skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, February 16, 2011

Nizar patah hati di Bukit Gantang?


Betul ker apa yang Awekz dengar ni...Nizar nak tinggalkan Bukit Gantang? Dari kawan-kawan blogger, itu yang Awekz dapat tahu. Mesti Nizar ni rasa dia cukup berpengaruh sehingga nak mencabar DS Zahid Hamidi di Bagan Datoh.

Dari sumber yang boleh dipercayai juga, Awekz dapat tahu si Nizar ni nak bertanding di Bagan Datoh hasil daripada UNDANGAN pengundi-pengundi bukan Melayu di sana. Jangan jadi bodohla Nizar oi...dah sah-sah jadi BONEKA, tetap tak sedar diri! Manakala, di Bukit Gantang pula, sudah heboh mengatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan si Nizar.

Lebih sensasi, jika Perosak Rakyat ditakdirkan merampas Parlimen Malaysia dari BN, Nizar dijanjikan akan memegang satu portfolio menteri penuh yang juga Awekz jangka hanya akan bertindak sebagai DUMMY kepada DAP dan PKR.

Tidak cukup dengan itu, DAP sudah pasti akan meletakkan seorang calon Melayu di mana-mana kawasan KUBU KUAT mereka dalam memastikan DAP memerintah Perak seterusnya menjadi MB Perak agar pisang tidak berbuah 2 kali...

Awekz: Persoalannya, mahukah kita sebagai rakyat Perak membenarkan ini terjadi? Adakah kita ingin melihat Perak tergadai lagi? Tepuk dada, tanya diri...Jangan akhirnya menyesal nanti...FIKIR-FIKIRKAN!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:01 PM 0 comments

SHUTTLE Service PERCUMA...


Untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat, Kerajaan Negeri Perak sekali lagi melangkah setapak ke hadapan. Agensi kerajaan dan swasta sentiasa digalakkan dalam mempelbagaikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat sejajar dengan slogan "Perak Aman Jaya".

Terkini, Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan perkhidmatan bas percuma atau 'shuttle' kepada orang ramai sebagai usaha mengatasi kesesakan tempat letak kereta di hospital berkenaan. Perkhidmatan ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan hospital, sekaligus memberi kemudahan inisiatif kepada pengunjung.

Ia disediakan di 5 perhentian iaitu di, asrama jururawat, kompleks rawatan harian, dewan bersalin, kawasan letak kereta wad bersalin dan wad kecemasan. Jelas ia dapat membantu dalam mengatasi aduan berhubung kekurangan tempat letak kereta serta memudahkan pelawat dan pesakit datang untuk mendapatkan rawatan.

Shuttle beroperasi seawal jam jam 7 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum disamping kekerapan perkhidmatan di antara 15 - 20 minit bagi ia mengelilingi 5 perhentian yang disediakan.

Awekz: TAHNIAH Kerajaan Negeri Perak!!! Diharapkan agar perkhidmatan yang disediakan berkesan dalam menangani masalah yang dinyatakan. Satu usaha yang baik dalam memberikan keselesaan kepada rakyat...TERIMA KASIH!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:44 AM 0 comments

Monday, February 14, 2011

TERSURAT dan TERSIRAT???


Terpanggil untuk menyatakan pendapat di atas artikel ini yang Awekz dapat dari BN Perak 

Artikelnya seperti di bawah:

Formula pengagihan kerusi pilihan raya yang diamalkan BN perlu dikaji semula bagi memastikan ia relevan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, formula yang memperuntukkan sesebuah kawasan untuk satu parti komponen tertentu sudah tidak sesuai berikutan persekitaran politik yang semakin berubah. 

"Matlamat utama sekarang adalah memastikan BN menang. Sekiranya calon tertentu diletakkan berdasarkan alasan kerusi kawasan itu sudah dipegang oleh parti calon berkenaan, ia tidak berguna jika tidak menjamin kemenangan BN. 

"Oleh itu tidak guna kita menuntut sebuah kerusi pilihan raya tetapi dalam pertandingan sebenar kita BN kalah," katanya. 

Beliau berkata, MCA pada dasarnya tidak akan membincangkan secara terbuka soal pengagihan kerusi sebaliknya, parti berkenaan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Awekz: Jika difikirkan, apa yang cuba diterangkan? Adakah beliau menyatakan dalam keadaan tersirat bahawa MCA mahu lebih kerusi untuk pilihanraya akan datang? Atau Adakah MCA sudah yakin bahawa sokongan rakyat Cina telah kembali kepada mereka? Atau MCA boleh berikan kerusi yang mereka tewas kepada UMNO demi kemenangan BN dan kebaikan bersama. Fikir-fikirkanlah!!!
 
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:20 PM 10 comments

No to Valentines Day but YES for Maulidur Rasul...

Satu usaha yang baik dari kawan Awekz, kudos to Kodomo Lion dalam menyahut kempen say NO to Valentines Day and YES to Maulidur Rasul...


Awekz: Tak perlu nak dijelaskan, tidak perlu ditunjuk ajar. Apa yang penting, Awekz rasa anda-anda di luar lebih arif dalam memilih apa yang baik untuk anda dan sudah pasti sejajar dengan ajaran agama Islam itu sendiri...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:38 PM 0 comments

Takziah...

