Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Daftar Pemilih Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 bulan ini pada kadar nisbah 1: 40.
Persoalannya, dimana keberkesanan Penolong Pegawai Pendaftar Pemilih yang telah dilantik khususnya di kalangan UMNO sendiri. Apakah amanah yang diberikan dijalankan dengan sebaik-baiknya atau sekadar lantikan cuma tanpa mampu berfungsi dengan EFEKTIF!
Berbalik kepada persoalan mengapa pengundi muda Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih. Adakah mereka sudah tidak kisah dengan politik itu sendiri? Atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya membuat kerja ini setakat melepaskan batuk ditangga sahaja.
Begitu juga dengan kepimpinan UMNO Bahagian sendiri yang lebih memokuskan kepada pilihanraya parti. UMNO sendiri begitu banyak program-program yang dijalankan, mengapa tidak ambil kesempatan untuk mendaftarkan pemilih baru? Adakah program tersebut hanya menumpukan kepada soal nak populariti Ketua Bahagian sahaja?
Sebelum ini ada saranan agar pendaftaran pemilih diwajibkan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Cadangan ini telah ditentang oleh pelbagai pihak atas alasan demokrasi dan kebebasan.
Apakah masalah Anak Melayu kita, adakah ini disebabkan mereka telah muak, bosan, jemu dengan pilihanraya atau pun politiking yang berlebihan sehingga mereka rasa tidak ada keperluan untuk mendaftar sebagai pemilih? Rasanya telah banyak kajian dijalankan oleh badan bebas dan juga universiti tentang fenomena ini. Ini belum lagi dibuat kajian keatas penjawat awam yang masih belum mendaftar.
Tindakan dan penyelesaian yang drastik perlu untuk mengatasi masalah ini. Semua pihak perlu bertindak dan bukan hanya melihat tanpa sebarang tindakan susulan.Masalah perlu diatasi, bertindak sebelum terlambat. Fikir-fikirkan...
0 comments:
Post a Comment