Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Bolehkah UMNO dan PAS bersatu? Jika benar-benar ia terjadi, Awekz pasti ramai yang tidak senang hati dengan penyatuan ini, lebih-lebih lagi puak DAP. Awekz juga berharap agar penyatuan ini dapat menjadi realiti kerana sudah tentu menjadi kemenangan paling besar bagi umat Islam di Malaysia.
Sehubungan dengan itu juga, golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan PAS demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama. Beliau juga turut mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Di atas sebab itu juga, dalam usia lebih 70 tahun beliau tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
“Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?” katanya.Awekz: Jika perpecahan ini menjadi lebih parah lagi, fikir-fikirkanlah...
5 comments:
cina boleh ke negara cina, india juga boleh ke negara india tapi melayu nak lari kemana, kerana dulu semenanjung tanah melayu(malaysia sekarang)milik orang melayu tapi sekarang boleh dikatakan tidak
lari ke sumatera,Padang atau Jakarta....
yg kaya lari ke Australia..New Zealand... London atau US
hehe.. cakap sonang.. kena beul2 baru nan padan nan muka... silap hari bulan jadi macam vietnam sebagai pelarian... jgn main2 wo.. kalau terjadi lah masak aar..bukan nak minta tapi kalu jadi...?
Anon 11.11am: Betul tu, Malaysia (tanah melayu) milik Melayu tetapi sudah dipersoalkan milikannya, dan lebih sedih apabila ada di antara kita Melayu turut sama mempersoalkannya tanpa mengira kesan kehilangan itu nanti kepada Melayu itu sendiri.
Mr. K: Kalau berkeupayaan untuk lari, kalau yang tidak berkeupayaan...Bagaimanakah nanti?
Anon 12.47pm: Saya setuju, bukan kita minta untuk jadi sebegitu, tapi...andai benar-benar terjadi...Fikir-fikirkan...
nanti dalam kubur malaikat tanya...apa bangsa kamu???
Post a Comment