skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Tuesday, February 1, 2011

Bagaimana DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia?

Satu artikel yang Awekz rasa baik untuk dikongsi bersama...Untuk pengetahuan semua dan pastinya tidak salah untuk kita berkongsi malumat, apatah lagi yang baik...Terima kasih kepada bro parang pedang

Kenali DAP dari sudut masyarakat Islam di Malaysia

DAP atau nama panjangnya Democratic Action Party merupakan sebuah parti politik yang telah bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Dasarnya ialah memperjuangkan sistem demokrasi secara total serta mengimpikan sebuah kerajaan republikan sesuai dengan ideologi demokrasi sebenar. Antara negara demokrasi yang mengamalkan dasar republikan ialah Indonesia serta Singapura. Matlamat DAP adalah untuk membentuk negara republik seperti mana yang berlaku di Singapura. Namun begitu sistem republik tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu demi menjaga kedaulatan Islam serta institusi raja-raja.

DAP telah menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh Pembangkang. Antaranya ialah menghapuskan beberapa perkara yang berkenaan dengan amalan agama islam seperti Azan serta apa jua yang dibaca menggunakan pembesar suara dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan sebarang tulisan Jawi ditempat awam dengan alasan tiada sesiapa yang ingin membacanya. Dari segi adat istiadat raja-raja, DAP beranggapan bahawa dasar republik adalah milik rakyat sertus peratus dan raja-raja tidak terlibat dalam urusan rakyat. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.

Telah banyak contoh sistem republikan yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja dinegara lain. Ini membuatkan ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.

Jika kita membaca akhbar baru-baru ini, kita lihat mantan perdana menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew telah menyeru kepada umat Islam supaya melonggarkan pegangan agama Islam oleh masyarakat disana kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura. Apakah kita juga ingin perkara yang sama berlaku apabila DAP menguasai kita nanti?

Awekz: Fikir-fikirkan, masa depan generasi Melayu Islam itu sendiri...Masa depan mereka terletak di tangan kita pada masa ini...Corakkan yang terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:20 AM 0 comments

Sunday, January 30, 2011

Tahniah BN!!!

Akhirnya keputusan rasmi N05 Tenang telah dikeluarkan:

BN: 6699 undi

PAS: 2292 undi

Undi Rosak: 142 undi

MAJORITI: 3707 undi

Awekz: Walaupun agak lewat dalam mengeluarkan keputusan ini, namun, kesempatan ini diambil untuk mengucapkan sekalung TAHNIAH ke atas semua jentera PRK N05 yang telah bertungkus lumus, berusaha keras, bermandi keringat dalam memastikan kemenangan tetap menjadi milik Barisan Nasional dan semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu semangat untuk semua jentera berusaha dengan lebih baik untuk menghadapi PRK MERLIMAU...

Tahniah, Tahniah dan Tahniah!!!




Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:05 PM 5 comments

N05: SELAMAT MENGUNDI...

30 Januari 2011, tiba jua saat yang ditunggu-tunggu setelah berkempen selama lebih kurang 8 hari di TENANG...apa lagi kalau bukan hari membuang undi...Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua pemilih yang akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

Semoga tidak ada insiden-insiden perbalahan, pergaduhan dan sebagainya kerana kita sebagai rakyat MALAYSIA seharusnya tahu yang mana baik dan tidak baik untuk kita...dan semoga, setelah berakhirnya PRK Tenang ini tidak akan ada sesiapa yang mengalami KEMURUNGAN sehingga menyebabkan MC 21 hari perlu dikeluarkan...

Renung-renungkan dan sekali lagi SELAMAT MENGUNDI!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:21 AM 0 comments

Saturday, January 29, 2011

Januari di Tenang, Februari di Merlimau Pula...



SPR telah mengumumkan PRK di MERLIMAU akan diadakan seperti di bawah:

Penamaan calon: 26 Februari 2011
Hari mengundi:    6 Mac 2011

Buat semua jentera yang sedang bekerja untuk N.05 TENANG, tingkatkan dan gandakan usaha, pastikan kemenangan menjadi milik kita...dan buat kawan-kawan yang akan bertugas di MERLIMAU...SELAMAT BERTUGAS!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:55 AM 2 comments

Thursday, January 27, 2011

"Halal Syarie Mengundi Pas, Haram Syarie Mengundi UMNO"

Tak habis-habis si Nizar ni meroyan rupanya...Berusaha kuat dalam memastikan kedudukannya dalam pakatan akan terus kukuh dan kuat...Ala-ala, tidak mampu diganggu gugat...Di Perak, Awekz dapat lihat pengaruhnya makin lama makin berkurangan dan rasa-rasanya dah tak mampu nak bertapak di Perak lagi...

Terbaru, bersempena dengan kempen di N.05 Tenang ni, Nizar terus mencuba dan mencuba dalam merosakkan minda masyarakat Melayu dengan pemikiran buruknya!

Saksikan rakaman di bawah dan cuba kita FIKIRKAN dan ambil tindakan!!! Tindakan apa yang perlu diambil, TOLAK PAS dan teruskan MENYOKONG UMNO!!!



Awekz: Cukup-cukuplah Nizar, sementara ada lagi penyokong anda. Bayangkan jika sudah hilang rasa penyokong anda...Siapa yang malu, anda dan keluarga anda semestinya...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:06 AM 3 comments

Tuesday, January 25, 2011

1 Malaysia Untuk Semua...

Terpanggil untuk menyiarkan email dari seorang pembaca ini...Awekz dapat dari ruangan UMNO Online dan tidak salah rasanya untuk dikongsi...Cuba kita fikir-fikirkan dan renungkan...


