Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI kepada semua yang rakan-rakan yang membaca blog Awekz ini tidak kira pada yang suka dan juga yang tidak suka...Diakui, dah lama Awekz tak menulis dan Insyallah, Awekz akan kembali...
Nantikan kemunculan Awekz kembali...
Tuesday, September 14, 2010
Monday, July 19, 2010
'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!
'Klinik' yang diwujudkan ini, selain memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan YAB Menteri Besar, disamping akan bergerak setiap kali beliau turun padang bakal menyelesaikan banyak masalah berbangkit yang dihadapi rakyat. Lebih membanggakan, ia dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK!
YAB DS Dr Zambry berkata, rakyat termasuk pembangkang dialu-alukan untuk menyuarakan masalah mereka setiap kali beliau turun padang menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di daerah, kampung atau program Juara Rakyat.
"Pendekatan bertemu rakyat telah lama saya praktikkan, namun kaedah klinik ini diharap mampu merapatkan lagi hubungan saya dengan rakyat tanpa sebarang halangan.
Selain itu juga, "Klinik ini adalah lanjutan daripada pendekatan bertemu rakyat yang kita adakan. Sebelum ini kita juga ada dialog terbuka tetapi saya merasakan masih ada halangan antara saya dengan rakyat," katanya.
YAB DS Dr Zambry juga berusaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi dimana kerajaan negeri mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri di setiap daerah dan kampung-kampung.
Beliau berkata langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.
Beliau berkata langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.
Beliau turut melancarkan gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mySMS 15888.
Awekz: Sekali lagi tahniah diucapkan dan Awekz harap dengan adanya semua perkhidmatan yang baru ini, Kerajaan Negeri Perak akan lebih dekat di hati rakyat.
Friday, July 16, 2010
Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!
Cuba kita kaji fakta di bawah:
1. Penyelarasan subsidi gula, bahan bakar sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.
2. Penyelarasan semula harga barang ini membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
3. Walaupun begitu, setelah harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula.
4. Penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.
5. Hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar.
7. Proses mendapatkan maklum balas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memastikan langkah tersebut hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
8. Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara.Awekz: Sudah pasti apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Keburukannya adalah kenaikan itu sendiri tetapi pernahkah kita fikir, kenaikan ini sudah pasti ada kebaikannya. Mungkin bukan untuk kita generasi pada masa kini, tetapi sudah pasti untuk generasi masa akan datang. Fikir-fikirkan...
Thursday, July 15, 2010
Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!
“Apakah gila kalau kita mengajak perpaduan, apakah gila kalau kita minta bersatu. Kita fikir pihak yang menentang perkara itu lebih hebat penyakitnya daripada gila”, ujarnya kepada Umno Online
Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sedia menghantar pakar sakit jiwa kepada UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-UMNO meskipun parti secara jelas menolak pelawaan tersebut.
Sedih Awekz melihatkan perangai puak-puak PAS yang masih tak mahu sedar lagi. Gilakah kita untuk sesama orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu? Gilakah kita untuk memperjuangkan survival kuasa politik orang Melayu itu sendiri?
Seharusnya individu yang tidak bersedia untuk kerjasama UMNO dan PAS ini cuba muhasabah diri. Apakah tiada semangat 'perpaduan' di dalam hati anda. Siapa yang gila, PAS atau UMNO? Fikir-fikirkan...
Wednesday, July 14, 2010
Perak oh Perak!!!
~Terkini pada 11 Julai di laman blog Kickdefella, Syed Azidi mendakwa menerima SMS yang bertulis ‘ Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN ’ dari seorang ahli perniagaan rakan kepada Husam Musa.~
Perak pernah sudah tergadai ketika PRU-12 yang lalu dan ketika PRU-13 menghampiri adakah kita mahu Perak tergadai kembali? Sejarah PRU-12 mencatatkan BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN juga ketika itu boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada Pakatan Rakyat tidak ada di dalam kamus politik Malaysia dan Perak khususnya.
Keadaan itu juga menjadikan Pakatan Rakyat dibentuk setelah PAS menolak cadangan bersama BN dan bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Walaubagaimanapun, penyatuan itu dilihat sebagai satu matlamat jangka pendek serta berisiko tinggi kepada orang Melayu dan Islam khusunya.
