Pergerakan Pemuda Umno Perak akan menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Saudara Maslin Sham Razman berkata Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham didakwa tidak menghormati institusi Diraja dan kemuliaan DUN.
Katanya tindakan melampau pembangkang itu dapat dilihat ketika persidangan DUN apabila mereka mencetuskan kekacauan sehingga mengganggu perjalanan sidang dua hari itu. "Memorandum itu yang akan diserahkan selepas solat Jumaat di Istana Kinta esok itu dan Pemuda turut disertai Pemuda BN, NGO serta penyokong kerajaan".
"Perbuatan membuat poster, mengejek dan mencela sehingga mencetuskan kekacauan dan mengeluarkan kenyataan berunsur jahat kepada polis adalah kelakuan terburuk," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis. Beliau berkata sikap Adun pembangkang itu juga dilihat seolah-olah mengajak rakyat untuk membenci Sultan Perak dan tidak menghormati keputusan baginda melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Pergerakan itu turut menyifatkan tindakan Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng yang mengacah untuk memukul Zambry dengan fail dianggap sebagai satu tindakan ganas dan liar.
Saudara Maslin Sham turut mendesak Speaker DUN Datuk R.Ganesan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap pembangkang dan berharap rakyat dapat melihat tindakan itu yang mementingkan kepentingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat seperti yang diwar-warkan mereka.
Awekz: Awekz rasa jika dilucutkan, akan jadi pengajaran untuk semua ADUN agar tidak bertindak sesuka hati. Fikir-fikirkan...
2 comments:
Saya sokong dan berharap Sultan Perak ambik tindakan yang tegas terhadap Nizar derhaka dan Ngeh durjana. Memang kelakuan mereka macam binatang. Memang patutlah sultan cabutkan gelaran datukshipnya supaya jadi teladan kepada pembangkang-pembangkang yang lain yang biadap sangat tu. Tau takut bila budak UMNO suroh tarik gelarannya, nampaknya muka dia pucut kat TV3... hehehe!!!
aik? orang lain yang kasi, orang lain yang sibuk? huahuahua umno... dulu kini dan selamanya dengki, busuk hati...
Post a Comment