Saudara Pengarang,
Assalamualaikkum,
Sungguh kecewa rasanya apabila terbaca ruangan pendapat yang ditulis oleh seorang penulis akhbar Oriental Daily bernama Hong Wei Jun minggu lalu. Pendapat yang disiar di halaman 34 berkisar tentang Kuota Melayu yang semakin mengecil.
Menurut penulis, beliau merasakan kedudukan orang Melayu semakin terancam gara-gara kerajaan cuba berlaku adil kepada rakyat dengan mengilhamkan gagasan 1 Malaysia.
Jika dilihat dari sudut pembangunan ekonomi dan rangsangan transformasi ETP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggabungkan kepentingan hak dan kepelbagaian kaum untuk turut serta dalam programnya itu.
Biarpun kuota Melayu asyik diagih untuk kepentingan bangsa lain. Melayu tidak langsung rasa tergugat kerana Ketuanan Melayu sudah termaktub di bawah Akta Perlembagaan 153. Jadi tidak perlu rasanya Hong Wei Jun ini bimbang dengan kedudukan Melayu yang disifatkan semakin terancam.
Selain itu, dakwaan Wei Jun kerajaan sedang menutup kelemahan Melayu dengan menggalakkan lebih ramai orang Melayu menceburi bidang keusahawanan adalah tidak benar. Sebenarnya tujuan kerajaan berbuat demikian untuk membela nasib rakyat yang ketinggalan.  Sekaligus membuktikan kerajaan amat perhatin dengan mereka.
Menyentuh soal pembukaan kuota kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Matrikulasi bukanlah satu agenda yang besar perlu dibincangkan lagi kerana prestasi pelajar yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Melayu tidak pernah merundum setiap tahun. Hakikatnya kerajaan bertindak sedemikian bagi memastikan taburan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak mempunyai tempat di Universiti dan IPTA mendapat tempat yang sewajarnya. Justeru itu, langkah ini dapat mengurangkan masalah pelajar merempat mencari tempat menimba ilmu.
Di samping itu, bukankah golongan bukan Bumiputra dapat menjimatkan kos perbelanjaan kemasukan pelajar dengan mendaftar terus dengan IPTA yang diiktiraf kerajaan. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan beban rakyat sendiri.
Betapa besar pengiktirafan kerajaan terhadap golongan bukan Bumiputra untuk mengelakkan mereka merasa terpinggir dalam pendidikan. Jadi berhentilah memperkecilkan pengorbanan bangsa lain atas dasar 1 Malaysia.
Suara 1Malaysia.

Awekz: Renungan untuk kita fikirkan bersama...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:28 AM 1 comments

Thursday, January 20, 2011

Takziah...


Takziah...ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan telah meninggal dunia jam 8.10 malam tadi, akibat dari serangan sakit jantung. Sebelum ini, diberitakan Allahyarham telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat kan rawatan dan jelas Tuhan lebih menyanyanginya. Seperti ketentuan nya, ajal dan maut di tangan tuhan...

Ekoran pemergiannya, sudah pasti akan ada lagi 1 PRK selepas ini...

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

Al-Fatihah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:41 PM 1 comments

Wednesday, January 19, 2011

PRK Lagi???



Menghampiri PRK N.05, DUN Tenang Awekz sangkakan akan tenang juga tanpa ada lagi sebarang PRK tapi rupanya-rupanya sangkaan itu meleset. Akan adakah lagi PRK setelah Speaker Selangor mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong.

Ini berikutan selepas YB Badrul Hisham gagal hadir ke Persidangan DUN selama 6 bulan. Jika ini benar dan ada PRK di Selangor, apa lagi, buktikan dan tunjukkan kepada Pakatan Rakyat mereka bukan lagi menjadi pilihan. UMNO dan BN pula seharusnya menggunakan peluang yang ada ini untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi dan tetap akan relevan buat rakyat di Malaysia dan Selangor khususnya.

Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:16 PM 0 comments

Tuesday, January 18, 2011

Email yang harus dikongsi bersama...

Terpanggil untuk menyiarkan satu email dari pembaca ini yang bukan ditujukan terus kepada Awekz namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...Terima kasih buat penghantar email serta sumber tersebut...

Ikuti email di bawah ini...

Bukan main lagi para penyokong Pas menghentam Barisan Nasional (BN) di dalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di ibu negara.
Penyokong Pas dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam di dalam negara.
Sebenarnya Pas lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. Pas telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.
Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul di dalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah di dalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik di dalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram.
Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh di dalam Pas.
Di mana suara para penyokong Pas bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang Pas buat?
Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.
Pemimpin-pemimpin Pas juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam.
Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa Pas peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?
Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin Pas itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.
Penyokong-penyokong Pas patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.
Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.
UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula Pas yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam?
Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya Pas.
Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong Pas?
Pak Long

Awekz: Bukan niat untuk bercakap buruk tentang siapa tetapi untuk tatapan dan pengajaran buat kita semua...peringatan untuk sesama kita...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:55 PM 4 comments

Friday, January 14, 2011

Pendekatan Kreatif dalam Menyelesaikan Masalah Rakyat...Terima Kasih!!!


Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak sekali lagi di atas inisiatif yang berbeza, pendekatan yang baru dalam usaha untuk membantu rakyat, menyelesaikan masalah rakyat sejajar dengan slogan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pendekatan yang digunakan adalah melalui saluran media elektronik melalui stesen radio PerakFM iaitu  Program "Deme Tanya Pak Ngah Jawab" pada setiap hari Selasa. 

Sehingga ke hari ini, sebanyak 505 aduan daripada 610 yang telah dikemukakan berjaya diselesaikan. Baki aduan yang belum diselesaikan akan diambil alih oleh Pusat Khidmat Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Lee Kon Yin.

Datuk Hamdi Abu Bakar selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata, sebahagian besar aduan dikemukakan rakyat menerusi panggilan telefon secara langsung dan ada yang dikemukakan menerusi surat serta laman web sosial Facebook. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited menangani masalah rakyat, sekaligus mengurangkan halangan birokrasi.

Terkini, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dijangka akan menjawab segala aduan menerusi panggilan telefon yang diadakan secara langsung di Dewan Bandaran Ipoh di sini pada jam 9 pagi 1 Mac ini. Sesi dialog secara bersemuka dengan orang ramai akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.


Awekz: Walauapapun yang kawan-kawan nak komen tentang isu ini, juga pada mereka yang mengatakan Awekz ni mengipas untuk UMNO dan BN sedarlah bahawa Awekz cuma menyatakan pendapat. Usaha yang baik ini tidak seharusnya dipandang hina sebaliknya sebagai anak Perak, Awek bangga! 

Terima kasih semua!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:35 AM 0 comments

Thursday, January 13, 2011

Takziah...



Terkejut dengan berita yang diterima namun itulah ketentuannya. Blogger BPN YANG GAMBI telah meninggal dunia. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Abdul Aziz Baharom dan marilah kita bersama-sama berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

Al-Fatihah...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:44 AM 2 comments

Monday, January 10, 2011

AJL 25: Tahniah!!!


Kalau sebelum ni, sana sini heboh orang memperkatakan tentang Piala AFF, sejak malam tadi...Awekz dengar-dengar dan lihat pada kawan-kawan di Facebook, Twitter juga di media-media lain heboh memperkatakan tentang AJL 25 yang disiarkan secara langsung malam tadi...

Awekz juga tidak ketinggalan menonton tapi tidak secara keseluruhan dek lebih berminat dengan program lain yang turut disiarkan pada masa yang sama...Bukan nak bertindak sebagai pengulas untuk hiburan pula cuma terpanggil untuk menyatakan betapa dunia hiburan kini telah ada perubahan di samping kemunculan artis-artis Indie serta bakat yang ditemui selain dari program realiti yang pelbagai pada masa ini.

