Awekz terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang konsep 'winnable candidate' atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, 'calon boleh menang'. Dikhabarkan, rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep ‘calon boleh menang’ dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Sebagai contoh, “…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…”
Persoalannya, sejauh mana formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilema ketika membuang undi, apatah lagi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Mampukah BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Adakah kemungkinan, penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Apakah parti komponen akan dapat menerima formula baru ini? Atau mungkinkah akan ada lebih banyak sabotaj dan boikot terhadap calon yang dinamakan. Bagaimana pula penerimaan wakil rakyat yang mungkin tidak dicalonkan selepas ini? Logiknya, sekiranya wakil rakyat tersebut telah berkhidmat dengan baik dan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Andai tidak dicalonkan, siapa yang perlu dipersalahkan, parti atau kepimpinan? Tepuk dada tanya diri, dan seharusnya tiada lagi istilah merajuk, mensabotaj serta memboikot PRU kerana sudah jelas anda hanya bermotifkan peribadi dan bukannya masyarakat.
Yang jelas, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Awekz: Tercalon atau tidak, apa yang lebih penting untuk kejayaan BN di dalam PRU-13 kelak kerana masa depan kita terletak dihadapan. Janganlah diperjudi dan dipertaruhkan masa depan itu semata-mata kerana hajat peribadi tidak tercapai. Fikir-fikirkan...
1 comments:
Salam gelombang perjuangan. blog tuan telah saya pautkan.mohon pautkan blog saya yang kerdil ini. www.myhomesoil.blogspot.com tq!
Post a Comment