 

Better late than never...Biarpun agak lewat, namun tidak salah rasanya untuk Awekz mengucapkan takziah di atas pemergian ADUN BN Kerdau Bahagian Kuala Krau Pahang. Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.Insyallah...

Awekz: Al-Fatihah
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:26 AM 0 comments

Friday, February 11, 2011

Ketua Pemuda DAP dan PAS BERLAGA PIPI?

Apa cerita dengan Ketua Pemuda DAP si Anthony Loke dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan at-Tantawi ni...Bukan ke sebelum ni berlaga pipi, bercium mulut? Setidak-tidaknya itu yang korang war-warkan pada penyokong tegar korang. Kata berpakat, kenapa pula bercanggah kini.



Dengar cerita, si Nasrudin Hasan at-Tantawi nak melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan "Valentines Day" nanti. Awekz lihat, ia sebagai satu yang boleh dilakukan dalam membendung masalah remaja yang melampau tika ini. Namun, sayang seribu kali sayang, apabila cadangan ini ditentang si Anthony Loke.




Ikuti ulasannya di bawah ini, terima kasih Kamunting Central


Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih Isnin ini.


Ketuanya Anthony Loke menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan "pemeriksaan tidak bermoral" terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih. 


Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan AMK dan Pemuda DAP.


"Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat" katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Loke, tindakan Pemuda PAS mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan jabatan agama di empat negeri Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak menghormati kerajaan negeri.


"Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk memberikan sebarang arahan kepada kerajaan negeri, Pemuda PAS kena sedar Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti politik yang mana sebarang keputusan harus dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri" katanya.


Ahli Parlimen Rasah itu berkata tindakan Nasrudin berbuat demikian akan membahayakan Pakatan Rakyat.


Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.


Katanya Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih.


Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.


Bagaimanapun cadangan Nasrudin itu ditolak pemimpin PAS Selangor dengan menyifatkan ia hanya pandangan peribadi beliau sahaja.



Awekz: Buat penyokong tegar PAS, perhatikan betul-betul apa yang terjadi. PAS tak mampu bersuara menentang DAP dan andai kata Pakatan Rakyat menguasai Malaysia, masih dan tetap bukan PAS yang berkuasa!!! Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:04 PM 2 comments

Thursday, February 10, 2011

PAS dan HUDUD...Benarkah???

Baik untuk dikongsi dan yang lebih penting HARUS DISEBARKAN...Diambil dari Pejuang Maya...
Thanks Bro Pejuang Maya...Bukti yang menunjukkan PAS menolak hudud yang diperjuangkan...


Kronologi Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

Kronologi:

Selesai tiga tahun mengambil alih pemerentahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah ll Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.

Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan

Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datu Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.

Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah olih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

Dia nak buat hudud, buatlah di Kelatan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol ? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.

Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

Dr Mahathir kata okey.. Teruskan kita nak tengok..

Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga seorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.

Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu bolih disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.

Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)

Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat

Awekz: Buat penyokong setia Pas dan juga Perosak Rakyat...Adakah ini yang terbaik untuk anda sokong? Perjuangan membela nasib Melayu dan agama kah? Tepuk dada sudah pasti anda tahu jawapannya...
FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:47 PM 2 comments

Tahniah di atas keprihatinan!!!




YAB DS Dr Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri Perak sekali lagi membuktikan bahawa aspirasi 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan masih lagi menjadi tunjang kepimpinan dalam memastikan kesejahteraan rakyat berada di dalam keadaan yang baik.
Terkini, keprihatinan kerajaan negeri diberikan pula kepada masalah setinggan demi untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Ia dibuktikan apabila masalah yang membebankan penduduk sejak 34 tahun lalu di Kg. Batu 4 dan Aulong di dalam DUN Kamunting kini diberi perhatian.

Di Kg. Batu 4, kebanyakan penduduk menghadapi masalah dalam mendapatkan geran tanah manakala di Aulong, kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menggantikan tanah yang didiami sembilan keluarga termasuk satu tanah tokong kepada pihak pemaju disebabkan tanah berkenaan adalah milik pemaju. 

Tanah yang didiami akan diberi hak milik kepada penduduk sedia ada agar mereka tidak perlu bersusah payah untuk pindah ke tempat lain. Kedua-dua masalah dapat diatasi hasil daripada beberapa perbincangan dan pertemuan bersama pihak pemaju. 

Awekz: Sekalung tahniah Awekz ucapkan di atas keperihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam menyelesaikan masalah rakyat...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 0 comments

Wednesday, February 9, 2011

CD dan DAKYAH PEMBANGKANG...

Tahniah Awekz ucapkan kepada kepimpinan PPUNPk kini yang telah mengambil inisiatif dalam mematahkan serangan pembangkang. Dikhabarkan, sejuta cakera padat akan diedarkan di seluruh Perak bagi menangani fitnah PAS terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terutama dalam isu ancak.