Pasti ramai yang tidak menjangkakan Ana Rafali dengan lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' diangkat menjadi juara edisi Jubli Perak AJL malam tadi...Ditemui melalui video peribadi yang di 'upload' di Laman You Tube, Aidit Alfian berjaya menemui bakat yang terpendam...Maca cerita Justin Bieber dengan Usher pula...Mungkin secara kebetulan...

Ramai yang menyangkal kemenangan tersebut dan tidak kurang juga yang menyokong. Bagi Awekz, itula keputusannya, dan sudah pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik...Walauapun, tahniah Ana Rafali!!!


Awekz: Kepada yang berjaya malam tadi, TAHNIAH Awekz ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, bukan kerana anda tidak baik tetapi pasti ada yang TERBAIK diantara yang BAIK...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:54 AM 0 comments

Thursday, January 6, 2011

Ketua Pemuda UMNO Perak BERTUKAR!!!


Nampaknya selepas di Selangor, perubahan juga telah dibuat untuk negeri Perak apabila Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Maslin Sham telah pun ditukar kepada Saudara Khairul Azwan Harun yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Berita itu Awekz dapat melalui laman Twitter Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang mengumumkannya petang tadi. Sebagai anak Perak, keputusan ini Awekz harap diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan sudah pasti untuk kebaikan semua pihak.

Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru. Semoga perubahan yang dibuat ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan yang sedia ada yang telah dipimpin dengan baik oleh mantan Ketua Pemuda sebelum ini.

Tidak lupa juga, tahniah kepada Saudara Maslin Sham yang telah dilantik sebagai Exco Pemuda dan semoga akan terus berjuang DULU, KINI dan SELAMANYA...

Awekz: Semoga PEMUDA UMNO PERAK akan terus menyerlah dengan kepimpinan yang baru ini...Tahniah sekali lagi!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 6:48 PM 1 comments

Tuesday, January 4, 2011

Data E-Kasih Negeri Perak Disemak Semula!!!


Semua Jabatan dan Agensi berkaitan merangkumi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing telah diarahkan membuat semakan semula berhubung data yang tersenarai dalam E-Kasih. 

Semakan semula data ini dibuat dalam merealisasikan objektif kerajaan negeri bagi membasmi masalah miskin tegar di Perak, sekaligus memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan sehingga menyebabkan ada kumpulan sasaran tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya. 

Data E-kasih akan dikemaskinikan secara serius melalui pihak yang bertanggungjawab agar setiap sumbangan atau bantuan yang disediakan dapat disumbang kepada mereka yang benar-benar layak. Untuk itu, data yang disenarai dalam E-Kasih akan dipastikan tepat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.

YAB DS Dr Zambry Abd Kadir berkata,
pengemaskinian data dalam senarai E-Kasih juga dapat membantu kepada penyediaan data yang lebih tepat dan pada masa sama mengurangkan risiko berlaku penyelewengan serta salahguna kuasa di kalangan pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada pemberian bantuan yang disediakan. 

 Pada majlis berkenaan, YBUDR berjaya mengumpul sejumlah RM8.5 juta termasuk RM5 juta peruntukan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya sumbangan daripada syarikat termasuk Rahman Hydraulic sebanyak RM350,000; Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) masing-masing RM250,000 serta Lembaga Tabung Haji Perak sebanyak RM230,000. 

Awekz: Diharapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha dalam memastikan keselesaan dan keamanan rakyat Perak berterusan sejajar dengan konsep Perak Aman Jaya!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:06 AM 0 comments

Monday, January 3, 2011

Kampung Karyawan Negeri Perak...


Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minat penggiat seni serta karyawan untuk ke negeri Perak telah menubuhkan Kampung Karyawan di kawasan seluas kira-kira 22 hektar berdekatan Gua Tempurung di Kampar, Perak. Usaha ini, Awekz lihat mampu untuk membantu para karyawan untuk memacu budaya kreatif dalam melahirkan karya seni seterusnya membantu pembangunan industri seni itu sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri bersedia memberi peluang dan membuka pintu kepada semua karyawan sama ada golongan sasterawan, budayawan, penggiat filem, pengukir arca, aktivitis teater, penulis, pelukis, wartawan, jurufoto dan pengkarya lain untuk berkarya di perkampungan itu. 

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1 juta bagi penyediaan tapak, infrastruktur asas, landskap dan pemindahan 13 bangunan yang mempunyai ciri unik dari tempat lain ke situ. Selain memberi ruang karyawan dalam semua genre untuk menulis dan mencipta, ia juga bertujuan mempromosi perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program felo menerusi penyertaan tempatan dan luar negara, serta merealisasikan hasrat golongan generasi muda yang bergerak aktif untuk mewujudkan keharmonian sosial menerusi bidang masing-masing," katanya.

Kerajaan negeri juga berhasrat memasukkan acara itu sebagai satu daripada aktiviti utama kalendar pelancongan Perak mulai tahun depan menerusi lebih banyak penyertaan dari luar negara seperti penyair dan penggiat lagu rakyat dari China, Russia dan Afrika Selatan. 

Awekz: Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dalam usaha menarik minta bukan sahaja karyawan untuk ke Perak malahan mampu membantu dalam sektor pelancongan negeri Perak sekaligus...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:20 AM 0 comments

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah...


Seorang lagi anak seni pergi...Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Setelah itu, Allahyarham dibawa ke PUSRAWI bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke ICU.  Ketika di ICU, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Allahyarham merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi esok.

Awekz: Awekz mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah...


Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:04 PM 3 comments

Farewell 2010 and Welcome 2011


Sedar tidak sedar, kita dah berada di tahun baru...Selamat datang 2011...Sepanjang 2010, pelbagai kenangan yang telah Awekz dapat...gembira, sedih dan segalanya...Kehadiran 2011 ini, Awekz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak menyokong Awekz secara langsung mahupun secara tidak langsung...

Begitu juga kepada pembaca-pembaca blog Awekz yang tak seberapa ini serta turut diingati rakan-rakan bloggers yang tidak jemu-jemu menulis dengan etika yang diperlukan...Kebenaran perlu diketahui oleh semua pihak!!!