Ironinya, Perak merupakan satu kes ‘istimewa’ kerana pembahagian politiknya menunjukkan kedudukan Melayu itu sebagai satu yang konkrit tetapi malangnya hancur musnah disebabkan oleh perpecahan di kalangan Melayu itu sendiri. Pada dasarnya, 38 DUN Perak dikuasai oleh Melayu dan jelas membuktikan kedudukan Melayu di Perak adalah stabil sehingga PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan negeri Perak kepada DAP. Siapa yang perlu dipersalahkan?
Tidak mustahil PRU-13 nanti menyaksikan Ahli DUN Perak yang majoritinya sudah pasti Melayu tetapi dikuasai oleh Bukan Melayu dan Bukan Islam. PAS juga dilihat tidak mustahil untuk merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO akibat dari perperangan sesama sendiri dan sudah tentu kemenangan itu bukan hadiah buat Melayu tetapi sebaliknya kepada Bukan Melayu.
Sedar atau tidak, PAS juga berkemungkinan akan kehilangan keistimewaan sebagai orang Melayu dan beragama Islam kerana sudah ada desas desus yang mengatakan DAP akan meletakkan calon Melayu dalam PRU akan datang. DAP juga sedang giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu sejajar dengan usaha mereka untuk menguasai Melayu.
Selepas ini kita mungkin akan ada Menteri Besar DAP berketurunan Melayu dan mungkin juga akhirnya nanti akan ada Perdana Menteri berketurunan Melayu dari DAP. Terang dan nyata bahawa DAP menguasai politik di Malaysia. Jika ia menjadi kenyataan, bagaimanakah keseluruhan Melayu itu nanti? Bukankah sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam menjamin survival Melayu di Malaysia itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu hati dalam menghadapi PRU-13 seterusnya membentuk kerajaan yang masih lagi diterajui oleh Melayu berlandaskan Islam.
Awekz: Sama-sama kita fikirkan sementara masih ada masa. Great job by Kickdefella atas pendedahan dan kupasan yang menarik ini.
Tuesday, July 13, 2010
UMNO dan PAS Bersatukah?
Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Bolehkah UMNO dan PAS bersatu? Jika benar-benar ia terjadi, Awekz pasti ramai yang tidak senang hati dengan penyatuan ini, lebih-lebih lagi puak DAP. Awekz juga berharap agar penyatuan ini dapat menjadi realiti kerana sudah tentu menjadi kemenangan paling besar bagi umat Islam di Malaysia.
Sehubungan dengan itu juga, golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan PAS demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama. Beliau juga turut mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Di atas sebab itu juga, dalam usia lebih 70 tahun beliau tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya.Awekz: Jika perpecahan ini menjadi lebih parah lagi, fikir-fikirkanlah...
Monday, July 12, 2010
MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...
Sedar atau tidak, nasib pemimpin ditentukan rakyat yang melihat siapa yang mampu memberi kepimpinan secara telus dan dapat mengubah nasib mereka.Tambahnya lagi, jangan membiarkan pembangkang menabur fitnah bagi mengotorkan pemikiran rakyat dan tiba masanya untuk menyerang mereka semula.
YAB DS Dr Zambry juga mengingatkan "Sebagai pemimpin UMNO kita mestilah bekerja keras dalam memastikan hak rakyat diberi keutamaan." Ahli-ahli UMNO juga diingatkan agar tidak berselisih sesama sendiri kerana ia mampu menghilangkan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong UMNO ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar ke-22 dan merasmikan Dewan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Taman Kerian Permai Parit Buntar, semalam.
UMNO Bahagian Parit Buntar juga dilihat masih kukuh dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang mencari peluang menjatuhkannya. Kekuatan yang masih ada perlu dikukuhkan dari semua sudut agar dapat menarik semula pengundi yang dianggarkan hampir 46, 000 pada PRU-13 nanti. Pembangkang ketika ini menggunakan perpecahan dikalangan ahli UMNO dan BN sebagai satu senjata dan kerana itu juga SEHARUSNYA kini masa yang sesuai untuk UMNO bersatu dan menyerang pembangkang. 'Counter attack' itu perlu bagi menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.