CD berkenaan akan diedarkan melalui program turun padang untuk menjawab fitnah yang dikeluarkan oleh Perosak Rakyat melalui melalui Nizar Jamaluddin yang sehingga kini masih tidak dapat menerima kenyataan. KP PPUNPk, Saudara Khairul Azwan Harun juga menyatakan kekesalan apabila mendapati fitnah itu telah berjaya disebarkan hampir di semua daerah walaupun telah dijelaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Nizar turut disifatkan sebagai 'badut politik' yang sanggup memperbodohkan diri sendiri untuk kepentingan politik yang bersifat peribadi. Walaupun ia hanya isu yang remeh temeh dan tiada kaitan dengan politik, namun Nizar akan tetap mempolitikkannya! Terlalu merugikan apabila wakil rakyat seperti Nizar yang dipilih hanya tahu mengambil kesempatan untuk survival politik peribadi dan bukan berusaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat setempat.


Awekz: Apa yang Awekz lihat, isu ini sengaja dimainkan agar isu "VIGIL" si Nizar akan dilupakan di mana ia jelas bertentangan dengan tuntutan syarak! Cakap banyak pun tak guna...Fikir-fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:08 AM 0 comments

Tuesday, February 8, 2011

Perosak Rakyat dan Risalah umpama KEMBAR SIAM?


 
 
Kalau semalam Awekz berbicara tentang risalah-riasalah yang diedarkan puak Perosak Rakyat ni di pasar-pasar, kini ada satu lagi cerita... Risalah-risalah juga telah kembali diedarkan di masjid-masjid. Dikhabarkan, sewaktu solat Jumaat risalah-risalah ini diedarkan. Diletakkan dihadapan  pintu masjid. 
 

 
 
Lebih gempak apabila, risalah-risalah sebanyak 5 helai diikat sekali dan sebanyak 2 kotak telah diedarkan!!! Risalaah - risalah ini telah diedarkan di sebuah masjid di Kg. Kuala Pari, Ipoh, Perak. Persoalannya, apa yang kita sudah lakukan dalam menangani masalah ini. Perlukah dibiarkan sehingga akhirnya memakan diri sendiri? 
Mahukah Perak tergadai lagi hanya kerana faktor-faktor yang kita lihat kecil namun besar IMPAKNYA!!!




Awekz: Langkah drastik perlu diambil bagi menghentikan aktiviti-aktiviti yang semakin berleluasa ini. Pihak berkuasa, kerajaan negeri perlu bertindak agar penyebaran risalah yang bersifat fitnah ini dapat dihentikan serta-merta. Persoalannya, apakah tindakan kita? Fikir-fikirkan!!!




Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:33 AM 6 comments

Monday, February 7, 2011

Benarkah?

Perak akhirnya sudah sunyi dari sebarang kontroversi dari pihak pembangkang. Adakah mereka telah mengaku kalah? Sudah tentu tidak...Awekz merasakan mereka sudah mengatur langkah serta merancang dengan lebih mendalam dalam usaha untuk merampas Perak kembali.

Buktinya, Awekz dapat dari blog Gelombang Wangsa Maju di mana mereka masih meneruskan usaha sehingga ke hari ini. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri Perak sudah selesa dengan ketenangan yang ada tanpa mahu mengekalkan penguasaan yang telah kembali diperolehi.

Kisahnya seperti di bawah:

Propaganda Pakatan Haram Perak Berleluasa.



Gambar yang ada ini merupakan gambar yang di ambil bertempat di sekitar Tanjong Rambutan Perak.

Pakatan Pembangkang menjalankan modus Propaganda mereka dalam menghasut rakyat Perak dengan mengedarkan risalah risalah ini di sekitar penempatan terutama di lokasi pasar pasar pagi,malam.

Di mana kerajaan BN dalam menjelaskan semula akan dakyah fitnah pakatan pembangkang ini? Apakah hanya sekadar berpeluk tubuh semata mata?

Jangan di biarkan propaganda Pakatan Haram ini terus berleluasa dan menjadi kewajipan kita dalam menghalang dakyah songsang mereka ini dari sampai kepada rakyat.


Kerajaan BN Perak mesti bertindak Pantas.

Awekz: Fikir-fikirkan...Beringat sebelum terkena lagi...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:22 AM 3 comments

Sunday, February 6, 2011

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...


Tahniah Awekz ucapkan kepada Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abd Kadir serta kerajaan negeri yang telah membantu seorang bekas pemandu teksi untuk mendapatkan rawatan mata. Ia lebih berberbaloi apabila pesakit itu sembuh sepenuhnya selepas menerima bantuan daripada kerajaan negeri.

Lebih menggembirakan, apabila usaha beliau turut mendapat penghargaan daripada pesakit berkenaan, K. Kanayesan, 53, yang sanggup datang dari Manjung, iaitu kira-kira 80 kilometer dari Ipoh, semata-mata untuk mengalungkan bunga kepada Zambry sebagai tanda terima kasih kerana membantunya. DS Dr Zambry kelihatan sebak dan terharu ketika dipeluk erat oleh Kanayesan yang ditemui di pejabat Menteri Besar.

Awekz: Terharu dengan kesungguhan YAB DS Dr Zambry dalam merealisasikan aspirasi 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Semoga usaha murni seperti ini diteruskan dan tidak disalah tafsirkan oleh pihak pembangkang sepertimana usaha kerajaan dalam membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran dari krisis politik mereka yang semakin hari semakin meruncing...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:41 AM 0 comments

Wednesday, February 2, 2011

Krisis Politik Mesir ~ PPUNPk Adakan Bilik Gerakan...