Diharapkan 2011 ini akan memberikan sinar baru kepada semua dan semoga keharmonian dan keamanan di Malaysia akan terus dapat dipertahankan sebagaimana yang telah kita kecapi selama ini. All the best in 2011 and may it will be one of the best years that all of us ever had...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:27 AM 3 comments

Thursday, December 30, 2010

~ Kalah 2-1 tetapi menang dengan agregat 4-2...Cayalah Harimau Malaya ~


Tak sia-sia Awekz tengok perlawanan akhir kedua Harimau Malaya semalam, apatah lagi lepas Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang telah diberikan kepada Indonesia...Bersorak kegembiraan Awekz dan family depan tv...

Walaupun tewas 2-1 di Jakarta semalam, namun bekalan 3 gol sebelum ini menjadikan agregat 4-2, jelas memadai untuk Malaysia menjuarai Piala AFF dan mengakhiri kemarau selama 14 tahun lantas memahatkan nama Malaysia sebagai negara keempat yang berjaya memiliki piala tersebut...

Lebih membanggakan Awekz bila Pemain MU mengucapkan tahniah kepada Malaysia diatas kemenangan semalam. Kemenangan ini, jelas membuka mata sesetangah pihak dan berjaya membawa rakyat Malaysia yang telah jelak dengan senario bola sepak di Malaysia untuk kembali memberikan sokongan...

Kemenangan yang diperolehi juga disusuli dengan pengumuman 31/12/10 sebagai cuti umum oleh DS Najib Tun Razak...Sungguh 'happy' Awekz dengan cuti yang diumumkan...Terima kasih diucapkan...

Awekz: Garuda akhirnya layu juga ditangan Harimau Malaya...Kepada team Harimau Malaya, teruskan usaha dalam mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak di Malaysia...Tahniah Awekz ucapkan sekali lagi kepada semua!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:15 AM 1 comments

Tuesday, December 28, 2010

Ipoh Specialist Hospital dan Pusat Perlindungan Bayi...



Tahniah Awekz ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mengiktiraf usaha murni yang telah dibuat oleh Ipoh Specialist Hospital dengan mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di negara ini. Tidak lupa juga kepada Ipoh Specialist Hospital dengan idea yang direalisasikan ini...

Sehubungan dengan itu, Exco Kanan Datuk Hamidah Osman menyeru orang ramai tidak memandang serong penubuhan pusat tersebut kerana tujuan utamanya adalah untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa pada ketika ini. Katanya kewujudan pusat ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

Matlamat utama Ipoh Specialist Hospital adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi dan bukan untuk mengesan dan menangkap si pembuang bayi. Pusat perlindungan bayi ini juga diletak berdekatan pintu masuk hospital bagi memudahkan bayi ditinggalkan di pusat berkenaaan.

Ianya akan menyediakan penjagaan sementara sebelum bayi diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk proses penjagaan selanjutnya.

"Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dimana bayi-bayi yang diserahkan kepada hospital ini akan diberi rawatan sepenuhnya sebelum ia diserahkan kepada pihak JKM," katanya.

Awekz: Diharapkan program ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang negatif kerana objektifnya adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa serta mengurangkan masalah buang bayi yang semakin berleluasa...Tahniah diucapkan sekali lagi atas inisiatif ini...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:44 AM 0 comments

Monday, December 27, 2010

Cayalah Team Malaysia!!!


Dah lama Awekz tak menulis...Cadangnyer, nak buat 'comeback' masa New Year nanti...Tapi, terpanggil-panggil untuk menulis tentang team bola Malaysia yang menang semalam...Tabik spring dari Awekz untuk usaha yang dilakukan semalam dan jelas dilihat pemain kita berusaha bersungguh...Cuma mungkin, perlu lebih menyengat untuk 'melahirkan gol'...

3-0!!! Sudah pasti ramai yang melahirkan kegembiraan kerana rata-rata heboh menyatakan bekalan 2-0 diperlukan sebagaimana semasa menentang Vietnam tempohari...kejutan diberikan dan sememangnya diharapkan ia bekalan yang cukup dalam usaha Malaysia menggengam piala AFF 2010.

Semoga pemain kita tidak layu di Gelora Bung Karno nanti kerana sudah pasti Indonesia akan bermati-matian untuk mengalahkan Malaysia dengan bekalan gol yang sedia ada...Malaysia boleh...

Awekz: Pastikan Malaysia terus mengaum di Indonesia Rabu nanti...sama-sama kita doakan agar kemenangan menjadi milik kita, Piala AFF akan berada dalam genggaman Malaysia...Insyallah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 3 comments

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya...

Awekz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI kepada semua yang rakan-rakan yang membaca blog Awekz ini tidak kira pada yang suka dan juga yang tidak suka...Diakui, dah lama Awekz tak menulis dan Insyallah, Awekz akan kembali...

Nantikan kemunculan Awekz kembali...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:59 AM 6 comments

Monday, July 19, 2010

'Klinik Dr. Zambry' ~ Tahniah!


Di Malaysia keseluruhannya ada Klinik 1 Malaysia, Awekz berbangga kerana di Perak YAB DS Dr Zambry Abd Kadir mengambil inisiatif mewujudkan "Klinik Dr. Zambry". Pendekatan ini adalah sebagai satu langkah bagi memastikan tiada jurang atau halangan antara rakyat dan Menteri Besar. 
 
'Klinik' yang diwujudkan ini, selain memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan YAB Menteri Besar,  disamping akan bergerak setiap kali beliau turun padang bakal menyelesaikan banyak masalah berbangkit yang dihadapi rakyat. Lebih membanggakan, ia dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK!

YAB DS Dr Zambry berkata, rakyat termasuk pembangkang dialu-alukan untuk menyuarakan masalah mereka setiap kali beliau turun padang menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di daerah, kampung atau program Juara Rakyat.

"Pendekatan bertemu rakyat telah lama saya praktikkan, namun kaedah klinik ini diharap mampu merapatkan lagi hubungan saya dengan rakyat tanpa sebarang halangan.

Selain itu juga, "Klinik ini adalah lanjutan daripada pendekatan bertemu rakyat yang kita adakan. Sebelum ini kita juga ada dialog terbuka tetapi saya merasakan masih ada halangan antara saya dengan rakyat," katanya. 

YAB DS Dr Zambry juga berusaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi dimana kerajaan negeri mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri di setiap daerah dan kampung-kampung.

Beliau berkata langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.

Beliau turut melancarkan gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mySMS 15888.

Orang ramai boleh membuat aduan, semakan aduan dan status permohonan seperti pinjaman pendidikan, pekerjaan, tanah dan lain-lain secara terus dengan caj yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan 35 sen.

Awekz: Sekali lagi tahniah diucapkan dan Awekz harap dengan adanya semua perkhidmatan yang baru ini, Kerajaan Negeri Perak akan lebih dekat di hati rakyat.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:34 PM 4 comments

Friday, July 16, 2010

Fikir-Fikirkan Rasionalnya!!!