Awekz merasakan ini bukan masanya untuk kita hanya melihat dan berdiam diri terhadap segala yang dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya ini masanya untuk kita membalas dan terus menyerang di atas setiap pernyataan dan perbuatan yang puak Pakatan Rosak lakukan. Kita juga perlu bekerja keras dan bersatu padu dalam mempertahankan hak orang Melayu dulu, kini dan selamanya.
ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!
YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir "PRESTASI ADUN PERAK SENTIASA DIPANTAU". Merujuk kepada pernyataan tersebut, tahniah Awekz ucapkan kerana MB sentiasa berpegang kepada apa yang dikatakan. Semua ADUN BN Perak diingatkan supaya memastikan prestasi mereka mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Isu perpaduan juga terus diberi keutamaan oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir kerana ia merupakan pra-syarat bagi memastikan UMNO dan BN terus mencapai kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Disamping itu, proses TRANSFORMASI turut diberi perhatian dengan memperkenalkan muka baru dan lama YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT sebagai calon pilihanraya. Kerjasama dan perpaduan yang wujud di antara peringkat parti komponen di Perak ditahap yang memuaskan. Namun, adalah diingakan bahawa UMNO dan BN harus memperkukuhkan perpaduan termasuk bergerak bersama-sama supaya akan terus menjadi parti pilihan rakyat. Selain itu juga, YAB DS Dr Zambry Abd Kadir turut mengingatkan bahawa sekarang adalah masa terbaik bagi BN untuk melakukan serangan balas terhadap parti pembangkang yang selama ini menabur fitnah dan mengamalkan politik putar-belit. Sekali lagi Awekz ucapkan tahniah diatas pencapaian serta inisiatif baru yang ditunjukkan oleh kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir dalam memastikan UMNO dan BN sentiasa menjadi JUARA di hati rakyat. Fikir-Fikirkan... | |||||||||||||||
| | |||||||||||||||
Friday, July 9, 2010
Jahat Sungguh PAS Ni!!!
Lebih ekslusif, kini Nik Aziz akan terus-terusan menanam sikap KEBENCIAN terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan beliau ke semua tempat di Kelantan. Awekz rasa, tidak mustahil Nik Aziz akan MENYEBARKAN KEBENCIAN bukan hanya di Kelantan sebaliknya kepada seluruh Malaysia sejajar dengan impian sekutunya dalam menghancurkan orang Melayu.
Barulah Awekz tahu, begini rupanya perangai Nik Aziz, insan yang dipandang tinggi oleh pengikutnya, sama ada yang biasa atau yang FANATIK. Hairan Awekz, bukankah di dalam ajaran Islam itu sendiri kita tidak digalakkan membalas dendam. Apa saja yang BN dan UMNO lakukan dilihat salah jika dibandingkan dengan PAS walaupun apa yang dilakukan sememangnya SALAH.
Walaubagaimanapun, ada perkembangan positif kepada pemikiran Nik Aziz apabila beliau sudah mula merasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
Katanya,“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,”
Awekz: Adalah lebih baik Nik Aziz memikirkan agenda 'Perpaduan Melayu' itu sendiri dari membantu agenda 'Memusnahkan Melayu" bak kata pepatah Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tidak Berguna. Sebelum bangsa sendiri tergadai, fikirlah sebaik-baiknya...
Thursday, July 8, 2010
Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk Menilaikannya!!!
Terkini, DS Zahid Hamidi turut mengulas kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang telah mengingatkan agar Melayu tidak berpecah belah sesama sendiri yang menyebabkan kemungkinan orang Melayu kehilangan kuasa politik. Keadaan ini dilihat bukan sebagai satu ugutan sebaliknya suatu realiti.
Jelasnya perkara itu boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pembentukan kedua-dua negeri itu tidak memihak kepada orang Melayu walaupun Menteri Besarnya adalah orang Melayu.
“Walaupun DAP tidak menjadi Menteri Besar tapi bila jumlah kerusi DAP melebihi jumlah lain-lain kerusi parti orang Melayu maka suara mereka melebihi orang lain.