Ekoran krisis politik meruncing yang sedang melanda Mesir, KPPUNP, Sdr Khairul Azwan Harun mencadangkan sebuah bilik gerakan dibuka untuk Pelajar Perak yang berada di Mesir. Bilik gerakan yang diwujudkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mereka yang terperangkap di sana.

Menurut rekod di Yayasan Perak dan Baitul Mal seramai 398 pelajar Perak sedang menuntuk di beberapa universiti di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar Perak yang menuntut di sana dengan pembiayaan peribadi. Bilik gerakan itu juga akan beroperasi selama 12 jam dan akan menjadi pengantara untuk menyalurkan maklumat serta keadaaan semasa di sana. 

Selain itu juga, berkemungkinan terdapat lebih rakyat Malaysia dari jumlah yang dinyatakan kerana sudah pasti ada anak Perak yang bekerja di sana yang mungkin juga memerlukan bantuan. Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan tersebut di talian 05-2411673 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.


Sdr Khairul Azwan Harun juga menyatakan Pemuda UMNO Perak bersedia untuk menyertai anggota sukarelawan jika Wisma Putra memerlukan tenaga tambahan dalam menguruskan hal ehwal pelajar atau rakyat Malaysia di Mesir.

Awekz: Tahniah diucapkan di atas inisiatif yang telah dibuat dan semoga keadaan di Mesir akan kembali seperti biasa dan didoakan agar semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada di dalam keadaan yang selamat hendaknya...Amin

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:01 AM 1 comments

Tuesday, February 1, 2011

Bagaimana DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia?

Satu artikel yang Awekz rasa baik untuk dikongsi bersama...Untuk pengetahuan semua dan pastinya tidak salah untuk kita berkongsi malumat, apatah lagi yang baik...Terima kasih kepada bro parang pedang

Kenali DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia

DAP atau nama panjangnya Democratic Action Party merupakan sebuah parti politik yang telah bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Dasarnya ialah memperjuangkan sistem demokrasi secara total serta mengimpikan sebuah kerajaan republikan sesuai dengan ideologi demokrasi sebenar. Antara negara demokrasi yang mengamalkan dasar republikan ialah Indonesia serta Singapura. Matlamat DAP adalah untuk membentuk negara republik seperti mana yang berlaku di Singapura. Namun begitu sistem republik tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu demi menjaga kedaulatan Islam serta institusi raja-raja.

DAP telah menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh Pembangkang. Antaranya ialah menghapuskan beberapa perkara yang berkenaan dengan amalan agama islam seperti Azan serta apa jua yang dibaca menggunakan pembesar suara dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan sebarang tulisan Jawi ditempat awam dengan alasan tiada sesiapa yang ingin membacanya. Dari segi adat istiadat raja-raja, DAP beranggapan bahawa dasar republik adalah milik rakyat sertus peratus dan raja-raja tidak terlibat dalam urusan rakyat. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.

Telah banyak contoh sistem republikan yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja dinegara lain. Ini membuatkan ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.

Jika kita membaca akhbar baru-baru ini, kita lihat mantan perdana menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew telah menyeru kepada umat Islam supaya melonggarkan pegangan agama Islam oleh masyarakat disana kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura. Apakah kita juga ingin perkara yang sama berlaku apabila DAP menguasai kita nanti?

Awekz: Fikir-fikirkan, masa depan generasi Melayu Islam itu sendiri...Masa depan mereka terletak di tangan kita pada masa ini...Corakkan yang terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:20 AM 0 comments

Sunday, January 30, 2011

Tahniah BN!!!

Akhirnya keputusan rasmi N05 Tenang telah dikeluarkan:

BN: 6699 undi

PAS: 2292 undi

Undi Rosak: 142 undi

MAJORITI: 3707 undi

Awekz: Walaupun agak lewat dalam mengeluarkan keputusan ini, namun, kesempatan ini diambil untuk mengucapkan sekalung TAHNIAH ke atas semua jentera PRK N05 yang telah bertungkus lumus, berusaha keras, bermandi keringat dalam memastikan kemenangan tetap menjadi milik Barisan Nasional dan semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu semangat untuk semua jentera berusaha dengan lebih baik untuk menghadapi PRK MERLIMAU...

Tahniah, Tahniah dan Tahniah!!!




Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:05 PM 5 comments

N05: SELAMAT MENGUNDI...

30 Januari 2011, tiba jua saat yang ditunggu-tunggu setelah berkempen selama lebih kurang 8 hari di TENANG...apa lagi kalau bukan hari membuang undi...Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua pemilih yang akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

Semoga tidak ada insiden-insiden perbalahan, pergaduhan dan sebagainya kerana kita sebagai rakyat MALAYSIA seharusnya tahu yang mana baik dan tidak baik untuk kita...dan semoga, setelah berakhirnya PRK Tenang ini tidak akan ada sesiapa yang mengalami KEMURUNGAN sehingga menyebabkan MC 21 hari perlu dikeluarkan...