Sana sini ramai yang membincangkan tentang pengumuman kenaikan harga beberapa barang. Seperti kebiasaan, sudah tentu isu ini akan dimanupulasikan sebaik-baiknya oleh pembangkang. Sudah ada juga kedengaran suara-suara ketidak puasan hati terhadap kenaikan barang-barang tersebut. Namun, apa yang Awekz ingin katakan, setinggi manakah kenaikan harga barang tersebut menganggu kehidupan kita seharian.

Cuba kita kaji fakta di bawah:
1. Penyelarasan subsidi gula, bahan bakar sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.
2. Penyelarasan semula harga barang ini membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
3. Walaupun begitu, setelah harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula.
4. Penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.
5. Hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar.
7. Proses mendapatkan maklum balas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memastikan langkah tersebut hanya memberi impak minimum ke atas keluarga, dan pada masa sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.
8. Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara.
Awekz: Sudah pasti apa yang dibuat oleh kerajaan pada masa kini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Keburukannya adalah kenaikan itu sendiri tetapi pernahkah kita fikir, kenaikan ini sudah pasti ada kebaikannya. Mungkin bukan untuk kita generasi pada masa kini, tetapi sudah pasti untuk generasi masa akan datang. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:11 PM 1 comments

Thursday, July 15, 2010

Siapa Yang Gila...Fikir-Fikirkan!!!


Isu penyatuan dan perpaduan di antara UMNO dan PAS sudah panas kembali lantas meraih berbagai kenyataan dari pelbagai pihak. Terbaru, Pengerusi Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang berkata “Kalau pihak yang prihatin dengan perpaduan orang Melayu dikatakan sakit apa pula status orang yang menolak perpaduan, mungkin penyakit dia lebih teruk hingga tak mampu lagi diubati….dah cukup nazak dah maknanya tu”.

“Apakah gila kalau kita mengajak perpaduan, apakah gila kalau kita minta bersatu. Kita fikir pihak yang menentang perkara itu lebih hebat penyakitnya daripada gila”, ujarnya kepada Umno Online

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sedia menghantar pakar sakit jiwa kepada UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-UMNO meskipun parti secara jelas menolak pelawaan tersebut.

Sedih Awekz melihatkan perangai puak-puak PAS yang masih tak mahu sedar lagi. Gilakah kita untuk sesama orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu? Gilakah kita untuk memperjuangkan survival kuasa politik orang Melayu itu sendiri?

Seharusnya individu yang tidak bersedia untuk kerjasama UMNO dan PAS ini cuba muhasabah diri. Apakah tiada semangat 'perpaduan' di dalam hati anda. Siapa yang gila, PAS atau UMNO? Fikir-fikirkan...



Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:18 PM 0 comments

Wednesday, July 14, 2010

Perak oh Perak!!!

~Terkini pada 11 Julai di laman blog Kickdefella, Syed Azidi mendakwa menerima SMS yang bertulis ‘ Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN ’ dari seorang ahli perniagaan rakan kepada Husam Musa.~
Perak pernah sudah tergadai ketika PRU-12 yang lalu dan ketika PRU-13 menghampiri adakah kita mahu Perak tergadai kembali? Sejarah PRU-12 mencatatkan BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN juga ketika itu boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada Pakatan Rakyat tidak ada di dalam kamus politik Malaysia dan Perak khususnya.

Keadaan itu juga menjadikan Pakatan Rakyat dibentuk setelah PAS menolak cadangan bersama BN dan bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Walaubagaimanapun, penyatuan itu dilihat sebagai satu matlamat jangka pendek serta berisiko tinggi kepada orang Melayu dan Islam khusunya.

Ironinya, Perak merupakan satu kes ‘istimewa’  kerana pembahagian politiknya menunjukkan kedudukan Melayu itu sebagai satu yang konkrit tetapi malangnya hancur musnah disebabkan oleh perpecahan di kalangan Melayu itu sendiri. Pada dasarnya, 38 DUN Perak dikuasai oleh Melayu dan jelas membuktikan kedudukan Melayu di Perak adalah stabil sehingga PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan negeri Perak kepada DAP. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Tidak mustahil PRU-13 nanti menyaksikan Ahli DUN Perak yang majoritinya sudah pasti Melayu tetapi dikuasai oleh Bukan Melayu dan Bukan Islam. PAS juga dilihat tidak mustahil untuk merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO akibat dari perperangan sesama sendiri dan sudah tentu kemenangan itu bukan hadiah buat Melayu tetapi sebaliknya kepada Bukan Melayu.

Sedar atau tidak, PAS juga berkemungkinan akan kehilangan keistimewaan sebagai orang Melayu dan beragama Islam kerana sudah ada desas desus yang mengatakan DAP akan meletakkan calon Melayu dalam PRU akan datang. DAP juga sedang giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu sejajar dengan usaha mereka untuk menguasai Melayu.


Selepas ini kita mungkin akan ada Menteri Besar DAP berketurunan Melayu dan mungkin juga akhirnya nanti akan ada Perdana Menteri berketurunan Melayu dari DAP. Terang dan nyata bahawa DAP menguasai politik di Malaysia. Jika ia menjadi kenyataan, bagaimanakah keseluruhan Melayu itu nanti? Bukankah sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam menjamin survival Melayu di Malaysia itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu hati dalam menghadapi PRU-13 seterusnya membentuk kerajaan yang masih lagi diterajui oleh Melayu berlandaskan Islam.
Awekz: Sama-sama kita fikirkan sementara masih ada masa. Great job by Kickdefella atas pendedahan dan kupasan yang menarik ini.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:41 AM 4 comments

Tuesday, July 13, 2010

UMNO dan PAS Bersatukah?


Merujuk kepada kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Bolehkah UMNO dan PAS bersatu? Jika benar-benar ia terjadi, Awekz pasti ramai yang tidak senang hati dengan penyatuan ini, lebih-lebih lagi puak DAP. Awekz juga berharap agar penyatuan ini dapat menjadi realiti kerana sudah tentu menjadi kemenangan paling besar bagi umat Islam di Malaysia.

Sehubungan dengan itu juga, golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan PAS demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama. Beliau juga turut mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Di atas sebab itu juga, dalam usia lebih 70 tahun beliau tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya.
Awekz: Jika perpecahan ini menjadi lebih parah lagi, fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:27 AM 5 comments

Monday, July 12, 2010

MB Perak Mahu UMNO Perak Terus Bekerja...


“Saya mahu semua pemimpin di sini menyerang semula dakwaan dan fitnah pembangkang,” kata Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir.