“Malah dalam kerajaan negeri , keputusan exco yang diumumkan Menteri Besar adalah ditentukan oleh DAP….agenda DAP ini memang mengenepikan orang Melayu. Ini dibuktikan apa yang berlaku di Perak dan Selangor”, katanya kepada UMNO Online
Jelas apa yang terjadi kini perlu diambil iktibar agar orang Melayu akan terus memegang kuasa politik. Lebih mengejutkan Awekz apabila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM didakwa sebagai ugutan kepada orang Melayu sedangkan hakikat yang sebenar adalah Pakatan Rosak GENTAR jika semua orang Melayu bersatu. Sedarkah mereka bahawa jelas AGENDA UMNO itu untuk orang Melayu TANPA menafikan hak-hak orang bukan Melayu.
Jelas, bagi Awekz kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM sebagai satu ingatan agar Melayu tidak mudah lupa, tidak mudah leka dan tidak dengan mudah mempertaruhkan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini kerana hilangnya kuasa politik dari Melayu memungkinkan segalanya. Siapa tahu, berkemungkinan menghilangkan juga Melayu dari Malaysia...Fikir-fikirkan...
Wednesday, July 7, 2010
Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!
| |
Tuesday, July 6, 2010
JIKA HILANG KUASA POLITIK...MELAYU DIMANA AKHIRNYA!!!
Dari sehari ke sehari, Melayu sering diingatkan. Apa yang menjadi persoalan kepada Awekz, sampai bilakah Melayu akan terus tidak sedar. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.
Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!
Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.
Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...
Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!
Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.
Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...
Monday, July 5, 2010
Lagi-Lagi Melayu Yang Tak Sedar!!!
Lebih menyedihkan, dari jumlah yang dikatakan seramai 1.9 juta atau 43% adalah orang MELAYU!!! Dimana kesedaran kita masyarakat Melayu...
Isu ini juga dilihat khusus kepada SPR kerana turut dikatakan TIDAK AGRESIF dalam memainkan peranan bagi menarik minat orang ramai untuk mendaftar. Pendapat peribadi Awekz, SPR tidak seharusnya dipersalahkan kerana kesedaran individu itu sendiri amatlah menyedihkan. Kaunter-kaunter pendaftaran bagi memudahkan masyarakat awam, Awekz lihat dibuka di tempat awam, pejabat pos serta oleh parti-parti politik itu sendiri.
Suka diingatkan. janganlah kita menunggu saat-saat akhir untuk mendaftar, janganlah kita leka. Sementara ada masa, luangkan masa sebentar cuma agar tanggungjawab dapat dilaksana apabila tiba masa. Fikir-fikirkan...
Thursday, July 1, 2010
PAS dan DAP bukan satu kepala...
Sana-sini PAS berceramah dengan bangga menyatakan bahawa DAP SUDAH MENERIMA PERJUANGAN NEGARA ISLAM PAS, tapi sayang seribu kali sayang SEMALAM, KARPAL SINGH sekali lagi membuktikan bahawa apa yang diperkatakan PAS hanyalah PEMBOHONGAN semata-mata.
Tak cukup dengan itu, DAP pula berkata PAS bersedia mewujudkan NEGARA SEKULAR demi pembentukan kerajaan Pakatan Rosak di peringkat persekutuan. Walaubagaimanapun, PAS masih lagi meneruskan lakonan dengan mangatakan bahawa apa yang diutarakan oleh DAP sebagai SATU PANDANGAN PERIBADI SERTA HAK UNTUK BERSUARA! Cerekarama sungguh la Pakatan Rosak ni...
Pelik Awekz memikirkan gandingan Pakatan Rosak ni. Lebih menghairankan, sandiwara mereka yang berterusan ini masih mendapat sokongan. Lihat saja PKR kini, terutama di Selangor apa lagi yang harus dibuktikan. Jelas perjuangan mereka adalah suatu yang kabur dan sia-sia.
Terngiang-ngiang di telinga, OVER MY DEAD BODY!!! Fikir-fikirkan...
Tuesday, June 29, 2010
Melayu 1:Bukan Melayu 40
Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Daftar Pemilih Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 bulan ini pada kadar nisbah 1: 40.
Persoalannya, dimana keberkesanan Penolong Pegawai Pendaftar Pemilih yang telah dilantik khususnya di kalangan UMNO sendiri. Apakah amanah yang diberikan dijalankan dengan sebaik-baiknya atau sekadar lantikan cuma tanpa mampu berfungsi dengan EFEKTIF!