Renung-renungkan dan sekali lagi SELAMAT MENGUNDI!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:21 AM 0 comments

Saturday, January 29, 2011

Januari di Tenang, Februari di Merlimau Pula...



SPR telah mengumumkan PRK di MERLIMAU akan diadakan seperti di bawah:

Penamaan calon: 26 Februari 2011
Hari mengundi:    6 Mac 2011

Buat semua jentera yang sedang bekerja untuk N.05 TENANG, tingkatkan dan gandakan usaha, pastikan kemenangan menjadi milik kita...dan buat kawan-kawan yang akan bertugas di MERLIMAU...SELAMAT BERTUGAS!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:55 AM 2 comments

Thursday, January 27, 2011

"Halal Syarie Mengundi Pas, Haram Syarie Mengundi UMNO"

Tak habis-habis si Nizar ni meroyan rupanya...Berusaha kuat dalam memastikan kedudukannya dalam pakatan akan terus kukuh dan kuat...Ala-ala, tidak mampu diganggu gugat...Di Perak, Awekz dapat lihat pengaruhnya makin lama makin berkurangan dan rasa-rasanya dah tak mampu nak bertapak di Perak lagi...

Terbaru, bersempena dengan kempen di N.05 Tenang ni, Nizar terus mencuba dan mencuba dalam merosakkan minda masyarakat Melayu dengan pemikiran buruknya!

Saksikan rakaman di bawah dan cuba kita FIKIRKAN dan ambil tindakan!!! Tindakan apa yang perlu diambil, TOLAK PAS dan teruskan MENYOKONG UMNO!!!



Awekz: Cukup-cukuplah Nizar, sementara ada lagi penyokong anda. Bayangkan jika sudah hilang rasa penyokong anda...Siapa yang malu, anda dan keluarga anda semestinya...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:06 AM 3 comments

Tuesday, January 25, 2011

1 Malaysia Untuk Semua...

Terpanggil untuk menyiarkan email dari seorang pembaca ini...Awekz dapat dari ruangan UMNO Online dan tidak salah rasanya untuk dikongsi...Cuba kita fikir-fikirkan dan renungkan...


Saudara Pengarang,
Assalamualaikkum,
Sungguh kecewa rasanya apabila terbaca ruangan pendapat yang ditulis oleh seorang penulis akhbar Oriental Daily bernama Hong Wei Jun minggu lalu. Pendapat yang disiar di halaman 34 berkisar tentang Kuota Melayu yang semakin mengecil.
Menurut penulis, beliau merasakan kedudukan orang Melayu semakin terancam gara-gara kerajaan cuba berlaku adil kepada rakyat dengan mengilhamkan gagasan 1 Malaysia.
Jika dilihat dari sudut pembangunan ekonomi dan rangsangan transformasi ETP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggabungkan kepentingan hak dan kepelbagaian kaum untuk turut serta dalam programnya itu.
Biarpun kuota Melayu asyik diagih untuk kepentingan bangsa lain. Melayu tidak langsung rasa tergugat kerana Ketuanan Melayu sudah termaktub di bawah Akta Perlembagaan 153. Jadi tidak perlu rasanya Hong Wei Jun ini bimbang dengan kedudukan Melayu yang disifatkan semakin terancam.
Selain itu, dakwaan Wei Jun kerajaan sedang menutup kelemahan Melayu dengan menggalakkan lebih ramai orang Melayu menceburi bidang keusahawanan adalah tidak benar. Sebenarnya tujuan kerajaan berbuat demikian untuk membela nasib rakyat yang ketinggalan.  Sekaligus membuktikan kerajaan amat perhatin dengan mereka.
Menyentuh soal pembukaan kuota kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Matrikulasi bukanlah satu agenda yang besar perlu dibincangkan lagi kerana prestasi pelajar yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Melayu tidak pernah merundum setiap tahun. Hakikatnya kerajaan bertindak sedemikian bagi memastikan taburan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak mempunyai tempat di Universiti dan IPTA mendapat tempat yang sewajarnya. Justeru itu, langkah ini dapat mengurangkan masalah pelajar merempat mencari tempat menimba ilmu.
Di samping itu, bukankah golongan bukan Bumiputra dapat menjimatkan kos perbelanjaan kemasukan pelajar dengan mendaftar terus dengan IPTA yang diiktiraf kerajaan. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan beban rakyat sendiri.
Betapa besar pengiktirafan kerajaan terhadap golongan bukan Bumiputra untuk mengelakkan mereka merasa terpinggir dalam pendidikan. Jadi berhentilah memperkecilkan pengorbanan bangsa lain atas dasar 1 Malaysia.
Suara 1Malaysia.

Awekz: Renungan untuk kita fikirkan bersama...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:28 AM 1 comments

Thursday, January 20, 2011

Takziah...


Takziah...ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan telah meninggal dunia jam 8.10 malam tadi, akibat dari serangan sakit jantung. Sebelum ini, diberitakan Allahyarham telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat kan rawatan dan jelas Tuhan lebih menyanyanginya. Seperti ketentuan nya, ajal dan maut di tangan tuhan...

Ekoran pemergiannya, sudah pasti akan ada lagi 1 PRK selepas ini...