Sedar atau tidak, nasib pemimpin ditentukan rakyat yang melihat siapa yang mampu memberi kepimpinan secara telus dan dapat mengubah nasib mereka.Tambahnya lagi, jangan membiarkan pembangkang menabur fitnah bagi mengotorkan pemikiran rakyat dan tiba masanya untuk menyerang mereka semula.


YAB DS Dr Zambry juga mengingatkan "Sebagai pemimpin UMNO kita mestilah bekerja keras dalam memastikan hak rakyat diberi keutamaan." Ahli-ahli UMNO juga diingatkan agar tidak berselisih sesama sendiri kerana ia mampu menghilangkan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong UMNO ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar ke-22 dan merasmikan Dewan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Taman Kerian Permai Parit Buntar, semalam.

UMNO Bahagian Parit Buntar juga dilihat masih kukuh dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang mencari peluang menjatuhkannya. Kekuatan yang masih ada perlu dikukuhkan dari semua sudut agar dapat menarik semula pengundi yang dianggarkan hampir 46, 000 pada PRU-13 nanti. Pembangkang ketika ini menggunakan perpecahan dikalangan ahli UMNO dan BN sebagai satu senjata dan kerana itu juga SEHARUSNYA kini masa yang sesuai untuk UMNO bersatu dan menyerang pembangkang. 'Counter attack' itu perlu bagi menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Awekz merasakan ini bukan masanya untuk kita hanya melihat dan berdiam diri terhadap segala yang dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya ini masanya untuk kita membalas dan terus menyerang di atas setiap pernyataan dan perbuatan yang puak Pakatan Rosak lakukan. Kita juga perlu bekerja keras dan bersatu padu dalam mempertahankan hak orang Melayu dulu, kini dan selamanya.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:48 AM 0 comments

ADUN BN PERAK SENTIASA DIPANTAU!!!


YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir "PRESTASI ADUN PERAK SENTIASA DIPANTAU". Merujuk kepada pernyataan tersebut, tahniah Awekz ucapkan kerana MB sentiasa berpegang kepada apa yang dikatakan. Semua ADUN BN Perak diingatkan supaya memastikan prestasi mereka mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
 
KPI ADUN BN Perak diukur dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan kekerapan meninjau kawasan atau turun padang. Perkembangan setiap ADUN sentiasa dipantau walaupun dikatakan UMNO dan BN telah meraih semula sokongan rakyat. Selain itu juga, KPI ADUN ini dibuat untuk tidak meletakkan ADUN-ADUN di dalam 'comfort zone'.

Isu perpaduan juga terus diberi keutamaan oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir kerana ia merupakan pra-syarat bagi memastikan UMNO dan BN terus mencapai kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Disamping itu, proses TRANSFORMASI turut diberi perhatian dengan  memperkenalkan muka baru dan lama YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT sebagai calon pilihanraya.


Kerjasama dan perpaduan yang wujud di antara peringkat parti komponen di Perak ditahap yang memuaskan. Namun, adalah diingakan bahawa UMNO dan BN harus memperkukuhkan perpaduan termasuk bergerak bersama-sama supaya akan terus menjadi parti pilihan rakyat. 

Selain itu juga, YAB DS Dr Zambry Abd Kadir turut mengingatkan bahawa sekarang adalah masa terbaik bagi BN untuk melakukan serangan balas terhadap parti pembangkang yang selama ini menabur fitnah dan mengamalkan politik putar-belit.

Sekali lagi Awekz ucapkan tahniah diatas pencapaian serta inisiatif baru yang ditunjukkan oleh kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir dalam memastikan UMNO dan BN sentiasa menjadi JUARA di hati rakyat. Fikir-Fikirkan...
 
              


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 1 comments

Friday, July 9, 2010

Jahat Sungguh PAS Ni!!!


Apa nak jadi la dengan puak PAS ni. Kita heboh memperkatakan tentang PERPADUAN Melayu tapi sayang, Nik Aziz masih taksub dengan Pakatan Rosak. Jika sebelum ni, Nik Aziz mendabik dada menyatakan bahawa DAP telah dapat menerima Kerajaan Islam walaupun itu hanyalah fantasi dalam mimpi siang dan malam Nik Aziz.

Lebih ekslusif, kini Nik Aziz akan terus-terusan menanam sikap KEBENCIAN terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan beliau ke semua tempat di Kelantan. Awekz rasa, tidak mustahil Nik Aziz akan MENYEBARKAN KEBENCIAN bukan hanya di Kelantan sebaliknya kepada seluruh Malaysia sejajar dengan impian sekutunya dalam menghancurkan orang Melayu.

Barulah Awekz tahu, begini rupanya perangai Nik Aziz, insan yang dipandang tinggi oleh pengikutnya, sama ada yang biasa atau yang FANATIK. Hairan Awekz, bukankah di dalam ajaran Islam itu sendiri kita tidak digalakkan membalas dendam. Apa saja yang BN dan UMNO lakukan dilihat salah jika dibandingkan dengan PAS walaupun apa yang dilakukan sememangnya SALAH.

Walaubagaimanapun, ada perkembangan positif kepada pemikiran Nik Aziz apabila beliau sudah mula merasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Katanya,“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,”

Awekz: Adalah lebih baik Nik Aziz memikirkan agenda 'Perpaduan Melayu' itu sendiri dari membantu agenda 'Memusnahkan Melayu" bak kata pepatah Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tidak Berguna. Sebelum bangsa sendiri tergadai, fikirlah sebaik-baiknya...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:45 AM 3 comments

Thursday, July 8, 2010

Ingatan atau Ugutan Terserah Kepada Melayu untuk Menilaikannya!!!


Bagaimana nasib anak bangsaku di masa depan? Satu demi satu kenyataan dikeluarkan ekoran kebimbangan di atas perpecahan yang berlaku di kalangan Melayu kini, yang dilihat membantu agenda sesetengah pihak dalam menghapuskan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini.

Terkini, DS Zahid Hamidi turut mengulas kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang telah mengingatkan agar Melayu tidak berpecah belah sesama sendiri yang menyebabkan kemungkinan orang Melayu kehilangan kuasa politik. Keadaan ini dilihat bukan sebagai satu ugutan sebaliknya suatu realiti.

Jelasnya perkara itu boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pembentukan kedua-dua negeri itu tidak memihak kepada orang Melayu walaupun Menteri Besarnya adalah orang Melayu.
“Walaupun DAP tidak menjadi Menteri Besar tapi bila jumlah kerusi DAP melebihi jumlah lain-lain kerusi parti orang Melayu maka suara mereka melebihi orang lain.

