BERSIH 3. 0 masih trending di Twitter dan juga FB serta tidak kurang juga di blog-blog baik pro-kerajaan juga pro-pembangkang. Amat menghairankan apabila BERSIH 3.0 yang KOTOR ini sememangnya menarik minat rakyat apatah lagi yang berbangsa CINA. Awekz dapat lihat, ada saja posting berkenaan BERSIH 3.0 baik dari segi gambar, mahupun video serta artikel dalam bahasa Cina.
Yang jelas, walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata -rata rakyat meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.
Perlukah diberi simpati apabila keadaan sebenarnya telah diberikan amaran! Telah diingatkan tentang risiko berdemonstrasi malahan telah ditawarkan tempat yang lebih baik namun semua itu ditolak!!! Sudah pasti mereka berniat untuk mencederakan diri sendiri.
Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan Awekz pasti Ambiga, Anwar dan Azmin akan berdrama lagi. Ini kerana, pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.
Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga. Apakah tindakan yang akan diambil??? Duduk dan lihat sahaja lebih banyak keganasan berlaku atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.
Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.
Awekz: Tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkenaan. Sampai bila kita perlu siasat, sampai bila kita perlu kaji dan sampai bila kita akan tetap berdiam diri??? Jangan biar rakyat yang menyokong kita akhirnya bosan dengan KERAJAAN hari ini. Fikirkan...
1 comments:
Kapak setuju dgn coretan ABG di atas coretan ini. Sara an utk dinyahkan 3A Dr Bumi Jawi. Kerajaan perlu bertindak segera agar rakyat yg menyokong kerjaan mula tawar hati, jika ura2 bersih 4.0 menjadi kenyataan. KDN wajar bertindak jgn asyik siasat2 je.
Post a Comment