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

Al-Fatihah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:41 PM 1 comments

Wednesday, January 19, 2011

PRK Lagi???



Menghampiri PRK N.05, DUN Tenang Awekz sangkakan akan tenang juga tanpa ada lagi sebarang PRK tapi rupanya-rupanya sangkaan itu meleset. Akan adakah lagi PRK setelah Speaker Selangor mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong.

Ini berikutan selepas YB Badrul Hisham gagal hadir ke Persidangan DUN selama 6 bulan. Jika ini benar dan ada PRK di Selangor, apa lagi, buktikan dan tunjukkan kepada Pakatan Rakyat mereka bukan lagi menjadi pilihan. UMNO dan BN pula seharusnya menggunakan peluang yang ada ini untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi dan tetap akan relevan buat rakyat di Malaysia dan Selangor khususnya.

Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:16 PM 0 comments

Tuesday, January 18, 2011

Email yang harus dikongsi bersama...

Terpanggil untuk menyiarkan satu email dari pembaca ini yang bukan ditujukan terus kepada Awekz namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...Terima kasih buat penghantar email serta sumber tersebut...

Ikuti email di bawah ini...

Bukan main lagi para penyokong Pas menghentam Barisan Nasional (BN) di dalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di ibu negara.
Penyokong Pas dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam di dalam negara.
Sebenarnya Pas lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. Pas telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.
Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul di dalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah di dalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik di dalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram.
Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh di dalam Pas.
Di mana suara para penyokong Pas bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang Pas buat?
Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.
Pemimpin-pemimpin Pas juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam.
Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa Pas peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?
Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin Pas itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.
Penyokong-penyokong Pas patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.
Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.
UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula Pas yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam?
Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya Pas.
Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong Pas?
Pak Long

Awekz: Bukan niat untuk bercakap buruk tentang siapa tetapi untuk tatapan dan pengajaran buat kita semua...peringatan untuk sesama kita...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:55 PM 4 comments

Friday, January 14, 2011

Pendekatan Kreatif dalam Menyelesaikan Masalah Rakyat...Terima Kasih!!!


Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak sekali lagi di atas inisiatif yang berbeza, pendekatan yang baru dalam usaha untuk membantu rakyat, menyelesaikan masalah rakyat sejajar dengan slogan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pendekatan yang digunakan adalah melalui saluran media elektronik melalui stesen radio PerakFM iaitu  Program "Deme Tanya Pak Ngah Jawab" pada setiap hari Selasa. 

Sehingga ke hari ini, sebanyak 505 aduan daripada 610 yang telah dikemukakan berjaya diselesaikan. Baki aduan yang belum diselesaikan akan diambil alih oleh Pusat Khidmat Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Lee Kon Yin.

Datuk Hamdi Abu Bakar selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata, sebahagian besar aduan dikemukakan rakyat menerusi panggilan telefon secara langsung dan ada yang dikemukakan menerusi surat serta laman web sosial Facebook. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited menangani masalah rakyat, sekaligus mengurangkan halangan birokrasi.

Terkini, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dijangka akan menjawab segala aduan menerusi panggilan telefon yang diadakan secara langsung di Dewan Bandaran Ipoh di sini pada jam 9 pagi 1 Mac ini. Sesi dialog secara bersemuka dengan orang ramai akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.


Awekz: Walauapapun yang kawan-kawan nak komen tentang isu ini, juga pada mereka yang mengatakan Awekz ni mengipas untuk UMNO dan BN sedarlah bahawa Awekz cuma menyatakan pendapat. Usaha yang baik ini tidak seharusnya dipandang hina sebaliknya sebagai anak Perak, Awek bangga! 

Terima kasih semua!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:35 AM 0 comments

Thursday, January 13, 2011

Takziah...



Terkejut dengan berita yang diterima namun itulah ketentuannya. Blogger BPN YANG GAMBI telah meninggal dunia. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Abdul Aziz Baharom dan marilah kita bersama-sama berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

Al-Fatihah...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:44 AM 2 comments

Monday, January 10, 2011

AJL 25: Tahniah!!!


Kalau sebelum ni, sana sini heboh orang memperkatakan tentang Piala AFF, sejak malam tadi...Awekz dengar-dengar dan lihat pada kawan-kawan di Facebook, Twitter juga di media-media lain heboh memperkatakan tentang AJL 25 yang disiarkan secara langsung malam tadi...

Awekz juga tidak ketinggalan menonton tapi tidak secara keseluruhan dek lebih berminat dengan program lain yang turut disiarkan pada masa yang sama...Bukan nak bertindak sebagai pengulas untuk hiburan pula cuma terpanggil untuk menyatakan betapa dunia hiburan kini telah ada perubahan di samping kemunculan artis-artis Indie serta bakat yang ditemui selain dari program realiti yang pelbagai pada masa ini.

Pasti ramai yang tidak menjangkakan Ana Rafali dengan lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' diangkat menjadi juara edisi Jubli Perak AJL malam tadi...Ditemui melalui video peribadi yang di 'upload' di Laman You Tube, Aidit Alfian berjaya menemui bakat yang terpendam...Maca cerita Justin Bieber dengan Usher pula...Mungkin secara kebetulan...