Berbalik kepada persoalan mengapa pengundi muda Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih. Adakah mereka sudah tidak kisah dengan politik itu sendiri? Atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya membuat kerja ini setakat melepaskan batuk ditangga sahaja.
Begitu juga dengan kepimpinan UMNO Bahagian sendiri yang lebih memokuskan kepada pilihanraya parti. UMNO sendiri begitu banyak program-program yang dijalankan, mengapa tidak ambil kesempatan untuk mendaftarkan pemilih baru? Adakah program tersebut hanya menumpukan kepada soal nak populariti Ketua Bahagian sahaja?
Sebelum ini ada saranan agar pendaftaran pemilih diwajibkan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Cadangan ini telah ditentang oleh pelbagai pihak atas alasan demokrasi dan kebebasan.
Apakah masalah Anak Melayu kita, adakah ini disebabkan mereka telah muak, bosan, jemu dengan pilihanraya atau pun politiking yang berlebihan sehingga mereka rasa tidak ada keperluan untuk mendaftar sebagai pemilih? Rasanya telah banyak kajian dijalankan oleh badan bebas dan juga universiti tentang fenomena ini. Ini belum lagi dibuat kajian keatas penjawat awam yang masih belum mendaftar.
Tindakan dan penyelesaian yang drastik perlu untuk mengatasi masalah ini. Semua pihak perlu bertindak dan bukan hanya melihat tanpa sebarang tindakan susulan.Masalah perlu diatasi, bertindak sebelum terlambat. Fikir-fikirkan...
Monday, June 21, 2010
DR ASRI AKAN MENJADI AHLI UMNO?
Apa yang Awekz difahamkan mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat bulanan pada hari sama.
Dr. Asri juga disebut-sebut akan bersama 100 ulama bakal menganggotai UMNO Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Persoalannya, Dr. Asri dan ulama lain tidak menyertai PAS, PKR atau DAP? Itu satu persoalan walaupun sudah beberapa kali Dr. Asri telah dipelawa dan dijemput oleh pemimpin PAS. Awekz berpendapat, Dr. Asri pasti dapat menilai yang mana baik untuknya.
Awekz: Semoga dengan penyertaan Dr. Asri ini dapat membuka mata ramai pihak tentang perjuangan yang dibuat oleh UMNO...DULU, KINI dan SELAMANYA!!!
Tuesday, June 15, 2010
SAH!!!
Pakatan Rosak di Perak kini kehilangan 1 lagi kerusi dan ini sememangnya membuktikan bahawa mereka berdepan dengan masalah yang besar...
YB KESHVINDER SINGH KELUAR DAP?
YB KESHVINDER SINGH KELUAR DARI PARTI DAP HARI INI!!! Berita yang mengejutkan ini membuktikan bahawa Pakatan Rosak bukanlah seperti yang digambarkan. Sifat tamak haloba mereka akhirnya memakan diri sendiri. Seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!!!
Sunday, June 13, 2010
PKR kata: 3 ADUN BN NAK LOMPAT PARTI...
Pakatan Rosak ni semakin hari Awekz lihat lari dari objektif mereka. Bukan lagi memperjuangkan rakyat, malahan perjuangan mereka tika ini adalah menjurus kepada kepentingan peribadi. Jika benar ADUN BN ini akan melompat parti, adakah Pakatan Rosak akan menerima mereka dengan hati yang terbuka atau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ADUN-ADUN lompat parti ini, seperti yang telah dilakukan kepada 3 ADUN BEBAS yang menyatakan sokongan mereka kepada BN!
Walau apa pun yang akan berlaku, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat, jam 1 petang ini satu sidang pengumuman LOMPAT PARTI yang telah disusun indah oleh PKR akan berlangsung. Buat Pakatan Rosak, hentikanlah CEREKARAMA anda kerana rakyat sudah MUAK!!!
Tuesday, June 1, 2010
ISRAEL YANG ZIONIS!!!
Ahli Parlimen Parit juga mengikuti konvoi tersebut, ikuti rentetan perjalanan beliau di sini, Konvoi Bantuan Kemanusiaan
Ekoran kekejaman zionis Israel ini, banyak blog telah mengutuk, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, Minda Intelek Melayu
Marilah kita sama-sama mendoakan agar sukarelawan-sukarelawan yang terlibat selamat...Insyallah...AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)

















