang diperkatakan. Fikir sejenak, andai kita diperlakukan sebegitu rupa. SAKIT dan MENYEDIHKAN bukan???
Kata YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ TIADA MAKNA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN AGAMA KITA, DAN TIADA MAKNANYA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN PERJUANGAN BANGSA KITA...
Awekz: Seharusnya semua ahli serta kepimpinan UMNO berfikir sejenak dan cuba selama intipati ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir tempohari, tiada guna berselisih faham, tiada guna berdendam, tiada guna pangkat dan darjat kerana semua itu hanya akan membunuh PERJUANGAN dalam menegakkan Agama, Bangsa dan tanahair. Fikir - fikirkan...
7 comments:
bukan aku benci umno cuma tindakan segelintir ahli umno menyebabkan nama umno tercemar...wahai pemimpin umno sedarlah perjuangan yang sudah lama ini akan musnah sekiranya pemimpin umno masih lagi terus mendabik dada dan hanya turun ke akar umbi apabila pilihanraya hampir tiba. ubahlah pendekatan dan janganlah sombong dengan rakyat..aku pun hadir di konvensyen itu. tahniah pada penganjur. moga pru13 menjadi milik kita.amin
Anon 12.15PM - Ameen. Terima Kasih
Semoga keputusan PRU 12 memberi banyak pegajaran kepada UMNO dan lebih mendewasakannya.Pemimpin UMNO tak boleh terlalu yakin yang mereka akan kekal di puncak kuasa selamanya.Rakyat pula perlu sedar bahawa jangan marahkan nyamok kelambu dibakar.Memilih pembangkang adalah harga yang sangat mahal yang perlu dibayar oleh rakyat.Adakah pemimpin macam Anwar yang hendak diangkat sebagai PM yang moralnya dipersoalkan atau Nik Aziz yang masaalah air pun tak dapat diselesaikan di Kelantan..
Anon 1.04PM - seharusnya, rakyat apatah lagi penyokong Perosak Rakyat sedar sehingga kini, perjuangan siapa yang benar-benar untuk rakyat. Kehilangan kepimpinan kepada Perosak Rakyat nanti, akibatnya amatlah menyakitkan.
Atok seorang ahli UMNO dalam satu bahagian di kinta.Atok sama2 berjuang semasa pru sejak atok umo 18 tahun.Tapi tahun lepas atok dapati nama atok telah digugurkan dari senarai nama ahli bahagian berkenaan semasa pemutihan yang lepas.
Ni adalah antara sebab ngapa ramai pengundi atas pagar dan ahli yang merasa diri mereka terbuang maka mereka beralih ke pembangkang. Tapi atok masih kekal dengan BN walaupun atok bukan ahli UMNO lagi dah. Perjuangan tetap diteruskan.Walau UMNO dah rejeck atok tapi hati atok tetap dengan UMNO.Dah nasib atok.
Atok Perak: Pohon namakan Bahagian yang terlibat. Mungkin selepas ini akan diambil tindakan, almaklumla takut tersalah di'putihkan'. Moga-moga ada orang UMNO yang dapat melihat permasalahan tersebut. Walaupun begitu, Awekz salute dgn Atok kerana ttp setia dan teruskan la setia...
Tahniah...artikel menarik untuk tatapan
Post a Comment