“Malah dalam kerajaan negeri , keputusan exco yang diumumkan Menteri Besar adalah ditentukan oleh DAP….agenda DAP ini memang mengenepikan orang Melayu. Ini dibuktikan apa yang berlaku di Perak dan Selangor”, katanya kepada UMNO Online

Jelas apa yang terjadi kini perlu diambil iktibar agar orang Melayu akan terus memegang kuasa politik. Lebih mengejutkan Awekz apabila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM didakwa sebagai ugutan kepada orang Melayu sedangkan hakikat yang sebenar adalah Pakatan Rosak GENTAR jika semua orang Melayu bersatu. Sedarkah mereka bahawa jelas AGENDA UMNO itu untuk orang Melayu TANPA menafikan hak-hak orang bukan Melayu.


Jelas, bagi Awekz kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM sebagai satu ingatan agar Melayu tidak mudah lupa, tidak mudah leka dan tidak dengan mudah mempertaruhkan kuasa politik yang berada di dalam tangan Melayu selama ini kerana hilangnya kuasa politik dari Melayu memungkinkan segalanya. Siapa tahu, berkemungkinan menghilangkan juga Melayu dari Malaysia...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:05 AM 0 comments

Wednesday, July 7, 2010

Peringatan buat Ahli UMNO Perak!!!



Memetik kenyataan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir, bahawa "ahli-ahli UMNO di Perak sekali lagi diingatkan supaya berwaspada dengan taktik intipan yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk meruntuhkan benteng perpaduan parti".

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah berhati-hati itu perlu kerana keinginan pembangkang melihat UMNO bepecah semakin kuat. "Mereka tahu UMNO di Perak semakin kuat. Sebab itulah saya ingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa berwaspada dengan gerakan seperti ini," katanya. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau diminta mengulas mengenai pendedahan strategi intipan ala-CIA dengan menyelinap dalam UMNO bagi memperolehi maklumat dalaman parti. Maklumat yang diperolehi itu seterusnya digunakan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO Perak khususnya yang dilihat semakin kuat.
 
YAB DS Dr Zambry juga turut ditanya sama ada pengintip ini sudah dikenalpasti, beliau  turut menjelaskan tidak mahu menuduh sesiapa sebaliknya menegaskan langkah berhati-hati perlu untuk mengelakkan ahli parti UMNO daripada berpecah belah. Turut dinyatakan bahawa mereka yang terlibat di dalam gerakan ini mempamerkan sifat talam dua muka, membuat kenyataan-kenyataan provokasi dan bermain dengan sentimen kebencian. 

Nampaknya, puak-puak Pakatan Rosak ni semakin lama semakin melampau. Awekz berpendapat, permohonan keahlian di kalangan ahli-ahli baru perlu diteliti agar ahli-ahli gerakan untuk memecah belahkan perpaduan dikalangan ahli UMNO dapat dihentikan dari masa ke semasa. Sememangnya kita menerima dengan baik permohonan keahlian namun di dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati agar perpaduan sesama kita tidak diganggu gugat dengan anasir-anasir yang dimainkan oleh Pakatan Rosak. 
Buat Pakatan Rosak, hentikanlah niat jahat anda kerana bagi Awekz ia jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rosak sudah kehabisan taktik dalam meraih sokongan rakyat. Cuma kita perlu ingat, "what goes around, comes around". 

Fikir-fikirkan...




Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:33 AM 6 comments

Tuesday, July 6, 2010

JIKA HILANG KUASA POLITIK...MELAYU DIMANA AKHIRNYA!!!

Dari sehari ke sehari, Melayu sering diingatkan. Apa yang menjadi persoalan kepada Awekz, sampai bilakah Melayu akan terus tidak sedar. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!

Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.

Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 3 comments

Monday, July 5, 2010

Lagi-Lagi Melayu Yang Tak Sedar!!!


Melayu belum sedar...Walaupun telah diingatkan SEDARLAH MELAYU, namun amat menyedihkan kerana jelas MELAYU belum sedar!!! Minggu yang lalu dikejutkan dengan nisbah perbezaan pengundi baru melayu dan Bukan Melayu yang menunjukkan 1:40. Kini isu terbaru lebih 4 juta rakyat yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Lebih menyedihkan, dari jumlah yang dikatakan seramai 1.9 juta atau 43% adalah orang MELAYU!!! Dimana kesedaran kita masyarakat Melayu...

Isu ini juga dilihat khusus kepada SPR kerana turut dikatakan TIDAK AGRESIF dalam memainkan peranan bagi menarik minat orang ramai untuk mendaftar. Pendapat peribadi Awekz, SPR tidak seharusnya dipersalahkan kerana kesedaran individu itu sendiri amatlah menyedihkan. Kaunter-kaunter pendaftaran bagi memudahkan masyarakat awam, Awekz lihat dibuka di tempat awam, pejabat pos serta oleh parti-parti politik itu sendiri.

Suka diingatkan. janganlah kita menunggu saat-saat akhir untuk mendaftar, janganlah kita leka. Sementara ada masa, luangkan masa sebentar cuma agar tanggungjawab dapat dilaksana apabila tiba masa. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:27 AM 0 comments

Thursday, July 1, 2010

PAS dan DAP bukan satu kepala...


Pening-pening. apa nak jadi dengan Pakatan Rosak ni. Ada yang kata, OK dan ada pula yang kata tak OK!
Sana-sini PAS berceramah dengan bangga menyatakan bahawa DAP SUDAH MENERIMA PERJUANGAN NEGARA ISLAM PAS, tapi sayang seribu kali sayang SEMALAM, KARPAL SINGH sekali lagi membuktikan bahawa apa yang diperkatakan PAS hanyalah PEMBOHONGAN semata-mata.

Tak cukup dengan itu, DAP pula berkata PAS bersedia mewujudkan NEGARA SEKULAR demi pembentukan kerajaan Pakatan Rosak di peringkat persekutuan. Walaubagaimanapun, PAS masih lagi meneruskan lakonan dengan mangatakan bahawa apa yang diutarakan oleh DAP sebagai SATU PANDANGAN PERIBADI SERTA HAK UNTUK BERSUARA! Cerekarama sungguh la Pakatan Rosak ni...

Pelik Awekz memikirkan gandingan Pakatan Rosak ni. Lebih menghairankan, sandiwara mereka yang berterusan ini masih mendapat sokongan. Lihat saja PKR kini, terutama di Selangor apa lagi yang harus dibuktikan. Jelas perjuangan mereka adalah suatu yang kabur dan sia-sia.