Ramai yang menyangkal kemenangan tersebut dan tidak kurang juga yang menyokong. Bagi Awekz, itula keputusannya, dan sudah pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik...Walauapun, tahniah Ana Rafali!!!


Awekz: Kepada yang berjaya malam tadi, TAHNIAH Awekz ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, bukan kerana anda tidak baik tetapi pasti ada yang TERBAIK diantara yang BAIK...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:54 AM 0 comments

Thursday, January 6, 2011

Ketua Pemuda UMNO Perak BERTUKAR!!!


Nampaknya selepas di Selangor, perubahan juga telah dibuat untuk negeri Perak apabila Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Maslin Sham telah pun ditukar kepada Saudara Khairul Azwan Harun yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Berita itu Awekz dapat melalui laman Twitter Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang mengumumkannya petang tadi. Sebagai anak Perak, keputusan ini Awekz harap diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan sudah pasti untuk kebaikan semua pihak.

Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru. Semoga perubahan yang dibuat ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan yang sedia ada yang telah dipimpin dengan baik oleh mantan Ketua Pemuda sebelum ini.

Tidak lupa juga, tahniah kepada Saudara Maslin Sham yang telah dilantik sebagai Exco Pemuda dan semoga akan terus berjuang DULU, KINI dan SELAMANYA...

Awekz: Semoga PEMUDA UMNO PERAK akan terus menyerlah dengan kepimpinan yang baru ini...Tahniah sekali lagi!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 6:48 PM 1 comments

Tuesday, January 4, 2011

Data E-Kasih Negeri Perak Disemak Semula!!!


Semua Jabatan dan Agensi berkaitan merangkumi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing telah diarahkan membuat semakan semula berhubung data yang tersenarai dalam E-Kasih. 

Semakan semula data ini dibuat dalam merealisasikan objektif kerajaan negeri bagi membasmi masalah miskin tegar di Perak, sekaligus memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan sehingga menyebabkan ada kumpulan sasaran tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya. 

Data E-kasih akan dikemaskinikan secara serius melalui pihak yang bertanggungjawab agar setiap sumbangan atau bantuan yang disediakan dapat disumbang kepada mereka yang benar-benar layak. Untuk itu, data yang disenarai dalam E-Kasih akan dipastikan tepat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.

YAB DS Dr Zambry Abd Kadir berkata,
pengemaskinian data dalam senarai E-Kasih juga dapat membantu kepada penyediaan data yang lebih tepat dan pada masa sama mengurangkan risiko berlaku penyelewengan serta salahguna kuasa di kalangan pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada pemberian bantuan yang disediakan. 

 Pada majlis berkenaan, YBUDR berjaya mengumpul sejumlah RM8.5 juta termasuk RM5 juta peruntukan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya sumbangan daripada syarikat termasuk Rahman Hydraulic sebanyak RM350,000; Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) masing-masing RM250,000 serta Lembaga Tabung Haji Perak sebanyak RM230,000. 

Awekz: Diharapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha dalam memastikan keselesaan dan keamanan rakyat Perak berterusan sejajar dengan konsep Perak Aman Jaya!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:06 AM 0 comments

Monday, January 3, 2011

Kampung Karyawan Negeri Perak...


Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minat penggiat seni serta karyawan untuk ke negeri Perak telah menubuhkan Kampung Karyawan di kawasan seluas kira-kira 22 hektar berdekatan Gua Tempurung di Kampar, Perak. Usaha ini, Awekz lihat mampu untuk membantu para karyawan untuk memacu budaya kreatif dalam melahirkan karya seni seterusnya membantu pembangunan industri seni itu sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri bersedia memberi peluang dan membuka pintu kepada semua karyawan sama ada golongan sasterawan, budayawan, penggiat filem, pengukir arca, aktivitis teater, penulis, pelukis, wartawan, jurufoto dan pengkarya lain untuk berkarya di perkampungan itu. 

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1 juta bagi penyediaan tapak, infrastruktur asas, landskap dan pemindahan 13 bangunan yang mempunyai ciri unik dari tempat lain ke situ. Selain memberi ruang karyawan dalam semua genre untuk menulis dan mencipta, ia juga bertujuan mempromosi perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program felo menerusi penyertaan tempatan dan luar negara, serta merealisasikan hasrat golongan generasi muda yang bergerak aktif untuk mewujudkan keharmonian sosial menerusi bidang masing-masing," katanya.

Kerajaan negeri juga berhasrat memasukkan acara itu sebagai satu daripada aktiviti utama kalendar pelancongan Perak mulai tahun depan menerusi lebih banyak penyertaan dari luar negara seperti penyair dan penggiat lagu rakyat dari China, Russia dan Afrika Selatan. 

Awekz: Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minta bukan sahaja karyawan untuk ke Perak malahan mampu membantu dalam sektor pelancongan negeri Perak sekaligus...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:20 AM 0 comments

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah...


Seorang lagi anak seni pergi...Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Setelah itu, Allahyarham dibawa ke PUSRAWI bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke ICU.  Ketika di ICU, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Allahyarham merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi esok.

