Dua tiga hari ini, nama Fauzi Shaari meniti dibibir orang ramai apatah lagi dikalangan penyokong PAS terutama di Perak apatah lagi setelah disebut-disebut bakal menggantikan Nizar Royan. Umum juga mungkin sudah mengetahui, Fauzi Shaari ataupun lebih dikenali sebagai bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari...
Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS? Mampukah penyertaan beliau di dalam PAS sedikit sebanyak memperbaiki imej BURUK polis dimata penyokong tegar Perosak Rakyat. Sudah pasti, hak peribadi sesiapa sahaja untuk memberi sokongan serta menyertai mana-mana parti yang dirasakan tepat untuk dirinya. Namun yang menjadi persoalan kepada Awekz, jika benar sekalipun PAS pilihan terbaik baginya,
janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?
Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.
Harus diingat, PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu. Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.
Mampukah Fauzi Shaari mengubah pandangan negatif penyokong tegar Perosak Rakyat kepada sesuatu yang positif? Adakah Fauzi Shaari benar-benar merasakan PAS merupakan parti yang mampu mendokong agama Islam walapun jelas membuktikan mereka menolak perpaduan ummah! atau mungkinkah penyertaan Fauzi Shaari lebih bermotifkan kepentingan peribadi seperti mana ramai artis-artis yang sudah tidak popular mencuba untuk meraih populariti dengan cara yang lain pula...
Awekz: Tiba-tiba teringat si Aishah yang dah tak berapa nak popular yang dah join PAS, teringat pula si Dayangku Intan yang juga menyertai dan memberikan sokongan kepada PKR...Alahai amat menyedihkan dan banyak lagi nama lain yang boleh disebut, tapi cukuplah...Amat menyedihkan!!! Fikir-fikirkan...
10 comments:
Datuk Fauzi Shaari Polis baik orang nya bersih cekap amanah..tak macam Nizar lilin sengeh sini sana, dapat jadi MB terkejut gelabah tak tau nak buat apa..last2 jadi barua cina.orang Perak dah naik meluat!
Anon 12.20pm: terima kasih atas pndangan anda...
SYUKUR ALHAMDULILLAH KAUM KERABAT POLIS DIAKUII BAIK,BERSIH DAN CEKAP...SEBELUM PENCEN MEREKA NI DULU DIPANGGIL ANJING DAN MOSAD. ALLAH MAHA MENGETAHUI KEBENARAN TELAH MUNCUL, PARTI YANG PENCACAI MENGELAR ANJING TELAH MENERIMA MENJADI AHLI MEREKA. TAPI PADA DATUK JAGA DIRI BAIK2 SEBAB PARTI NI ADA YANG SANGGUP BUNUH POLIS HE..HE..
Anon 12.34pm: kita doa yang terbaik utk Dato and moga2 dato pun ikhlas menyertai parti tersebut tanpa mengharapkan sebrang ganjaran dan balasan...huhu
Anon 12.34 pm amat TERASA hujah2 anda.Well Said .
Anon 12.38pm: saya setuju...well said :)
BETULKAH BAIK,CEKAP DAN BERSIH....SEBAB RAMAI YANG JOIN PAS UNTUK MENCUCI DOSA2 DAN MOHON KEAMPUNAN MELALUI NICKY AZIZ.WHATEVER FOR BETTER OF FOR WORST.HARAP JANGAN JADI PAKAR MAKI, HAMUN DAN FITNAH.MOGA PENGHIJRAHAN INI KEARAH PERPADUAN UMMAH.
Anon 1.13pm: moga2 satu penghijarahan yang baik dan bukan sebaliknya...
Peserta Bersih 3.0 sudah dikatogerikan sebagai "DAJJAL & DILAKNAT OLEH ALLAH", so, sesiapa pun sekarang yg join dan menyokong Bersih 4.0 adalah tergolong didalam kalangan 'DAJJAL AKHIR ZAMAN". Ingat lah, jika Bersih 3.0 mereka lari dari pancutan air Polis dan Bomba, TETAPI pada Bersih 4.0 [jika di adakan] peringatan Allah, bukan air pancut polis, TETAPI adalah belahan angin dan hujan ribut petir yg akan lantas membaham setiap peserta BERSIH 4.0. Insya Allah ia kan benar2 terjadi sekiranya manusia masih menjadi degil dan ingkar kpd Allah serta masih mahu menegakkan kemungkaran yg menyokong gerakan LGBT yg terang2 menyanggah perintah Allah. Terimalah azab pedih Allah dengan dentuman petir yg menyambar mangsa2nya... beringat dan bertaqwalah pada Allah.... jgn berkomplot dgn DAJJAL yg berselindung disebalik Ambiga, Samad Said, Anwar Ibrahim, Hj Hadi, Nik Aziz, Kit Siang, Guan Eng, Mampuz, Komunis Mat sabu dll.... Tunggu dan lihat, jika manusia durjana ini masih mahu menyanggah perintah Allah teruskan lah dan terima lah azab Allah yg amat pedih....
Baik dan jujur, biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah dan Allah sahaja yang membalasnya, bukan dengan menceritakan keburukan orang lain. Apabila membandingkan diri kita dengan orang lain maka terbukalah pintu masuk kepada syaitan iaitu melalui sifat ujub dan riak. Maka terhapuslah harapan untuk mendapat balasan dari Allah kerana kita mengharapkan pujian dan kedudukan dari manusia dan melalui parti politik, bolehlah kita mendapat sedikit habuan, kedudukan, sanjungan yang sementara di dunia. Jauhkan juga bersekutu pada niat dalam keimanan kepada Allah seperti berpendapat, masuk parti ini barulah sempurna Islam kita. Ingatlah juga apa yang kita dapat dan yang tidak kita dapat, semuanya adalah dari allah semata-mata.
Post a Comment