Terngiang-ngiang di telinga, OVER MY DEAD BODY!!! Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:51 AM 0 comments

Tuesday, June 29, 2010

Melayu 1:Bukan Melayu 40


Ekslusif di Berita Harian semalam dan seharusnya kita SEDAR dan TERUS SEDAR akan hakikat ini. Tidak seharusnya hanya berpolitik tanpa memandang serius isu ini. Awekz melihat, keadaan ini sebagai suatu yang kritikal kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, 1 undi dapat menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu pihak dalam pengundian.

Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Daftar Pemilih Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 bulan ini pada kadar nisbah 1: 40.

Persoalannya, dimana keberkesanan Penolong Pegawai Pendaftar Pemilih yang telah dilantik khususnya di kalangan UMNO sendiri. Apakah amanah yang diberikan dijalankan dengan sebaik-baiknya atau sekadar lantikan cuma tanpa mampu berfungsi dengan EFEKTIF!

Berbalik kepada persoalan mengapa pengundi muda Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih. Adakah mereka sudah tidak kisah dengan politik itu sendiri? Atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya membuat kerja ini setakat melepaskan batuk ditangga sahaja.

Begitu juga dengan kepimpinan UMNO Bahagian sendiri yang lebih memokuskan kepada pilihanraya parti. UMNO sendiri begitu banyak program-program yang dijalankan, mengapa tidak ambil kesempatan untuk mendaftarkan pemilih baru? Adakah program tersebut hanya menumpukan kepada soal nak populariti Ketua Bahagian sahaja?

Sebelum ini ada saranan agar pendaftaran pemilih diwajibkan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Cadangan ini telah ditentang oleh pelbagai pihak atas alasan demokrasi dan kebebasan.

Apakah masalah Anak Melayu kita, adakah ini disebabkan mereka telah muak, bosan, jemu dengan pilihanraya atau pun politiking yang berlebihan sehingga mereka rasa tidak ada keperluan untuk mendaftar sebagai pemilih? Rasanya telah banyak kajian dijalankan oleh badan bebas dan juga universiti tentang fenomena ini. Ini belum lagi dibuat kajian keatas penjawat awam yang masih belum mendaftar.

Tindakan dan penyelesaian yang drastik perlu untuk mengatasi masalah ini. Semua pihak perlu bertindak dan bukan hanya melihat tanpa sebarang tindakan susulan.Masalah perlu diatasi, bertindak sebelum terlambat. Fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:32 AM 0 comments

Monday, June 21, 2010

DR ASRI AKAN MENJADI AHLI UMNO?


Betul ker dengan apa yang Awekz dengar tentang Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin akan menjadi ahli UMNO. Menurut Berita Harian, Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai UMNO, Jumaat ini.

Apa yang Awekz difahamkan mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat bulanan pada hari sama.

Dr. Asri juga disebut-sebut akan bersama 100 ulama bakal menganggotai UMNO Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, Dr. Asri dan ulama lain tidak menyertai PAS, PKR atau DAP? Itu satu persoalan walaupun sudah beberapa kali Dr. Asri telah dipelawa dan dijemput oleh pemimpin PAS. Awekz berpendapat, Dr. Asri pasti dapat menilai yang mana baik untuknya.

Awekz: Semoga dengan penyertaan Dr. Asri ini dapat membuka mata ramai pihak tentang perjuangan yang dibuat oleh UMNO...DULU, KINI dan SELAMANYA!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:34 PM 1 comments

Tuesday, June 15, 2010

SAH!!!


Bertempat di Hotel Holiday Villa Subang, spekulasi MELOMPAT PARTI akhirnya terjawab apabila dengan rasminya ADUN MALIM NAWAR, KESHVINDER SINGH SAH meninggalkan parti DAP. Tahniah kepada Pakatan Rakyat atas spekulasi yang digembar-gemburkan sebelum ini yang akhirnya memakan diri sendiri!!!

Pakatan Rosak di Perak kini kehilangan 1 lagi kerusi dan ini sememangnya membuktikan bahawa mereka berdepan dengan masalah yang besar...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:28 PM 1 comments

YB KESHVINDER SINGH KELUAR DAP?



Sekali lagi Pakatan Rosak menerima tamparan hebat apabila khabar melompat parti bertiup kencang. Lebih menggemparkan apabila ADUN yang akan melompat parti bukanlah ADUN BN seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini sebaliknya ADUN PR.

YB KESHVINDER SINGH KELUAR DARI PARTI DAP HARI INI!!! Berita yang mengejutkan ini membuktikan bahawa Pakatan Rosak bukanlah seperti yang digambarkan. Sifat tamak haloba mereka akhirnya memakan diri sendiri. Seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:39 PM 0 comments

Sunday, June 13, 2010

PKR kata: 3 ADUN BN NAK LOMPAT PARTI...


Benarkah dengan apa yang Awekz baca dari blog-blog Pro Pakatan Rosak apabila dikatakan ADUN BN akan lompat parti! ADUN Bota sekali lagi menjadi bualan hangat kerana akan melompat parti sekali lagi setelah peristiwa lama menjauh pergi. Kecoh disana sini ADUN BN lompat parti dan lebih menggemparkan apabila 3 orang ADUN BN akan keluar parti.

Pakatan Rosak ni semakin hari Awekz lihat lari dari objektif mereka. Bukan lagi memperjuangkan rakyat, malahan perjuangan mereka tika ini adalah menjurus kepada kepentingan peribadi. Jika benar ADUN BN ini akan melompat parti, adakah Pakatan Rosak akan menerima mereka dengan hati yang terbuka atau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ADUN-ADUN lompat parti ini, seperti yang telah dilakukan kepada 3 ADUN BEBAS yang menyatakan sokongan mereka kepada BN!

Walau apa pun yang akan berlaku, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat, jam 1 petang ini satu sidang pengumuman LOMPAT PARTI yang telah disusun indah oleh PKR akan berlangsung. Buat Pakatan Rosak, hentikanlah CEREKARAMA anda kerana rakyat sudah MUAK!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:56 PM 4 comments

Tuesday, June 1, 2010

ISRAEL YANG ZIONIS!!!


Sedih mendengarkan tentang berita Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza yang telah diserang dan ditawan oleh Yahudi semalam. Bersama-sama kita doakan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat khususnya dari Malaysia selamat. UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Israel

Ahli Parlimen Parit juga mengikuti konvoi tersebut, ikuti rentetan perjalanan beliau di sini, Konvoi Bantuan Kemanusiaan


Ekoran kekejaman zionis Israel ini, banyak blog telah mengutuk, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, Minda Intelek Melayu

Marilah kita sama-sama mendoakan agar sukarelawan-sukarelawan yang terlibat selamat...Insyallah...AMIN

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:35 AM 2 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (15)
    • ▼  June (1)
      • Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.