Awekz: Awekz mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:04 PM 3 comments

Farewell 2010 and Welcome 2011


Sedar tidak sedar, kita dah berada di tahun baru...Selamat datang 2011...Sepanjang 2010, pelbagai kenangan yang telah Awekz dapat...gembira, sedih dan segalanya...Kehadiran 2011 ini, Awekz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak menyokong Awekz secara langsung mahupun secara tidak langsung...

Begitu juga kepada pembaca-pembaca blog Awekz yang tak seberapa ini serta turut diingati rakan-rakan bloggers yang tidak jemu-jemu menulis dengan etika yang diperlukan...Kebenaran perlu diketahui oleh semua pihak!!!

Diharapkan 2011 ini akan memberikan sinar baru kepada semua dan semoga keharmonian dan keamanan di Malaysia akan terus dapat dipertahankan sebagaimana yang telah kita kecapi selama ini. All the best in 2011 and may it will be one of the best years that all of us ever had...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:27 AM 3 comments

Thursday, December 30, 2010

~ Kalah 2-1 tetapi menang dengan agregat 4-2...Cayalah Harimau Malaya ~


Tak sia-sia Awekz tengok perlawanan akhir kedua Harimau Malaya semalam, apatah lagi lepas Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang telah diberikan kepada Indonesia...Bersorak kegembiraan Awekz dan family depan tv...

Walaupun tewas 2-1 di Jakarta semalam, namun bekalan 3 gol sebelum ini menjadikan agregat 4-2, jelas memadai untuk Malaysia menjuarai Piala AFF dan mengakhiri kemarau selama 14 tahun lantas memahatkan nama Malaysia sebagai negara keempat yang berjaya memiliki piala tersebut...

Lebih membanggakan Awekz bila Pemain MU mengucapkan tahniah kepada Malaysia diatas kemenangan semalam. Kemenangan ini, jelas membuka mata sesetangah pihak dan berjaya membawa rakyat Malaysia yang telah jelak dengan senario bola sepak di Malaysia untuk kembali memberikan sokongan...

Kemenangan yang diperolehi juga disusuli dengan pengumuman 31/12/10 sebagai cuti umum oleh DS Najib Tun Razak...Sungguh 'happy' Awekz dengan cuti yang diumumkan...Terima kasih diucapkan...

Awekz: Garuda akhirnya layu juga ditangan Harimau Malaya...Kepada team Harimau Malaya, teruskan usaha dalam mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak di Malaysia...Tahniah Awekz ucapkan sekali lagi kepada semua!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:15 AM 1 comments

Tuesday, December 28, 2010

Ipoh Specialist Hospital dan Pusat Perlindungan Bayi...



Tahniah Awekz ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mengiktiraf usaha murni yang telah dibuat oleh Ipoh Specialist Hospital dengan mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di negara ini. Tidak lupa juga kepada Ipoh Specialist Hospital dengan idea yang direalisasikan ini...

Sehubungan dengan itu, Exco Kanan Datuk Hamidah Osman menyeru orang ramai tidak memandang serong penubuhan pusat tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa pada ketika ini. Katanya kewujudan pusat ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

Matlamat utama Ipoh Specialist Hospital adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi dan bukan untuk mengesan dan menangkap si pembuang bayi. Pusat perlindungan bayi ini juga diletak berdekatan pintu masuk hospital bagi memudahkan bayi ditinggalkan di pusat berkenaaan.

Ianya akan menyediakan penjagaan sementara sebelum bayi diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk proses penjagaan selanjutnya.

"Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dimana bayi-bayi yang diserahkan kepada hospital ini akan diberi rawatan sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada pihak JKM," katanya.

Awekz: Diharapkan program ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang negatif kerana objektifnya adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa serta mengurangkan masalah buang bayi yang semakin berleluasa...Tahniah diucapkan sekali lagi atas inisiatif ini...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 AM 0 comments

Monday, December 27, 2010

Cayalah Team Malaysia!!!


Dah lama Awekz tak menulis...Cadangnyer, nak buat 'comeback' masa New Year nanti...Tapi, terpanggil-panggil untuk menulis tentang team bola Malaysia yang menang semalam...Tabik spring dari Awekz untuk usaha yang dilakukan semalam dan jelas dilihat pemain kita berusaha bersungguh...Cuma mungkin, perlu lebih menyengat untuk 'melahirkan gol'...

3-0!!! Sudah pasti ramai yang melahirkan kegembiraan kerana rata-rata heboh menyatakan bekalan 2-0 diperlukan sebagaimana semasa menentang Vietnam tempohari...kejutan diberikan dan sememangnya diharapkan ia bekalan yang cukup dalam usaha Malaysia menggengam piala AFF 2010.

Semoga pemain kita tidak layu di Gelora Bung Karno nanti kerana sudah pasti Indonesia akan bermati-matian untuk mengalahkan Malaysia dengan bekalan gol yang sedia ada...Malaysia boleh...

Awekz: Pastikan Malaysia terus mengaum di Indonesia Rabu nanti...sama-sama kita doakan agar kemenangan menjadi milik kita, Piala AFF akan berada dalam genggaman Malaysia...Insyallah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 3 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    MELAKA JANGAN TERLEWAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.