Dari sehari ke sehari, Melayu sering diingatkan. Apa yang menjadi persoalan kepada Awekz, sampai bilakah Melayu akan terus tidak sedar. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.
Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!
Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.
Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...
Tuesday, July 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Awekz,
Semuga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.
Topic ini menarik & perlu dibuat renongan dan perhatian.
Orang Melayu Muslim diMalaysia perlu melihat akan nasib Melayu Muslim diSingapura.
Perlembagaan Singapura yang telah digubal oleh pihak British telah menetapkan bahawa kepentingan Melayu adalah dijamin oleh Perlembagaan Singapura. Disebabkan kuasa politik telah dimonopoli oleh pihak Ultra Kiasu diSingapura, perkara-perkara tersebut telah dinafikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Ini untuk renongan dan perhatian kita semua.
Teruskan Jihad kita, untuk memperkasakan Ummah Melayu Islam diMalaysia.
Thanks.
Jimmy Hillhead
The Garden, MidValley.
06 July 2010
Jimmy Hillhead,
Thanks on your opinion. Jika memperkatakan tentang Melayu, Awekz akui, terlalu sedih mengenangkan Melayu kini. Lebih sedih apabila segala perjuangan dalam memerdekakan Tanah Melayu akhirnya semakin dilupai...
Seharusnya apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura di ambil iktibar, dijadikan pengajaran agar kita tidak merasa sedemikian...
Hilang kuasa yang satu-satunya tinggal pada kita kesannya mungkin seketika bagi kita, tetapi kesannya pada generasi akan datang...Sedih mengenangkannya...Fikir-fikirkan...
Wa sokong kita terus mempertahankan Kausa Politik Melayu..tp kita juga harus sedar apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan Melayu yang 'gila kuasa' dan lupa bahawa merekalah yang kita akan dan julang Kuasa keramat..tp mereka jdkan Kuasa mereka untuk menekan Melayu..akibatnya? Larilah melayu mencari jalan yang lebih terbuka luas..krn bkn hanya Parti Melayu yang boleh mempertahankan Melayu..
Post a Comment